LAGI GAY ASAL MALAYSIA 'BERKAHWIN' DI LONDON!!!


Apa bala yang menimpa bumi bertuah Malaysia. Lepas satu persatu cerita semuanya memburukan nama Malaysia dan yang tak sedapnya..semua bangsa melayu pulak tu..

Penulis tidak mahu komen berkenaan hal terbaru ini-cuma apa yang dimaklumkan pasangan melayu dan mat salleh ini baru sahaja lepas berkahwin.

Maklumat awal lelaki melayu ini salah seorang bekas pekerja Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur dan kini berhijrah di London mengikut pasangannya.

Na’uzubillah

SUMBER: KHAZANAH MINDA POLITIK MELAYU

Mungkin ada sebab-sebab yang memerlukan kita mencari sebab atau punca mengapa HOMOSEKSUAL yang diperjuangkan oleh KUMPULAN LGBT sekarang ini menjadi satu fenomena yang amat menakutkan. 

Barangkali juga sebahagian daripada kita perlu tahu apa peringkat-peringkat homoseksual sehingga wujud seperti kedua-dua lelaki di dalam kisah di atas.

1. TERAHSIA (CLOSET)

Bermula sebagai ‘Homoseksual Sulit’

Individu homoseksual yang menjalani kehidupannya dengan berpura-pura seperti orang lain, tidak bahagia dan tertekan oleh polisi sosial yang diterima oleh masyarakat.

Individu homoseksual ini cuba menyesuaikan diri (accommodate) dengan norma-norma masyarakat dalam masa yang sama melakukan kegiatan homoseksual secara rahsia.


2.PENDEDAHAN AWAL (COMING OUT)

Pernyertaan dan eksperesi diri kepada masyarakat.

Individu ini memberi respon terhadap masyarakat hetroseksual dengan menonjolkan kehidupan homoseksual.

Menerima hakikat bahawa diri lebih berminat kepada kaum sejenis.

3. PERKONGSIAN (SHARING)

1. Tahap Perkongsian Pertama

Kemampuan untuk berkongsi perasaan sebagai homoseksual pada keluarga dan rakan-rakan.

Mewujudkan perhubungan yang lebih stabil dan berjangka sederhana atau panjang

2. Tahap Perkongsian Kedua

Menilai secara terperinci akan kebaikan dan keburukan perkongsian secara terbuka.

Bersedia untuk menerima sebarang konsekuens.

Apabila diterima, ini akan membina percaya diri dan memberi kesan positif dan sekira sebaliknya. Ia akan memberi kesan yang negatif.


4. KOMUNITI HOMOSEKSUAL (HOMOSEKSUAL COMMUNITY)

Kelompok homoseksual akan berkumpul sesama sendiri dan membentuk sebuah masyarakat yang mahu menerima mereka seadanya.

Di sini mereka diterima, diperlakukan seadilnya dan berkongsi bersama-sama pengalaman dan memahami antara satu sama lain.
Oleh:
YM Raja Kamariah Raja Khalid
Bahagian Perkhidmatan Psikologi, JPA

 http://theflyingkick.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog