Apa Ada Pada Nama?
NAMA merupakan pengenalan kepada seseorang. Kadangkala nama juga
dirujuk untuk mengenali seseekor haiwan. Pendek kata, setiap makhluk di
dunia ini, pasti mempunyai nama. Apa ada pada nama? Nama untuk
seseorang manusia sangat penting di akhirat kelak. Di Padang Mahsyar, di
kala setiap daripada kita dipanggil untuk ditimbang amalan-amalan kita
semasa di dunia. Begitu juga ketika talkin dibacakan. “Wahai Suzilah
binti Saati@Sahati (nama mak saya). Kamu telah mengaku bahawa
tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan
bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.” Begitulah lebih kurang.
Mujur kita tidak lahir pada zaman dahulu. Di zaman 30an, 40an, 50an
dulu, orang-orang tua kita tidak kisah nak beri nama apa kepada anak
mereka. Asalkan ada nama, cukuplah. Nama-nama pada ketika itu biasanya
berkait rapat dengan alam atau fizikal anak-anak mereka. Kalau anak
mereka sedikit gelap, diberinya nama Hitam. Hitam bin Putih. Hiks! Ada
juga yang menggunakan sayur-sayuran sebagai nama. Labu, Kundur, Bawang
Putih, Bawang Merah. Lobak..ermm..tak pernah pula saya dengar. Tapi
salah seorang kawan saya semasa di sekolah dulu mempunyai seorang ibu
saudara bernama “Pisang”. Nasib baik adik beradiknya yang lain tidak
diberi nama “Nangka”, “Cempedak”, “”Limau Bali” dan sebagainya. Hehe.
Kadang-kadang tidak boleh juga disalahkan ibu bapa pada zaman dahulu
kerana pegawai yang menulis nama di dalam surat beranak tersebut yang
tersalah tulis. Menurut cerita rakan saya juga, sepatutnya makciknya
mempunyai nama Rogayah, tetapi Benggali yang mendaftarkan nama makciknya
itu menulisnya menjadi Rogajah. Gajah? Ada ke patut?
Memilih nama yang baik dan ringkas kan lebih baik. Ada juga nama
budak-budak pada zaman sekarang terlalu panjang dan sukar untuk disebut.
Contohnya, Nurul Syahidatul Sabrina Rosella Bourgainvilla binti
Muhammad Hafiz Gadaffi . Hah! Tak ke susah nak menulis nama dalam borang
peperiksaan nanti? Borang nikah ke, apa-apa boranglah. Maklumlah, anak
pertama dan cucu sulung pula. Mak ayah, datuk nenek, sibuk nak bagi nama
kepada si kecil. Bila dah digabungkan dengan semua nama yang diberi,
itu yang panjang berjela jadinya. Kesian suami si Sabrina ni nak terima
akad nikah daripada Tok Imam. Dibuatnya Tok Imam pun ada athma, dah
semput nak menyebut nama pengantin perempuan. Hehe. Kepada datuk-datuk
dan nenek-nenek, zaman bagi nama anak dulu kan dah ada. Bagilah chance
kepada mak ayah dia pulak.
Saya pernah melihat seorang rakan saya mempunyai dua kad pengenalan
kerana namanya terlalu panjang, Kad pengenalan pertama hanya ditulis dua
nama pertamanya serta nama ayahnya dan kad pengenalan kedua ditulis
nama sebenarnya yang penuh. Kan dah menyusahkan.
Nama yang mempunyai makna yang baik juga sangat digalakkan. Jangan
sibuk sangat nak bagi nama-nama yang canggih sampai tak sedar rupanya
nama tersebut tidak ada makna. Nama saya, Suzilah pun tak ada makna. Apa
nak buat..
Pernah dengar nama pemberita TV3 iaitu Pravitriana Yuliawiratnam?
Begitulah lebih kurang namanya. Adiknya bernama Lenardi Amsinar
Yuliawiratnam dan pernah sefakulti dengan saya dahulu. Manurut cerita,
nama adik beradiknya semua pelik-pelik. Adik-beradiknya dinamakan
menggunakan istilah perubatan kalau tidak silap saya kerana kedua-dua
ibu bapanya adalah doktor. Haha. Jangan pula saudara pembaca yang
berkerjaya sebagai pegawai kimia memberi nama anak Siti Natrium Klorida
atau kalau bapanya pakar matematik, diberinya nama anak mereka sebagai
Abdul Theorem Pithagoras. Kan ke haru?
Di rumah juga, biasakan anak-anak dipanggil dengan namanya. Bukan
Boboy, Gegirl, Anje atau lain-lain. Terdapat juga kes di mana apabila
anak-anak ini mula masuk alam persekolahan, mereka tidak tahu nama
mereka sendiri. Bila cikgu kelas panggil “Iskandar bin Ali”, si Boboy
ini terlangak-langak. Maklumlah, di rumah dia dipanggil Boboy. Dia tidak
tahu nama sebenarnya Iskandar. Kesian dia. Hehe
Cukuplah saya membebel tentang nama ya. Berikan pendapat atau kisah
anda pula. Tapi saya belum pernah jumpa lagi orang yang tidak bernama
kecuali boyfriend saya iaitu “PENDEKAR TANPA NAMA“; hero dalam komik Pedang Setiawan. Jangan marah ha…
http://ujie.com/blog/2008/04/06/apa-ada-pada-nama/
Comments
Post a Comment