Khidmat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tamat Pada 1 Julai 2012

 Abu Bakar Haji Abdullah, KPPA

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ingin memaklumkan bahawa khidmat YBhg. Tan Sri Abu Bakar bin Haji Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam tamat pada 1 Julai 2012.
YBhg. Tan Sri telah memulakan perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada September 1977 di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Beliau seterusnya berkhidmat di beberapa Kementerian antaranya Kementerian Pertahanan Malaysia, Kementerian Wilayah Persekutuan, dan Jabatan Perdana Menteri.

Beliau merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan sebelum menyandang jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada 1 Julai 2010. Beliau telah menyumbang kepada perkhidmatan awam selama 35 tahun.

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya
29 Jun 2012

MESEJ KPPA DALAM FB NYA 
Abu Bakar Haji Abdullah, KPPA
Jumaat 30 Jun 2012 bersamaan 10 Syaaban 1433H merupakan hari dan tarikh yang amat bermakna bagi saya. Hari ini merupakan hari terakhir saya sebagai KPPA, menandakan tamatnya perkhidmatan saya selaku penjawat awam, setelah berkhidmat selama hampir 35 tahun. Sepanjang tempoh masa tersebut saya melihat dan mengalami sendiri perubahan yang berlaku dalam perkhidmatan awam dan amat berbangga dengan sumbangan dan pencapaian semua yang terlibat. 

Di kesempatan ini saya memohon berbanyak maaf diatas segala kesilapan yang telah dilakukan, bukan kerana sengaja atau bermaksud untuk menganiaya sesiapa, tetapi kerana kelemahan saya sebagai manusia biasa. Yang Maha Sempurna hanyalah ALLAH SWT. 

Mulai 1 Julai 2012 saya merupakan rakyat biasa yang akan menjadi pelanggan kepada tuan/puan penjawat awam untuk mendapatkan perkhidmatan yang diperlukan. Saya berharap pada ketika itu hasil kerja cemerlang penjawat awam selama ini akan terus menjadi budaya yang sentiasa disebut dan mendapat pujian ramai. 

Saya mendoakan yang terbaik untuk semua penjawat awam dan pencapaian yang lebih cemerlang di masa mendatang. 

Bagi rakan-rakan yang ingin menghubungi saya bolehlah email ke abubakar160255@gmail.com

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog