ULASAN TERHADAP SATU ARTIKEL DALAM BLOG KOMENSEN YANG BERTAJUK - SAYA SUKA BLOG INI # 1: APANAMA



Nama blog: APANAMA.

Nama pemilik: ZACK BAHARI.

Alamat: http://muafakatmembawaberkat.blogspot.com/

Ini pertama kali saya buat segmen ini. Memang sudah lama saya bercadang nak buat tapi asyik tertangguh sehinggalah saya berjumpa blog APANAMA ini.

Sebenarnya pemilik blog ini adalah kenalan saya sejak dari zaman univerisiti lagi (1974) sehinggalah sekarang. Selama ini saya terfikir juga takkan tak ada kawan-kawan yang seangkatan dengan saya dulu yang mempunyai blog sendiri. Entah macamana ditakdirkan saya memasuki satu group  baru-baru ini dan saya ketemu dia di sana.

Blog APANAMA ini bolehlah saya kategorikan sebagai blog ilmiah dan informatif tidak seperti blog saya yang banyak entri remeh temeh. Selain dari itu, ZACK  amat aktif dan produktif dalam membuat entri. Walaupuan saya lebih dulu berblog dari dia, tapi dia telah berjaya membuat lebih 6,000 entri sehingga hari ini, sedangkan saya baru sebanyak 800 sahaja.

Saya sangat mencadangkan anda semua memasukkan blog APANAMA ini ke dalam bloglist anda agar tidak terlepas membaca entri dari blog yang berisi ini.


ULASAN  TERHADAP ARTIKEL DI ATAS


Assalammualaikum Pak Ngah iaitu gelaran popular bagi pemilik blog - http://al-lavendari.blogspot.com/2012/06/saya-suka-blog-ini.html#comment-form   

Saya sungguh terharu dengan penghargaan yang Pak Ngah berikan terhadap blog saya. Alhamdulillah sehingga 25 Jun 2012 iaitu sejak berblog pada tahun 2010 iaitu setelah tamat kontrak saya dengan Kerajaan, saya telah mampu memuatturunkan sebanyak 6,525 entri yang terdiri daripada 225 yang masih dalam drafting stage dan yang telah diPublished adalah sebanyak 6,300 entri.

Ingin saya tegaskan bahawa blog saya bukanlah originalnya dari pemikiran saya [dan ada yg saya tokok tambah dengan memasukkan video dari Youtube utk disesuaikan dgn sesuatu artikel,] tetapi ianya adalah merupakan koleksi drp lain-lain blog, kerana pada pendapat saya ---- semua artikel dalam blog APANAMA ini tiada hakcipta terpelihara berasaskan bahawa Dalam dakwah tiada istilah COPYRIGHT.... Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah SAW telah pun bersabda yang bermaksud, "Balighu anni walau ayat. (sampaikan daripada ku walaupun satu ayat)"– Hadis Riwayat Bukhari...

Saya nyatakan begitu, kerana beberapa blog yg berkaitan dengan agama, terdapat Hak Cipta Terperlihara dan ianya tidak dibenarkan utk di copy oleh pemilik blog berkenaan. Sepatutnya Dalam dakwah tiada istilah COPYRIGHT.... Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah SAW telah pun bersabda yang bermaksud, "Balighu anni walau ayat. (sampaikan daripada ku walaupun satu ayat)"– Hadis Riwayat Bukhari. Kalau ada copyright macam mana kita hendak sebarluaskan sesuatu ilmu atau maklumat kpd semua.

Dalam pada itu, saya sungguh kagum dan bangga dengan kejayaan Pak Ngah menghasilkan sendiri setiap entri dlm blog http://al-lavendari.blogspot.com atau nama rengkasnya KOMENSEN ini berbanding dengan saya hanya dgn mengcopy tulis orang lain selaras dengan "Balighu anni walau ayat. (sampaikan daripada ku walaupun satu ayat)"– Hadis Riwayat Bukhari.

Itu sahaja komen yang dapat saya berikan dan didoakan semoga Allah akan terus memberikan kekuatan kepada kita untuk terus menjalankan usaha ini.

Wassalam

Zack Bahari

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog