“Masuklah ke dalam Islam secara Kaffah”
Susunan
Mohd Azmi Abdul Hamid
Sekretariat SHURA/Presiden TERAS
Makalah ini disediakan sebagai bahan bacaan untuk kaum Muslimin
di seluruh Negara bagi meningkatkan kefahaman , mengukuhkan rangsangan
bertindak dan mencetuskan komitmen untuk menterjemahkan penghayatan
Islam secara Kaffah disetiap lapisan masyarakat
Islam dan Konsep Penghayatan Secara Kaffah
Pendahuluan
Lengkap dan menyeluruhnya ajaran Islam adalah kerana ia merangkum
aspek rohani, akidah dan wacana kehidupan lain yang pelbagai dan rencam.
Aspek theologinya dicerakinkan oleh Syaikh Abu Zahrah, Dr Abdullah
Darraz dengan begitu terperinci dalam kitab beliau ”al-Din”, Syaikh
Abd.Rahman Hasan al Habanakah, Abu al-A’la al Maududi, Said Hawwa,
Syaikh Yusuf al Qaradhawi dan lain.
Dari sudut ibadah pengajarannya telah dihuraikan dengan panjang lebar
oleh Syaikh Abdul Karim Zaidan, Mohammad al Ghazali, Syaikh Hasan
Ayub, Dr Wahbah al Zuhaili dan lain-lain.
Dari sudut pendidikan nama-nama besar seperti Dr Omar al Toumi al
Syaibani, Dr Majid ’Irsan al-Kailani, Dr Miqdad Yalchin, Adnan Hasan
Saleh. Dari sudut politik Dr Salim al Awwa, Dr. Azam Tamimi, Dr Othman
Abdul Mu’iz Raslan, Dr Abdul Aziz al Khayyat. Dari sudut ekonomi
buku-buku karangan Baqir al Sadr (al Marhum), Dr Ref’at Sayyid
al-’iwadhi dan lain-lain.
Dari sudut Psikologi Dr Hasan Langgulung (al Marhum), Dr Hasan al
Syarqawi dan lain-lain . Dari sudut harakah dan gerakan Islam dihuraikan
oleh Hasan al Banna, Syed Qutub, Fathi Yakan, dan lain-lain.
Pendek kata terdapat deretan nama nama besar dalam setiap bidang ilmu
yang mencerakinkan perspektif Islam dalam berbagai bidang hidup. Usaha
menggarap dan meneroka konsep yang lebih terperinci ini akan berterusan
hingga hari kiamat selaras dengan pesanan Rasulullah bahawa: Agama Islam
ini sangat utuh dan kukuh dan terokalah untuk mendalami ajarannya
secara perlahan-lahan, lemah lembut dan bijaksana.
Program penghayatan Islam kaffah adalah tindakan permulaan untuk satu
usaha yang menyeluruh dan bersepadu demi mengenengahkan sudut-sudut
pandangan Islam dalam berbagai bidang untuk difahami, digarap dan
dihayati oleh berbagai kalangan umat berdasarkan posisi dan peranan
mereka dalam masyarakat.
Asas Program
Dalil pokok dalam hal ini ialah firman Allah dalam Surah al Baqarah ayat 208
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah agama Islam secara
keseluruhan; dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah Syaitan;
sesungguhnya Syaitan memang musuh kamu yang nyata.
Kehidupan yang rencam di samping pergaulan yang luas dengan manusia
dari berbagai agama, budaya dan warna kulit telah menyebabkan terdapat
umat Islam yang lemah keyakinan serta iltizam mereka kepada agama ini
sehingga bertindak memusuhinya secara sedar atau tidak sedar. Walaupun
wacana dan ungkapan lahir mereka menegaskan tentang keislaman mereka ,
malah mereka bersumpah untuk meyakinkan tentang keimanan mereka kepada
orang Islam namun mereka disisi Allah tetap dianggap musuh . Inilah yang
ditegaskan oleh ayat 204 dalam surah berkenaan.
Golongan ini apabila memegang tampuk kuasa mereka merosak asas-asas
kehidupan beragama yang mantap sebelumnya dengan niat untuk melemahkan
komitmen umat kepada Islam.Bahkan polisi dan arah pentadbiran yang
merosak ini samapai merosakkan juga alam, tanaman dan persekitaran dalam
jangka panjang. Ini digadai kerana tujuan mendapatkan keuntungan yang
segera para kroni dan kaum kerabat.
Golongan berkenaan tidak boleh ditegur atau dinasihati. Mereka
berterusan melakukan penyimpangan dan kezaliman. Tegur nasihat dihadapi
dengan tindakan agresif menindas, meng”ISA”kan rakyat dan sebagainya.
Mereka merasa serba betul dan pandai. Mereka tidak dapat dipulihkan
lagi.”Hati mereka tertutup rapat kerana lumuran noda dan dosa perbuatan
mereka”.
Bertentangan dengan golongan ini terdapat pula dalam masyarakat
kumpulan yang bersedia berkorban untuk kepentingan agama dan
masyarakat.Golongan ini perlu dibantu dan diperkasa demi kebaikan umat
dan negara. Mereka adalah golongan yang istiqamah berpegang teguh dengan
Islam yang bersifat menyeluruh.
Tema Program
Program ini bertemakan firman Allah dalam Surah al-Imran ayat 103
Berpegang teguhlah kalian dengan agama Allah. Jangan berpecah
belah. Ingati nikmat Allah. Sebelum ini kalau bermusuhan namun Allah
bibitkan rasa kasih dalam hati dan tautkan kemesraan sesama kamu
sehingga kamu bersaudara. Sebelum ini kamu ditubir neraka tapi Allah
selamatkan kamu daripadanya. Demikianlah penjelasan Allah kepada kamu
tentang bukti kebenaran agamaNya , semoga kamu mendapat hidayah
petunjuk.
Seruan berpegang teguh kepada agama yang padu ini adalah kerana
mengelakkan terongkainya perasaan kasih sayang dan timbul krisis
pertelingkahan sesama umat kerana penyimpangan dan keingkaran kepada
ajaran agama ini. Sebab itu Allah mengingatkan tentang bencana hukuman
dan bala Allah kepada para pendusta dan pengabai agama Allah dalam
berbagai peringkat sejarah.
Allah mengingatkan dalam Surah al Baqarah ayat 209
Tapi jika kamu menyimpang, sesudah datang bukti-bukti yang nyata
kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Perkasa, Maha
Bijaksana (untuk bertindak ke-atas kamu).
Ayat seterusnya menjelaskan :
Tidak ada yang para penyeleweng itu tunggu kecuali datangnya
azab Allah bersama Malaikat kepada mereka dalam naungan awan, sedangkan
nasib (malang) mereka sudahpun Allah putuskan dengan tuntas. Memang
segala urusan terpulang kepada Allah menentukannya.
Contoh nyata penyimpangan ini ialah kaum Bani Israel. Mereka telah
mendapat rahmat kedudukan , kurnia yang sangat baik dan banyak daripada
Allah . Tapi mereka tidak bersyukur. Malah mereka tukar sifat bersyukur
yang sepatutnya dengan sifat kufur kepada rahmat Allah . Iaitu nikmat
agama yang telah diturunkan oleh Allah kepada mereka. Mereka mengikut
fahaman dan ajaran yang membawa mereka kepada kejahatan dan penentangan
terhadap nilai, hukum dan undang-undang Allah. Justeru mereka digodam
oleh Allah dengan bala bencana dan berbagai jenis wabak penyakit.
Segala bencana dan petaka didunia ini ada kaitannya dengan
penderhakaan dan maksiat kepada Allah. Sebab itu manusia perlu segera
bertaubat kepada Allah. Mereka mesti kembali ke hadhratNya demi mematuhi
semua titah perintah yang tidak boleh diderhakai.
Allah menegaskan dalam ayat 79 Surah al Nisa’
Apa jua kebaikan yang kamu dapati maka itu adalah dari rahmat
Allah. Sebaliknya apa jua keburukan yang menimpa kamu maka sumbernya
adalah daripada diri kamu sendiri. Manakala engkau pula (wahai Muhammad)
Kami lantik menjadi Rasul. Cukuplah Allah sebagai saksi (kerasulanmu).
Dalam ayat 62:
Bagaimana kalau sekiranya nanti mereka dilanda musibah, lantaran hasil tangan mereka sendiri.
Setelah menghuraikan contoh sejarah penyimpangan Bani Israel dan umat
terdahulu serta sebab mereka berpecahbelah dan seterus menerima padah
kecelakaan dalam ayat 212-213 Allah menegaskan tentang keperluan
berjihad melawan kejahatan, kezaliman, penderhakaan kepada Allah serta
kemungkaran. Umat mesti diajak turut serta untuk mencegah kejahatan ,
keingkaran kepada perintah Allah . Mereka mesti diiangatkan bahawa
mereka tidak mugkin masuk syurga tanpa usaha dan jihad melawan kejahatan
dan kezaliman. Mereka mesti bersedia menanggung kegetiran hidup dan
pedih perit perjuangan kerana Allah. Mereka wajar menggembeling tenaga
dalam suatu atau berbagai pergerakkan yang menumpaskan kebatilan. Tanpa
penggembelingan usaha ke arah itu mereka sukar untuk masuk syurga Allah
S.W.T.
Allah berfirman dalam Surah al Baqarah ayat 214.
Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal
belum datang kepada kamu ujian seperti yang dialami oleh orang-orang
yang terdahulu daripada kamu? Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan
dan digegarkan dengan berbagai cubaan, sehingga Rasul dan orang-orang
yang beriman bersamanya tertanya-tanya : Bilakah akan datang pertolongan
Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu hampir jua.
Kesimpulan yang dapat diraih dalam menyorot isi gugusan ayat 204 hingga 214 ialah:
1.Umat Islam wajib menerimapakai seluruh ajaran syariat Islam. Haram
meninggalkannya atau memilih-milih sebahagian dan menolak sebahagian
yang lain. Penerimaaan secara “kaffah” dan “syumul” ini suatu kemestian
.
2. Orang yang menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah dan
meninggalkan apa yang diwajibkan oleh Allah adalah para pengikut syaitan
dalam hal itu.
3. Kita wajib mengandaikan hampir turunnya bala dan hukuman Allah
apabila berleluasa kejahatan , maksiat dan dosa-dosa besar dalam
masyarakat. Kita tidak boleh menjadi orang yang lalai dan sentiasa
merasa selamat tanpa bersungguh-sungguh berusaha mencegah maksiat dan
kezaliman. Kita tidak boleh merasa selamat dari bala Allah kalau lalai
bertindak.
4. Allah tetap akan berperanan di dunia dan di akhirat menangani
permasalahan manusia . Allah akan menyelesaikan pertelingkahan mereka
secara tuntas pada hari kiamat kelak.
5. Haram menunda dan melengah-lengahkan taubat dan menangguhkan
kepulangan kepada jalan kebenaran setelah nyata dan jelas kebatilan
faham kufur dan kebenaran jalan Islam.
Bidang penghayatan Islam secara kaffah memang luas, namun
inilah beberapa mukaddimah penting dalam pelancaran penghayatan Islam kaffah yang dilancarkan oleh SHURA, TERAS, dan lain-lain. Selaras dengan itu kami juga di sini melancarkan buku berjodol ” Agama dan Politik ” karangan Presiden Persatuan Ulama Sedunia untuk tatapan dan bacaan umum . Buku yang bermanfaat ini menyingkap salah satu dari sekian banyak dimensi Islam yang sangat penting dan perlu digarap oleh umat Islam di mana jua mereka berada.
inilah beberapa mukaddimah penting dalam pelancaran penghayatan Islam kaffah yang dilancarkan oleh SHURA, TERAS, dan lain-lain. Selaras dengan itu kami juga di sini melancarkan buku berjodol ” Agama dan Politik ” karangan Presiden Persatuan Ulama Sedunia untuk tatapan dan bacaan umum . Buku yang bermanfaat ini menyingkap salah satu dari sekian banyak dimensi Islam yang sangat penting dan perlu digarap oleh umat Islam di mana jua mereka berada.
Bagi pihak penganjur kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Pimpinan Masyarakat Pulau Pinang dan beberapa pertubuhan lain, para
dermawan yang telah mendermakan tenaga dan wang ringgit mereka di jalan
Allah untuk menjayakan program ini.
Semoga Allah menerima amal soleh mereka dan mereka tetap meneruskan
tekad untuk menunaikan dan melaksanakan berbagai siri program lain
berikutan dengan pelancaran ini.
Semoga para hadirin semua mendapat rahmat Allah, dipanjangkan umur ,
dimurahkan rezeki dan dijauhkan dari segala penyakit, bala’ dan wabak
yang sedang menular dalam Negara kita.
Sekian terima kasih Us Hj. Abdul Ghani Bin
Samsudin
Pengerusi SHURA
ISLAMLAH SECARA KAFFAH
“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam
secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan.
Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu.Tetapi jika kamu
menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti
kebenaran, maka ketahuilah, bahwasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana”.(al- Baqarah : 208-209 ).
SABAB NUZUL
Sabab nuzul ayat ini menurut Imam Al-Baghawi [1]
berkaitan dengan masuk Islamnya seorang Ahli Kitab Yahudi Bani Nadhir
bernama Abdullah bin Salam dan teman-temannya, namun setelah memeluk
Islam ia tetap menganggap mulianya hari Sabtu & tidak mau memakan
daging unta, kemudian mereka pun menyatakan: “Wahai Rasulullah, bukankah
Taurat itu adalah Kitabullah. Maka izinkan kami tetap membacanya dalam
shalat-shalat malam kami?” Maka turunlah ayat ini. Hadits ini disebutkan
pula oleh pengarang kitab Jallalain dalam tafsirnya [2] dan pengarang kitab Al-Wajiz [3].
Sementara pengarang kitab Zaadul Masiir menyatakan [4] bahwa ada 3 pendapat berkaitan dengan nuzul-nya ayat ini:
Pertama, ia berkaitan dengan peristiwa Ibnu Salam (sanadnya dari Abu Shalih dari Ibnu Abbas ra),
Kedua ia berkaitan dengan Ahli Kitab yang tidak mau beriman pada nabi
Muhammad SAW (sanadnya diriwayatkan juga – tapi menggunakan kata ruwiya
‘an- dari Ibnu Abbas ra, disebutkan juga oleh Adh Dhahhak),
Ketiga ia diturunkan untuk kaum muslimin agar mengimani dan
melaksanakan semua syariat Islam (sanadnya diriwayatkan oleh Mujahid
& Qatadah ra).
TAFSIR AYAT
Imam Ibnu Katsir dalam tafsirnya[5]
menafsirkan maknanya sebagai: “Masuklah ke dalam ketaatan seluruhnya.”
Ia menyitir pendapat Ibnu Abbas, Mujahid, Abul ‘Aliyah, Ikrimah, Rabi’
bin Anas, As-Suddiy, Muqatil bin Hayyan, Qatadah, Adh-Dhahhak, berkata
mereka bahwa makna ( كافة ) dalam ayat tersebut: “Beramallah dengan
semua amal dan seluruh bentuk kebajikan.”
Imam At-Thabari dalam tafsirnya[6]
memilih pendapat yang menafsirkannya:“Masuklah ke dalam Islam
keseluruhannya.” Iapun menyitir atsar lainnya dari Mujahid, Qatadah,
Ibnu Abbas, As-Suddiy, Ibnu Zaid dan Adh-Dhahhak yang berpendapat
demikian. Ini pula pendapat Imam Al-Qurthubi dalam tafsirnya[7],demikian pula Imam Al-Baghawi[8], dan pengarang kitab Fathul Qadir[9]
MENELITI MAKNA ISLAM KAFFAH
Seruan Al Baqarah ayat 208 adalah panggilan Allah khusus buat yang
beriman. Iaitu identiti yang diberi oleh Allah sendiri. Yang membezakan
dan memisahkan mereka secara jelas dan unik dengan mereka yang menolak
petunjuk Allah dan Rasul.
Maka seruan ayat ini adalah langsung dan khusus kepada mereka yang
mengaku melafazkan kalimah Syahadah dan beriman kepada apa yang
dilafazkan.
Mesejnya jelas. Menerima Islam tidak boleh mengikut selera sendiri.
Mengaku beriman tidak boleh menerima sebahagian perintah Allah dan
menolak sebahagian yang lain. Mengistiharkan diri sebagai Muslim tidak
boleh memileh-mileh perintah Islam yang mana yang mahu dipatuhi dan
perintah yang mana yang ingin ditolak.
Masuklah Islam secara kaffah itu adalah isyarat jelas bahawa Allah
tidak membenarkan agamanya hanya diterima mengikut selera manusia.
Samada urusan seorang Islam itu menyentuh hal yang dianggap kecil
mahupun besar.
Bermakna segala-galanya ( secara total ) hendaklah tunduk kepada
acuan yang telah ditetapkan oleh Islam. Ini meliputi soal niat dan
perasaan, pemikiran dan sikap, percakapan dan perlakuan, diperingkat
peribadi dan berkeluarga, berstatus seorang anggota masyarakat mahupun
warga Negara, dalam urusan ekonomi, budaya, keorganisasian, pengurusan
sumber mahupun kepimpinan.
Pokoknya dalam keadaan apa sekalipun seseorang itu harus berada dalam sibghah (acuan) Islam, semada dalam kesenangan maupun ketika ketakutan. Dalam keadaan senang atau sempit, lapang atau sibuk.
Tunduk dan patuh kepada Allah, dan ridha kepada hukum dan qadha-Nya,
semestinya menjadi gayahidup dan budayahidup setiap Muslim. Tidak ada
yang tersisa melainkan seorang Muslim akan sedaya upaya melakukan apa
yang diperintah Allah S.W.T.
Dalam hal ini kefahaman terhadap implikasi kalimah syahadatain
menjadi paksi kepada kepatuhan Islam secara total. Menerima Allah
sebagai “sohibul wilayah” iaitu yang mempunyai kekuasaan serta “sohibul to’ah”
dan yang berhak ditaati adalah sifat-sifat yang terpahat dalam benak
setiap Muslim bila menyatakan keimanan bulat kepada Allah S.W.T.
Menyerah diri dengan ketaatan yang mantap, tenang, dan ridha adalah
sikap Muslim ketika melaksanakan perintah Allah S.W.T. Seorang Muslim
benar-benar yakin bahawa terkandung dalam seluruh perintah Allah itu
hanyalah kebaikan belaka.
Hanya satu sahaja dalam pemikiran mereka. Bahawa dengan tunduk patuh
secara menyeluruh sahajalah keindahan dan kebaikan Islam akan terserlah.
Seruan Allah S.W.T. kepada mereka adalah undangan khas untuk berada
dalam rumah Islam sepenuhnya. Bukan sahaja ini boleh dianggap sebagai
suatu perhormatan malah ianya adalah satu-satunya ubat yang mujarab
untuk menyelesai segala penyakit manusia yang berada di luar rumah
Islam.
Demikian juga keyakinan bahawa masalah tidak akan dapat diselesai
dengan sempurna jika seseorang Muslim itu memileh sebahagian mengikut
peraturan dalam Islam dan sebahagian pula di luar Islam.
Ketika seorang Muslim mematuhi Islam dengan sebenar-benarnya berarti
ia telah menerima tawaran Allah S.W.T bahawa apa sahaja maslahah yang
dihadapi, formula Islamlah yang menjadi pendekatan dan rujukan.
Tidak ada kekeliruan dan gejala mencari-mencari cara menyelesaikan
masalah yang timbul. Tidak ada keresahan dalam mencari jalan keluar
kepada kemelut yang dihadapi.
Yang diyakini sungguh-sungguh ialah bahawa dengan mengikuti seluruh
petunjuk dan manhaj Islam, kehidupan yang damai dan selamat pasti akan
diperolehi.
Damai dengan segala yang ada dan segala yang maujud dalam Islam.
Inilah yang memenuhi dalam sanubari setiap Muslim bila menerima Islam secara Kaffah.
Rasa berada dalam kesejahteraan dan keselamatan di bumi mahupun
kehidupan yang ada di langit sedemikian menyerlah sehingga setiap Muslim
itu bersikap dan bertindak sebagai seorang yang tenang ketika
menghadapai cabaran apapun.
Keselamatan dan kedamaian itu berpunca dari hati dan pemikiran yang berpegang kepada tassawur yang benar terhadap Allah S.W.T.
Sesungguhnya, dengan demikian seorang Muslim menghadapkan arah hidupnya dengan hati yang mantap.
Kesannya sangat menakjubkan. Jalannya tidak bercerai-berai, hidupnya
tidak berbilang-bilang (melainkan cuma satu) dan tidak
diombang-ambingkan oleh pemikiran yang bercelaru . Dia tidak akan ke
sana kemari meraba-raba mencari jalan keluar dari kemelut hidup yang
beragam.
Yang ada hanya satu. Tumpuannya satu. Tuhan yang di rujuk dan
menghadap dengan penuh keyakinan dan kemantapan, dengan terang dan jelas
hanya satu. Itulah Allah, Tuhan Yang Mahatahu, Mahabijaksana, Mahakuasa
dan Mahaperkasa yang menciptakan Islam sebagai satu-satunya ad-din buat diikuti manusia.
Oleh yang demikian seorang Muslim itu akan menjadi sangat tenteram
kerana penyelesaian yang dipileh adalah bersumber dari yang Mahatahu.
Lantaran itu tiada rasa gusar dan rasa cuak kerana yakin bila dia
menghadap kepada-Nya berarti ia menghadap kepada kekuatan yang
sebenar-benarnya yang cuma satu-satunya di alam semesta ini. Ia merasa
aman dari semua kekuatan palsu, merasa tenang dan tenteram dari
kekacauan. Ia tidak merasa takut kepada seseorang atau kepada
sesuatupun. Ia hanya menyembah kepada Allah yang Mahakuat, Mahakuasa dan
Mahaperkasa. Ia juga tidak khawatir kehilangan sesuatu dan tidak juga
bercita-cita terhadap apa saja yang ada pada orang yang tidak berkuasa
untuk mencegah atau memberi.
Penyelesaian dengan Islam secara Kaffah adalah jaminan dari
kezaliman, hawa nafsu, dan merugikan hak orang lain. Ia selamat dari
kaedah jahiliyyah dengan bermacam-macam kemauan dan keinginannya yang
berasaskan nafsu buas dan akal liar. Penyelesaiannya adalah mantap dan
merongkaikan satu demi satu kerumitan hidup tanpa khuatir.
Asas kepada pandangan bahawa Islam perlu diterima secara Kaffah
bermula dari konsep jalinan hubungan antara insan yang beriman dengan
Allah S.W.T. Seorang yang berimanDia yakin akan mendapatkan keadilan,
perlindungan, dan keamanan dibawah sistem yang diatur oleh Penciptanya,
Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Islam mngukuhkan ke dalam hati orang muslim pandangan yang benar
mengenai hubungan antara hamba dan Tuhan sebagai asas awal menerima
acuan Allah sepenuhnya. Dia yakin betapa Allah yang mencipta alam
semesta ini telah mengatur segala sesuatu pada ukuran dan qadarnya
dengan penuh hikmah.
Manusia diciptakan dengan bertujuan, tidak dibiarkan sia-sia telah
disiapkan untuknya segala keadaan alam yang sesuai buatnya dan
diciptakan pula segala sesuatu di bumi untuknya. Demikian jualah, Dia
telah merangka suatu sistem kehidupan yang lengkap dan sempurna. Seluruh
tatacara hidup ini disusun sesuai dengan fitrah manusia, tiada yang
membeban atau menyusahkan.
Pengetahuan dan kesedaran seorang mukmin adalah bahwa satu-satunya
tujuan keberadaan manusia dibumi ini adalah ibadah iaitu pengabdian
bulat kepada Allah. Lantaran itu setiap perbuatan dan tindakannya yang
menepati maksud pengabdian kepada Allah dalam apa sahaja bidang
kehidupan adalah bukti bahawa ia tunduk sepenuhnya kepada sistem hidup
Islam yang diperintah ke atasnya.
Hal inilah yang pada hakikatnya akan mengangkat derajatnya di sisi
Allah. Dengan pemikiran yang terang benderang dan hati nuraninya yang
jernih setiap aktiviti-aktiviti dan amalnya akan terangkum dalam
pengabdian kepada Allah S.W.T.
Maka, niat beribadahlah yang menjadi tumpuan hidupnya dalam semua
yang dilakukan. Samada ketika bekerja dan mencari nafkah hidup,
menjalani hidup berkeluarga, mengatur masyarakat, memelihara alam
lingkungan, memimpin dan sebagainya, ia akan berusaha melaksanakan dan
merealisasikan manhaj Allah iatu Islam sepenuhnya.
Sikapnya jelas. Ketika melaksanakan Islam sepenuhnya dia tidak mau
berbuat curang dan durhaka, tidak mahu mengicuh dan menipu, tidak mahu
berbuat aniaya sewenang-wenang, tidak mahu menggunakan cara-cara yang
kotor dan hina, tidak mahu tergesa-gesa dalam menempuh setiap tahap
perintah Allah S.W.T, tidak mahu menempuh jalan pintas (yang menyimpang
dari kebenaran), dan tidak mahu mendedahkan diri kepada tipudaya yang
wujud dalam sistem lain dari Islam.
Seorang mukmin itu dengan sangat serius menguruskan setiap bidang
hidupnya (ekonomi, sosiobudaya, politik, kesihatan, kesenian, pengurusan
sumber alam, pemasyarakatan, pembangunan dan sebagainya) secara Islam
dengan niat yang ikhlas . Dia akan beramal serta bekerja secara
konsisten (terus menerus) dalam batas-batas kemampuannya agar Islam
dapat direalisasikan dalam seluruh kehidupannya.
Dengan segala bidang yang ia ceburi, seorang Muslim itu yakin dan
tidak syak terhadap apa sahaja yang diatur oleh Islam sebagai formula
hidup. Malah ia tidak rasa takut atau curigai dan jiwanya tidak
bergoncang ketika menempuh setiap peraturan Islam dalam perjalanan
hidupnya. Ia merasa sangat selesa dan serasi dengan apa yang telah
ditetapkan oleh Islam bila berhadapan dengan sebarang masalah.
Maka dia beribadah dalam setiap langkahnya bila Islam dijadikan
denyutan dan nadinya pada setiap langkah yang diambilnya. Setiap getaran
pikirannya menuju kepada Allah dalam setiap aktivitinya serta dalam
semua lapangan kegiatannya. Perasaan seorang mukmin selalu berjalan
bersama takdir Allah dan selalu melaksanakan ketaatan kepada Allah untuk
melaksanakan apa yang diinginkan oleh Allah , bukan yang diingin oleh
perasaan dan hawa nafsunya.
Dengan menerima Islam secara Kaffah inilah, perasaan menjadi
tenteram, damai, dan mantap. Sehingga ia tidak bingung, tidak gundah,
dan tidak gelabah dalam menghadapi kendala dan hambatan, dan kesulitan
serta ia tidak putus asa dari pertolongan dan bantuan Allah S.W.T bila
berhadapan dengan kemelut hidup sebesar manapun.
Dengan yang demikian seorang Muslim itu merasa damai dalam jiwanya
bila menerima arahan Allah S.W.T. walaupun bila dirasa sangat berat.
Akan terserlah kesediaannya untuk rela berperang menghadapi musuh musuh
Allah dan musuh-musuhnya. Sebab, dalam sanubarinya Islam yang Kaffah itu
adalah paling utama baginya dari yang lain. Dalam berjihad ia
berperang karena Allah, dijalan Allah, dan untuk menjunjung tinggi agama
Allah.
Demikian pula perasaannya. Setiap Muslim berjalan pada sunatullah
seirama dengan seluruh alam ini. Undang-undang hidupnya dicorakkan agar
harmonis dengan peraturan Islam sepertimana alam bergerak mengikut acuan
yang ditentukan Allah S.W.T.
Tugas-tugas yang diwajibkan oleh Islam kepada orang muslim adalah
tepat dengan fitrahnya yang asal. Islam berfungsi penuh dalam dirinya
yang tidak melampaui batas kemampuannya. Ia tahu bahawa Islam tidak
mengabaikan satupun potensi manusia malah memberi kebebasan kepadanya
untuk beramal, membangun, dan berkembang dalam kerangka syariat yang
sangat lapang.
Masyarakat yang dibangun oleh manhaj dan acuan Rabbani ini bersumber
dari aqidah yang sangat mulia. Iaitu aqidah yang mengembalikan kemuliaan
insan yang asal. Iaitu insan yang telah dilantik sebagai Khalifah Allah
S.W.T.Lantaran itu masyarakat yang dibangunkan dari aqidah Islam ini,
mengasuh setiap Muslim untuk menjadi batu-bata pelengkap dalam
mendirikan rumah UMMAH
Berbeza sekali dengan masyarakat yang tidak dibentuk dengan Islam
secara kaffah. Masyarakat itu lebih mirip kepada masayarakat jahiliyyah
yang terpesong dari acuan Islam yang menyeluruh. Lalu anggota-anggota
masayarakat itu akan berada dalam keadaan tergantung-gantung. Tidak
dibumi yang kukuh dan tidak pula di langit yang lapang.
Bila dikaitkan dengan ayat “Kalian adalah umat terbaik yang
dilahirkan bagi manusia, kalian menyuruh berbuat ma¡¯ruf dan mencegah
berbuat mungkar, serta kalian beriman kepada Allah” ( Ali Imran : 110) , ternyata masyarakat ini tidak serasi dengan ciri-ciri umat terbaik itu.
Demikian juga dengan ayat “Dan tidak akan pernah redha Yahudi dan
Nasrani kepada engkau (Muhammad) hingga engkau mengikuti millah (jalan
dan sistem) mereka. Katakanlah : Sesungguhnya petunjuk Allah itulah
petunjuk (yang benar). Dan sesungguhnya jika engkau mengikuti kemauan
mereka setelah pengetahuan datang kepadamu maka Allah tidak lagi menjadi
pelindung dan penolong bagimu” ( Al Baqarah : 120).
Masyarakat yang tidak Islam secara kaffah akan bertingkahlaku berbeza
dengan apa yang dituntut Islam. Iaitu di satu saat ia kelihatan tegas
dan lantang terhadap Yahudi dan Nasrani , namun disaat lain bersikap
lunak malah bersekongkol pula dengan musuh Islam itu.
“Dan barangsiapa menjadikan selain Islam sebagai din (agama,
sistem hidup) maka tidak akan diterima apapun darinya, serta dia di
akhirat termasuk orang yang rugi” ( Ali Imran : 85)
“Hari ini telah Aku sempurnakan bagimu agama kalian, dan telah
Aku cukupkan nikmat-Ku bagi kalian, dan Aku meredhai bagi kalian Islam
sebagai agama kamu”(Al Maidah : 3).
“Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah maka mereka itulah orang-orang kafir”(Al Maidah [5] : 44)
“Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah maka mereka itulah orang-orang zalim”(Al Maidah [5] : 45)
“Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah maka mereka itulah orang-orang fasik”(Al Maidah [5] : 47)
“Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki, dan siapakah yang lebih baik hukumnya daripada Allah”(Al Maidah : 50)
Dari ayat-ayat itu jelaslah kepada kita bahawa kita diperintahkan
untuk menyelesaikan berbagai persoalan hanya dengan Islam secara kaffah.
Jika Rasulullah SAW telah berjaya membangkitkan bangsa yang buta huruf
menjadi umat peneraju dunia dengan tariqah Al Qur’an, bilakah pula dapat
kita mengembalikannya?
Fahami Syariah Secara Menyeluruh
Kita sewajarnya memahami Islam secara menyeluruh, sebelum beramal dan
bercakap mengenai Islam. Mujtahid semasa, Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi
dalam khutbah yang dipetik dari laman web rasmi beliau sentiasa berpesan
kepada masyarakat Islam umumnya, dan khususnya kepada para mahasiswa
institusi pengajian tinggi (IPT) agar berusaha untuk memahami Islam
dengan cara yang baik. Ini kerana beliau melihat kesan yang amat teruk
andainya Islam gagal difahami secara tidak sempurna oleh penganutnya,
lebih-lebih lagi mereka yang mendalami pengajian Islam.
Islam adalah cara hidup seimbang yang mengutamakan pembangunan
intelektual, material dan jiwa, wajar dimanifestasikan mengikut
objektifnya yang sebenar. Untuk itu, tidak cukup bagi kita sekadar
berbicara tentang kehebatan Islam tanpa kita sendiri memahami dengan
jelas bagaimanakah Islam yang sebenar.
Syariah Islam tidak boleh dilihat dalam satu skop sahaja, contohnya
ibadah sahaja, atau undang-undang jenayah sahaja. Ia mesti dikenali dan
difahami secara menyeluruh merangkumi aspek-aspek asas, sifat-sifat
syariah bahkan memahami keutamaan (awlawiyyat) dalam hukum Islam.
Cukuplah sejarah pergeseran umat Islam silam sebagai bukti bahawa
implikasi tidak memahami syariah dengan sempurna adalah sangat buruk.
Pergeseran dan perpecahan selalunya berpunca daripada mereka yang
memahami Islam secara mendatar, tidak komprehensif diambil dari skop
tertentu sahaja.
Selain itu, menurut Dr. Yusuf al-Qardhawi, satu lagi impak yang
saling berlawanan akibat gagal memahami Islam dengan baik, iaitu
golongan yang melihat Islam hanya sekadar aspek ritual sahaja. Islam
mereka cuma sebelah malam bersembahyang di masjid, tetapi kerja-kerja
seharian mereka terpisah dengan Islam. Persoalan aurat, batas pergaulan,
akhlak dan hukum-hukum lain dilihat terpisah daripada tugas-tugas
seharian. Sebab itu masih ada mereka yang mendedahkan tubuh badan tetapi
masih mampu berkata bahawa mereka sedang mencari rezeki yang halal.
Tanpa mereka sedari bawah perbuatan mereka bukan sahaja bertentangan
dengan nas hukum tetapi bertentangan juga dengan semangat syariah yang
mahu menjaga kemaslahatan masyarakat.
Dalam aspek yang lain, kegagalan memahami syariah boleh menyebabkan
ada yang cenderung menggunakan akal secara keterlaluan dalam penilaian
hukum. Penilaian mereka ini lebih cenderung kepada penggunaan akal
semata-mata tanpa merujuk pentafsiran oleh Rasulullah s.a.w. Sekali pun
mereka mengikuti al-Quran, namun mereka mentafsirkan al-Quran itu
berasaskan kepada akal mereka semata-mata tanpa panduan hadis Rasulullah
s.a.w. Daripada aliran inilah juga lahirnya golongan anti-hadis atau
anti-sunah. Golongan ini menolak sunah atau hadis nabi, dengan alasan
bahawa sebarang perbuatan atau perkataan Nabi s.a.w. hanyalah sesuai
untuk zaman itu sahaja.
Sebagaimana kata Dr. Yusuf al-Qardhawi, “Sebelum berbangga dengan
kehebatan syariah Islam, fahami dulu syariah Islam dengan kefahaman yang
sempurna dan menyeluruh, bukan kefahaman yang separuh-separuh atau dari
sudut-sudut tertentu.”
Seseorang yang ingin memahami Islam perlu pertamanya memahami
prinsip-prinsip dan ciri-ciri utama agama Islam. Dalam Islam terdapat
prinsip yang tidak boleh menerima perubahan dan terdapat juga unsur
fleksibel yang boleh berubah mengikut kesesuaian tempat dan keadaan.
Untuk mengenalinya pula, kita perlukan pengetahuan tentang sumber-sumber
syariah Islam, kaedah memahami sumber, serta kaedah mengelakkan
pemahaman yang saling bercanggahan antara dalil dalam dalam sumber
syariah Islam.
Pemahaman dalil boleh memberi implikasi terhadap pengamalan Islam.
Kita akan mampu melihat hukum-hukum Islam mengikut susunan keutamaan
yang betul. Hukum yang lebih penting wajar diutamakan, dan hukum yang
lebih mendesak perlu disegerakan. Hukum yang kurang penting perlu
dilaksanakan tetapi memerlukan kaedah yang tepat agar ia nanti
terlaksana berasaskan kehendaknya yang sebenar.
Selain daripada itu, sejarah perkembangan hukum Islam juga mesti
difahami dan dihayati agar kita dapat melihat dengan jelas bagaimana
hukum-hukum Islam berkembang bermula dalam sistem masyarakat yang kecil
pada zaman Rasulullah s.a.w. sehinggalah kepada kompleksiti komuniti
zaman sekarang. Sejarah tokoh-tokoh silam perlu diketahui dan
diselidiki. Boleh dikatakan dalam sejarah tokoh mazhab fikah, tidak ada
seorang pun tokoh ini yang bersifat taksub dengan pandangan sendiri.
Bahkan mereka ini sentiasa terbuka menerima kritikan dan tidak
menjadikan pendapat mereka itu mutlak untuk semua masyarakat. Mereka
juga melarang pengikutnya daripada mengikuti pendapat mereka secara
membuta tuli tanpa menyelidiki nas daripada teks sumber syariah Islam
itu sendiri.
Pemahaman yang baik terhadap syariah akan membuahkan keseimbangan
pemikiran serta hanya dengan ini Islam sebagai umat pertengahan dapat
dilahirkan. Hanya masyarakat yang berada pada tahap pertengahan dan
seimbang sahaja dapat menilai sesuatu kebenaran dan kebatilan dengan
cara yang baik. Firman Allah: Dan demikianlah Kami jadikan kamu wahai
umat Muhammad satu umat pertengahan lagi adil, supaya kamu layak menjadi
orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar
dan yang salah)… (Al-Baqarah: 143)
Cuba andaikan anda berada dalam sebuah bulatan. Posisi yang terbaik
anda melihat semua sisi pada jarak yang sama sudah tentu adalah pada
titik tengahnya. Begitulah dalam kehidupan, Islam mahukan umatnya berada
dalam posisi terbaik yang bukan sahaja dapat menilai sesuatu dengan
seimbang, bahkan mampu mengawal masyarakat seluruhnya andainya mereka
berjaya mencapai kedudukan strategik.
Mencari kedudukan yang strategik memerlukan kesungguhan dan komitmen
berterusan serta niat yang ikhlas dan suci. Andainya si buta memegang
gajah dengan lebih lama, menyentuh semua anggota gajah sebelum berbicara
tentangnya, sudah tentu dia dapat gambaran yang lebih baik tentang
gajah. Namun andainya kita tidak ada kemampuan untuk mendalami asas-asas
Islam, beramallah setakat yang termampu dan lebih baik diam daripada
berbicara tentang apa yang kita sendiri tidak faham.
KARAKTERISTIK ISLAM DAN MUSLIM
Islam adalah agama yang memiliki karakteristik yang khusus dan
sempurna, karena ia diturunkan dari yang Maha Sempurna. Dan Allah SWT
menurunkan Islam semata-mata untuk mengangkat, meninggikan, memuliakan
dan menyempurnakan hamba2-Nya, karena ia tidak memiliki kepentingan
(vested interest) sedikit pun atas manusia. Oleh karena itu maka seorang
yang berinteraksi dengan Islam secara benar maka secara logika ia
pastilah akan terbentuk, tercelup dan tersempurnakan (QS 2/138) oleh
sistem yang paling sempurna (QS 5/3) yang diturunkan oleh yang Maha
Sempurna melalui hambanya yang paling sempurna (QS 68/3-4).
Maka jika kita melihat kondisi kaum muslimin tidak sebagaimana
karakteristik yang dipaparkan dibawah ini, maka penyebabnya adalah 1
diantara 2 hal:
Apakah ia adalah seorang yang hanya memiliki pemahaman Islam yang
minima dan seadanya sehingga ia tidak mampu menikmati dan menyerap
seluruh nilai-nilai Islam itu dengan baik; atau ia adalah seorang yang
berprasangka buruk terhadap Islam, menganggapnya sebagai cerita kuno dan
identik dengan keterbelakangan sehingga ia tidak mau menyisakan
waktunya untuk mempelajari Islam dengan teliti dan sunguh-sungguh.
Untuk kelompok pertama solusinya adalah dengan mempelajari Islam
secara teliti dan sungguh-sungguh, bukankah anda telah memilih untuk
memeluk agama ini? Maka mengapakah anda menyiksa diri anda dengan
keraguan tanpa berusaha untuk memuaskan keraguan fikiran dan jiwa anda
terhadap agama yang telah anda pilih ini?!
Dan untuk kelompok kedua, maka dapat dikatakan bahwa anda tidak
bersikap objektif dan adil terhadap Islam. Bagaimana anda telah
mempelajari ilmu pengetahuan yang anda pelajari saat ini dengan
sungguh-sungguh, bertahun-tahun lamanya, dengan membaca berbagai buku
dan media, melakukan berbagai percobaan, survei dan eksperimen,
mengalami keberhasilan dan kegagalan silih berganti, sampai akhirnya
anda berhasil saat ini; sementara sebaliknya terhadap Islam, hanya
dengan membaca dan mendengar seadanya tanpa usaha yang keras anda sudah
menyimpulkan bahwa Islam identik dengan kebodohan dan keterbelakangan,
apakah ini sebuah sikap yang ilmiah dan objektif?!
Adapun karakteristik seorang muslim sebagai dampak dari Islam yang
dipelajari, difahami dan diamalkannya dengan benar dan konsisten
tersebut antara lain adalah:
1. Islam adalah agama yang membersihkan penganutnya dari syirik
dan Islam paling sesuai dengan fitrah kemanusiaan; maka seorang muslim
yang benar seharusnya menjadi seorang yang ikhlas dan lurus fitrahnya
(QS 39/2;11;14, 7/172, 30/30).
2. Islam adalah agama yang sangat sarat dengan nilai-nilai dan
aturan; maka seorang muslim seharusnya menjadi seorang yang bermutu dan
teratur (QS 43/4, 36/1-2).
3. Islam adalah agama moralitas dan hukum; maka seorang muslim
akan menjadi orang yang bermoral dan bijaksana (QS 4/36;105).
4. Islam adalah agama kebersihan dan kesucian; maka seorang
muslim seharusnya menjadi orang yang bersih fizikalnya serta suci
jiwanya (QS 9/108).
5. Islam adalah agama ilmu dan amal; maka seorang muslim
seharusnya menjadi seorang alim yang aktif beramal (QS 47/19, 2/44).
6. Islam adalah agama Ilmu dan pemikiran; maka seorang muslim haruslah menjadi seorang alim yang pemikir (QS 9/122).
7. Islam adalah agama amal dan pahala; maka seorang muslim
haruslah menjadi seorang aktivis yang senantiasa optimis akan ganjaran
Allah SWT atas setiap pekerjaannya.
8. Islam adalah agama kekuatan dan tanggungjawab; maka seorang
muslim seharusnya menjadi orang yang kuat dan dapat dipercaya (QS
28/26).
9. Islam adalah agama kemuliaan dan kasih-sayang; maka seorang
muslim harus menjadi seorang yang mulia tapi penyayang (QS 9/128,
49/10).
10. Islam adalah agama negara dan ibadah; maka seorang muslim akan menjadi seorang ahli politik yang ahli ibadah (QS 73/20).
11. Islam merupakan agama senjata dan al-Qur’an; maka seorang
muslim akan menjadi seorang mujahid yang rabbani / ahli ibadah (QS
9/111, 3/79).
12. Islam adalah agama harakah dan peraturan; maka seorang muslim
akan menjadi seorang aktivis yang teratur/tidak serabutan dan sembrono
(QS 9/38-39, 16/125)
ISLAM SEBAGAI SISTEM YANG MENGATUR SELURUH ASPEK KEHIDUPAN MUSLIM
Jika kita membaca dan mempelajari Tafsir al-Qur’an, baik yang
dikarang oleh ulama terdahulu (salaf) maupun kontemporer (khalaf), maka
akan kita dapatkan definisi cakupan Islam sebagai sistem yang memberi
arahan kepada semua aspek kehidupan muslim. Dari masalah yang dianggap
remeh seperti mengenai cara berjalan dan berbicara (QS 31/19) sampai
dengan masalah besar seperti hukum dan undang-undang (QS 5/48-49) dapat
ditemui arahannya di dalam al-Qur’an dan as-sunnah.
Secara lengkap pengarahan Islam dalam al-Qur’an mengenai berbagai aspek kehidupan muslim, dapat disebutkan sebagai berikut:
- Islam sebagai agama dan ideologi (QS 6/162-164)
- Islam sebagai sistem yang mengatur akhlaq dan tingkah-laku (QS 17/23-37)
- Islam sebagai pedoman yang mengarahkan perasaan (QS 57/22-23, 4/104)
- Islam sebagai pedoman dalam sistem pendidikan (QS 96/1-5, 3/164)
- Islam sebagai pedoman dalam sistem sosial kemasyarakatan (QS 49/11-13, 24/11-17)
- Islam sebagai pedoman dalam sistem politik dan kenegaraan (QS 4/59)
- Islam sebagai pedoman yang mengatur sistem perekonomian (QS 2/3, 59/7, 9/60;103)
- Islam sebagai pedoman dalam sistem ketenteraan (QS 8/39,60-61)
- Islam sebagai pedoman dalam sistem hukum dan perundangan (QS 5/50)
Bukan sahaja Islam itu mencakupi seluruh ruang zaman mahupun ruang
tempat , malah ia juga merupakan kaedah yang siap digubal untuk diikuti
sebagai preskripsi yang mujarab untuk merawat segala persoalan manusia
dan kehidupannya.
Oleh yang demikian masyarakat yang menghayati Islam secara kaffah
tidak mungkin kecundang disisi Allah S.W.T. Yang kecundang ialah mereka
yang mahu Islam itu diguna hanya sesuai dengan kecenderungan nafsunya.
http://temanteras.wordpress.com/futhuhat/%E2%80%9Cmasuklah-ke-dalam-islam-secara-kaffah%E2%80%9D/
Lantaran itu Islam sebagai suatu sistem dan juga sebagai suatu proses
hendaklah dilihat sebagai saling melengkapi. Menjalani proses tarbiyyah
Islamiyyah untuk bersedia melaksana sistem Islam yang menyeluruh adalah
persis anggota tubuh badan fizikal yang dilatih untuk tunduk sesuai
dengan sistem dan fungsi yang telah ditetapkan mengikut perjalanan tubuh
yang sihat. Jika anggota badan tidak mengikut sistem yang telah
ditetapkan pasti akan porak-peranda dan tidak akan mendapat natijah
seorang manusia yang sihat.
Keindahan islam hanya dapat dilihat bila mana ianya berjalan
sepenuhnya dalam diri seseorang. Aturannya akan memberi natijah yang
dikehendakki tatkala seluruh sistem Islam itu sendiri berjalan
selengkapnya.
Oleh kerana itu setiap Muslim perlu memahami setiap aspek Islam yang
sebenarnya saling berkait dan tidak dapat dipisah-pisahkan . Hanya
dengan pendekatan itu sahaja Islam dapat menjadi ubat paling mujarab
untuk mengubati segala penyakit yang sedang membarah pada tubuh umat
sekarang.
Wallahu waliyyu at-Taufiiq…
Mohd Azmi Abdul Hamid
Comments
Post a Comment