Senarai KSN

 

Senarai Ketua Setiausaha Negara sejak 1957:[1]
  1. Abdul Aziz bin Majid (1957 – 1964)
  2. Abdul Jamil Abdul Rais (1964 – 1967) - Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Hugh Clifford,Kuala Kangsar ; Kolej Melayu Kuala Kangsar (1931), sebelum melanjutkan pelajarannya ke Universiti Oxford, England. (1952-1953) jurusan ekonomi pertanian. Beliau melanjutkan pelajaran setelah mendapat biasiswa daripada Queen.
  3. Mohamad Burhanuddin (1967 – 1969)
  4. Abdul Kadir bin Shamsuddin (1970 – 1976) - Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin telah pulang ke rahmatullah pada 8 November 1978 dalam usia 58 tahun meninggalkan isteri dan lima orang anak.Beliau juga pernah menjadi wakil Raja-Raja melayu untuk rombongan kemerdekaan 1956.
  5. Abdullah Mohd Salleh (1976 – 1978) - Haji Abdullah Haji Mohd Salleh merupakan ahli politik Perikatan/ UMNO di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Segamat Utara, negeri Johor (1958-1964). Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.
  6. Abdullah Ayub (1979 – 1980) -
  7. Hashim Aman (1980 – 1984)
  8. Salehuddin Mohamed (1984 – 1990)
  9. Ahmad Sarji Abdul Hamid (1990 – 1996) - Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid merupakan seorang tokoh pentadbir di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 16 September 1938 di Kampung Batu Tiga, Tapah, Perak
  10. Abdul Halim Ali (1996 – 2001) - Abdul Halim Ali atau nama penanya A. Halim Ali berkelulusan Doktor Falsafah dalam bidang Kesusasteraan Melayu Moden berasal dari Merchang, Terengganu. Beliau bertugas sebagai Profesor Madya Kesusasteraan Melayu di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Sebelum menjadi pensyarah beliau pernah bertugas sebagai guru di beberapa buah sekolah menengah di Sarawak, Terengganu dan Pahang. Beliau banyak menghasilkan karya ilmiah dan kreatif serta terlibat dalam penyuntingan buku-buku umum. Selain itu aktif dalam pembentangan kertas kerja dalam pelbagai seminar di pelbagai peringkat. Beliau juga terlibat dalam aktiviti pembacaan puisi, mengendalikan bengkel penulisan puisi, Fasilitator motivasi, Fasilitator Program Penghayatan Sastera dan Budaya DBP untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN. Sepanjang penglibatannya dalam pentadbiran, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Sekretariat Kursi Za’ba, UPSI (2001-2002, Penyelaras Program Bahasa dan Kesusasteraan Melayu (Sept 2001- Okt 2002), Ketua Jabatan Kesusasteraan Melayu (Nov 2002-Okt 2003) dan Timbalan Dekan Pengurusan dan Penyelidikan, Fakulti Bahasa (Sept 2003-Sept 2005), Universiti Pendidikan Sultan Idris, Felo Institut Peradaban Melayu (2007-2009), Pangarah Pusata Perhubungan Alumni, UPSI (2011).Selain tugas rasmi sebagai pensyarah, Abdul Halim juga merupakan Presiden pertama Persatuan Penulis Budiman Malaysia (BUDIMAN
  11. Samsudin Osman (2001 – 2006) - Tan Sri Samsudin Osman (lahir 1947 di Johor Bahru, Johor) merupakan bekas Ketua Setiausaha Negara Malaysia. Kini beliau menjadi Presiden Perbadanan Putrajaya dan menjadi Pengerusi KWSP selepas bersara dari perkhidmatan awam.
  12. Mohd Sidek Hassan (2006 – 2012) - Tan Sri Mohd Sidek Hassan adalah bekas Ketua Setiausaha Negara Malaysia Beliau berkhidmat tanpa henti dengan perkhidmatan awam selama 38 tahun dengan menyandang jawatan paling tinggi sebagai pegawai kerajaan selama enam tahun.
  13. Ali Hamsa (2012 – kini) -

    Pendidikan

    Ali seorang lagi anak Johor yang diberi tugas penting di peringkat kerajaan pusat. Beliau lahir di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1955.
    Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Environmental Science & Economics dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat - dalam bidang Ekonomi Persekitaran .

    Kerjaya

    Awalnya Ali berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 5 Januari 1981 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian; Ketua Penolong Pengarah/ Ketua Unit Perkapalan, Kementerian Pengangkutan.

    Beliau juga pernah berada dalam Unit Perancang Ekonomi, JPM dari 1997 hingga 2009 dan pernah menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah Ekonomi Wilayah sejak 2003.

    Ali pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Johor Corporation dan Pengarah Bukan Eksekutif Bintulu Port Holdings Bhd. dan mempunyai rekod cemerlang dalam perkhidmatan awam.

    Kemudian bertukar ke Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dari 16 Disember 1997 hingga 21 April 2009. Beliau menyandang tugas sebagai Pengarah Seksyen Pembahagian ; Timbalan Ketua Pengarah, Program National Transformation & Advancement ; Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam Swasta UKAS, JPM pada 22 April 2009 - 2012.

    KSN

    Pada 19 Jun 2012, Pejabat Perdana Menteri memaklumnkan bahawa beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang tamat kontrak perkhidmatannya pada 23 Jun 2012.Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan itu.[1]

    Beberapa nama pernah dijangka menjadi KSN yang baru . Antaranya ialah Ketua Pengarah Unit Penyelaras Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Shukri Mohd Salleh dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah. Tan Sri Mohd. Sidek Hassan tamat kontrak perkhidmatannya pada 22 Jun 2012.[2]


     http://ms.wikipedia.org/wiki/Ketua_Setiausaha_Negara

Comments

Popular posts from this blog