bayi ketika di bacakan al quran
Seorang
Ibu hamil dan doktor pernah menunjukkan bagaimana kesan ayat Al-Quran
yang didengar pada janin. Memperdengarkan ayat Al-Quran pada janin bayi
ternyata dapat memberi kesan mententeramkan bayi dan dalam janin.
Mengapa demikian?.
Pada
tahun 1839, saintis Enrick William DuVe mendapati bahawa mendedahkan
otak dengan gelombang suara rendah berpengaruh positif pada sel di dalam
tubuh manusia. saintis ini mendapati bahawa memperdengarkan gelombang
rendah ini membuat sel-sel otak berada dalam keadaan getaran. Setiap sel
bergetar mempengaruhi perbaharuan sistem sel-sel lain di sekitarnya.
Kerana
itu, penyelidik menggunakan cara ini untuk mengubati beberapa penyakit
psikologi seperti Skizofrenia, kecemasan, masalah tidur dan beberapa
kebiasaan buruk seperti merokok, ketagihan dadah dan lain-lain.
Di
dalam kebiasaan masyarakat barat, mendengar lagu klasik menimbulkan
'mozart effect' yang berpengaruh dalam tumbuh kembang janin dan membuat
anak semakin bijak. Namun apakah kita tidak sedar, bahawa bacaan ayat
Al-Quran yang merdu ternyata memiliki gelombang alpha yang sama.
Mendengarkan
bacaan ayat Al-Quran yang disenandungkan dalam merdu juga mempunyai
gelombang alpha pada otak bayi. Ini juga menjadikan fikiran yang tenang,
kesihatan dan intelejensia meningkat. bahkan dalam scan dan Ultra
SonoGrafi (USG) menunjukkan bayi bersujud ketika dibacakan ayat
Al-Quran.
"Kami
telah menciptakan kamu, maka mengapa kamu tidak membenarkan? Adakah
kamu perhatikan (benih manusia) yang kamu pancarkan? Adakah kamu yang
menciptakannya? Ataukah Kami yang menciptakannya?" (QS, 56:57-59).
- sumber dari republika.co.id
Comments
Post a Comment