TIP UNTUK BAHAGIA
MELAYANI ORANG LAIN DENGAN RASA HORMAT
Bayangkan
bagaimana indah dan bagusnya kalau kita dilayan baik walaupun tidak
seperti putera raja tetapi terasa dihormati di satu-satu tempat. Kita
disapa dan ditegur dengan lembut serta dilayangkan dengan senyuman yang
manis? Pengalaman yang menarik bukan?
Bermulalah hari ini mengendahkan orang lain dan melayani mereka bagaikan putera raja dahulu.
Berikan
senyuman terbaik.
Ucapkan
salam setiap kali bertemu.
Beri
laluan atau sesekali bukakan pintu untuk orang lain.
Katakan
sesuatu yang baik pada orang yang anda temui.
Walaupun
anda tidak setuju tentang sesuatu, mulakan dengan
perkara yang dipersetujui bersama dahulu, baru yang tidak dipersetujui.
Panggil
dengan panggilan yang paling baik tanda anda hormat
diri mereka.
Walaupun
anda lebih tua atau lebih berkuasa,
usah menjerit-jerit untuk menyatakan sesuatu.
Panggil dan nyatakan dengan cara terhormat.
Sekalipun
anda rasa tidak suka dengan seseorang,
elak dari memerlinya. Perli menimbulkan kesan mendalam.
Boleh
mengkritik atau menyatakan rasa tidak puas hati tetapi
bukan dikhalayak. Nyatakan ia ditempat yang khusus dan dengan
orang yang tertentu. Tidak perlu semua orang tahu semua perkara.
Tunjukkan
minat semasa orang lain bercakap dengan anda
dan hargai pandangan orang lain walaupun berbeza pendapat.
Puji
secara khusus tentang sesuatu tindakan baik
yang dilakukan orang lain.
Ucapkan
terima kasih walau sekecil manapun
bantuan
atau pemberian orang lain.
Comments
Post a Comment