Manusia berwajah `khinzir' kerana makan rasuah
Oleh IBNU IDRIS (Mingguan Malaysia 19/2/06)
CERITA
orang menerima rasuah tidak menjadi rahsia lagi. Menerima rasuah pula
ada pelbagai cara - terang-terangan, cara gelap, sembunyi-sembunyi dan
pelbagai lagi.
Rasuah
kini semakin menjadi-jadi dan berlaku di sana sini serta di mana
sahaja, dalam rumah, dalam kedai, dalam hotel atas jalan raya, atas
jambatan, di padang, coffe house dan tempat-tempat lain. Mereka yang
``makan rasuah'' ini tidak tahu ``akibatnya''. Bukan sahaja makan harta
secara haram, bahkan hidup mereka hilang barakahnya
.
Balasan
Allah subhanahu wa taala kepada mereka yang makan rasuah terlalu berat.
Balasannya, kadang-kadang Allah tunjukkan di atas dunia lagi.Ada
rumahnya terbakar. Ada yang menerima musibah kepada keluarga dan diri
sendiri, kehilangan harta benda dan macam-macam hal yang lain.Ada
kalanya pula, Allah menangguhkan balasannya itu hingga hari akhirat
kelak.
Balasan
di dunia dan akhirat tentang mereka yang makan benda-benda haram
seperti rasuah ini telah diberitahu oleh Allah melalui lisan nabi-Nya
Muhammad s.a.w. Oleh kerana mereka ini tidak tahu apa-apa mengenai
kesalahan ini dari segi hukum, maka mereka terima rasuah dengan memberi
makan kepada anak, isteri, ibu bapa, bapa mentua, ibu mentua dan sesiapa
yang di dalam tanggungannya.
Seolah-olah
rasuah itu tidak ada apa-apa bagi mereka. Daripada hasil rasuah mereka
beli rumah baru, kereta baru , tanah baru, isteri baru dan barang-barang
rumah baru daripada wang rasuah yang dirampas daripada hak orang. Oleh
kerana mereka ``jahil'' dalam ilmu agama, tidak pernah mengkaji agama,
mendengar ceramah, tidak pernah menghadiri kuliah agama dan tidak pernah
membaca buku agama, maka mereka terima rasuah itu ``macam makan
cendul''.
Ada
kes rasuah dibawa ke mahkamah. Apabila mereka diheret dan dibicarakan
ke mahkamah atas tuduhan rasuah, maka mereka akan pakai ``ketayap
putih''.Seolah-olah ketayap putih itu mencerminkan pemakaiannya sebagai
``orang baik-baik'' belaka, kerana orang yang memakai ketayap putih
lambang ``lebai'' orang yang sudah naik haji. Dalam perbicaraan, mereka
mendapatkan seorang peguam yang bijak dan pintar. Atas kebijaksanaan
peguam itu, dia dibebaskan kerana tidak cukup bukti.
Hukuman
Tetapi
di hadapan Allah mereka tidak akan terlepas. Mereka cuma terlepas di
dunia sahaja, di akhirat mereka tetap akan menerima hukuman daripada
Allah. Ada sebuah hadis Nabi, yang diriwayatkan oleh seorang sahabat
Nabi yang paling rapat, iaitu Mua'z bin Jabal tentang bagaimana
Rasulullah memberitahu, manusia yang akan dibangkitkan dari kubur di
akhirat nanti, dengan pelbagai bentuk dan rupa yang memalukan.
Rupa
dan bentuk ini bergantung kepada dosa yang dibuat oleh manusia di atas
dunia, di antaranya termasuk makan benda-benda haram iaitu rasuah.
Rasulullah
s.a.w. menjelaskan ada yang dibangkitkan kelak berwajah `khinzir',
kerana memakan benda yang haram dan merampas hak orang. Yang jelas
kepada kita ialah apa yang dimaksudkan oleh Nabi itu ialah mereka yang
menerima rasuah, kerana rasuah itu memakan yang haram dan mengambil hak
orang lain secara haram. Sebagaimana yang kita maklum bahawa ``rasuah''
ialah memakan harta yang tidak halal, mengambil hak orang lain, merampas
harta orang secara paksa, memakan titik peluh orang secara haram.
Pengamal-pengamal
rasuah ini sudah tidak takut lagi kepada undang-undang dan peraturan,
apalagi undang-undang Allah tidak langsung dihiraukan. Memakan rasuah
bukan sahaja melibatkan orang itu sendiri, bahkan melibatkan isteri,
anak-anak, ibu bapa di mana mereka diberi makan daripada rezeki yang
diperoleh daripada sumber ataupun perbuatan-perbuatan haram.
Darah
yang mengalir dalam tubuhnya, dalam tubuh isterinya, anak-anak mereka,
ibu bapa mereka merupakan darah yang diambil daripada rezeki yang haram.
Inilah satu perbuatan yang paling buruk, paling kotor dan paling keji
dalam masyarakat kita. Rasuah dalam bentuk yang pelbagai itu telah
menjadi amalan keji paling tua oleh manusia. Kecenderungan ini iaitu rasuah berasal dari naluri tamak, desakan kebendaan dan untuk memuaskan nafsu semata-mata.
Barah
bagi gejala rasuah ini ialah begitu dalam menusuk ke dalam masyarakat
moden di seluruh dunia. Amalan ini terlalu dalam sehingga sukar untuk
dihapuskan.Pengamal-pengamal rasuah ini sebenarnya tidak tahu, buta kayu
dalam ``ilmu agama''. Kalaulah mereka tahu bahawa rasuah itu amalan
yang paling keji dan hukumnya ``haram'' yang terlarang oleh agama,
tentulah mereka tidak melakukannya. Sekarang
ini di mana-mana pun kita berurusan maka amalan rasuah sudah menjadi
lumrah. Kalau tidak ada sogokan rasuah, semua kerja dan semua urusan
akan berjalan lambat, lembap, malah akan memakan masa paling lama
sekali.
http://cgsyed.blogspot.com
Comments
Post a Comment