Pesawah mahu k'jaan naikkan subsidi, harga padi




Pesawah mahu k'jaan naikkan subsidi, harga padi
  • Abdul Rahim Sabri

 
Sebuah badan bertindak kumpulan petani hari ini menuntut supaya kerajaan meningkatkan harga padi dan subsidi yang diberikan kepada pesawah untuk menghadapi kenaikan kos sara hidup mereka.

Pengerusi Badan Bertindak Pesawah Malaysia, Mohamad Fuad Yaakob berkata, harga padi dan subsidi itu perlu dinaikkan untuk membolehkan pengusaha padi menerima pendapatan kira-kira RM1,080 sebulan, katanya.

NONE"Ini amat bersesuaian dengan kos sara hidup buat masa sekarang," katanya dalam satu memorandum yan dihantar kepada MP pembangkang di bangunan parlimen hari ini.
Kadar itu boleh dicapai sekiranya kerajaan menaikkan harga padi daripada kadar RM0.75 sekilogram kepada RM1.35 sekilogram, dan juga kadar subsidi daripada kadar 24 sen sekilogram kepada 50 sen sekilogram, katanya lagi.
Katanya, kerajaan perlu mengambil langkah itu memandangkan terdapat pengusaha padi yang menerima pendapatan jauh di bawah paras kemiskinan.
Belia mengambil contoh pengeluar padi di bawah skim Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang kini dianggarkan menerima pendapatan sebanyak RM480 sebulan.
NONEMohamad Fuad menyerahkan memorandum berkenaan kepada MP Kuala Kedah Ahmad Kassim dalam sidang media yang turut dihadiri MP Padang Terap Mohd Nasir Zakaria dan ahli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him.

Bercakap dalam sidang media itu, Mohamad Fuad berkata pihaknya telah membuat kajian dan penelitian bahawa sejak 2010 hasil padi berkurangan berbanding kos penanaman padi sekalipun diberikan input tertentu bagi meningkatkan hasil pengeluaran.

Beliau juga menuntut kerajaan mengambil berat tentang pelbagai masalah dan rintihan petani yang boleh mengurang pendapatan petani antaranya seperti tanah jerlus dan serang penyakit sekaligus mendesak kerajaan meningkatkan infrastruktur di kawasan mereka.

Dalam sidang media sama, Ahmad Kassim berkata kerajaan wajar berbuat demikian memandangkan sudah 22 tahun ia tidak dikaji dan kali terakhir kerajaan berbuat demikian sewaktu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi menteri pertanian.

sundry shops kedai runcit everyday goods 250907 rice"Saya harap dalam ucapan belanjawan perdana menteri pada September ini ada penambahan dan peningkatan (harga), sekurang-kurangnya harga subsidi padi," katanya.

Sementara Mohd Nasir pula membangkitkan persoalan mengapa harga padi, kualiti dan hasil petani di Tanjong Karang berbeza dengan petani di kawasan lain. 

"Kenapa berlaku perbezaan-perbezaan ini. Kenapa kualiti, kenapa hasilnya, kenapa harganya berbeza. Jadi kita nak minta kementerian memberi sedikit perhatian, kepada masalah ini.

"Kita tengok hasil di Tanjong Karang misalnya, hasilnya cukup lumayan bagi petani. Adakah di sana teknologi-teknologi yang disembunyikan oleh setengah pihak (untuk) digunakan setengah pihak yang lain," katanya.

http://www.malaysiakini.com

Comments

Popular posts from this blog