Sekali Berbohong, Akan Terus Berbohong

MUFTI PERAK PERNAH BERBOHONG


Masih ingat bagaimana Mufti Perak terlibat memanjangkan maklumat palsu Raja Sherina. Raja Sherina telah berjumpa beliau dan mendakwa sekumpulan orang Melayu akan dikristiankan di Gereja Silibin Ipoh. Dato Azhar Mansur pelayar negara katanya terlibat.

Laporan Raja Sherina ini pula, Dato Mufti didedahkan dengan sensasi dalam satu forum yang berkaitan murtad di ibu kota. VCD forum yang memuatkankan pengakuan Dato mufti menjadi bukti Dato Mufti memang mendedahkan maklumat yang beliau dapat dari Raja Sherina.

Maklumat dari forum itulah kemudiannya telah disebar melalui SMS kerana menganggap takkan Mufti akan berbohong. Akhirnya sekumpulan umat Islam berkumpul depan Gereja Silibin pada tarikh yang dimaksudkan.

Dato Mufti berlepas tangan mengatakan dia tak terlibat. Raja Sherina (di sini) yang bersalah. Raja Sherina di minta ke Balai polis untuk siasatan dan polis sahkan maklumat itu palsu.


Ini kali kedua Dato Mufti buat kerja yang sama. Modus operandinya sama. Terima maklumat dari orang yang ketiga tentang perlembagaan baru (di sini) kemudian dedahkan dalam forum terbuka. Nanti kalau timbul masalah atau maklumat palsu Dato mufti sekali lagi akan berlepas tangan.

Nota: Memanjangkan berita bohong bermakna dah berbohong. Dalam kes Raja Sherina Dato Mufti dah buat kerja bohong. Maknanya tak benar pengakuan "Saya mufti, takkan saya nak berbohong (disini)". Inilah bukti bahawa Dato mufti memang pernah berbohong

(Sumber)

Dan ini pula kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat 


PAS desak Harussani dedah ‘perlembagaan baru’
KUALA LUMPUR, 18 Ogos: PAS mendesak Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan kandungan ‘perlembagaan baru’ dan melaporkan kepada pihak polis untuk disiasat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, pihaknya terkejut dengan kenyataan Harussani ada 'perlembagaan baru' dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Beliau menegaskan, PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan perkara tersebut dalam setiap kali pertemuan Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan dua kali sebulan.

Malahan, jelasnya Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama pada 19 Disember 2009 di Shah Alam telah bersepakat untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama- agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.

Di samping itu, melindungi kedudukan Istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain sejajar dengan perkara 153.

Selain itu, mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan serta memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

"Tidak ada agenda yang tersembunyi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, jauh sekali menyediakan perlembagaan baru bagi merungkai perkara yang sudah menjadi kontrak sosial dan telah diterima pakai sejak sekian lama," ujarnya kepada Harakahdaily.

Justeru, katanya PAS berpandangan sekiranya Harussani tidak segera mendedahkan siapakah yang memberi dan isi kandungannya, maka ia akan menimbulkan keresahan di kalangan rakyat di negara ini.

Beliau menambah, sebagai seorang tokoh agama, Harussani mesti bertanggungjawab di atas sebarang kenyataan yang dibuat supaya masyarakat tidak memandang serong terhadap institusi mufti.

"PAS mengharapkan kepada Tan Sri Harussani Zakaria janganlah memanaskan suasana politik yang sedia panas dengan kenyataan seperti ini di tempat awam, kerana bimbang akan menimbulkan suasana yang tidak harmonis," ujarnya lagi.


Hisyamuddin Che Ali
http://bloglistpolitik.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog