Hukum Muzik (alat bunyi-bunyian dan mp3) Di Dalam Masjid

Masjid adalah tempat yang dipersiapkan untuk solat yang dibangunkan dengan batu, kayu dan tanah. Masjid mempunyai kehormatannya yang tersendiri sesuai dengan sifatnya sebagai tempat yang tersendiri sesuai dengan sifatnya sebagai tempat yang terbaik di muka bumi. Masjid mempunyai peraturan- peraturannya yang tidak boleh di abaikan.

Artikel ini memuatkan rencana kesinambungan dari artikel yang lepas (Hukum Muzik DalamIslam). Mungkin ada yang berkata, artikel ini menyindir PAS dan Sham Kamikaze. Ya, jika menyindir pun, apa salahnya tetapi hakikatnya ia berlaku di depan mata, di dalam telinga saya, secara realiti bertempat di Masjid Al-Syuhadah Kem Terendak Melaka. Berikut adalah rakamannya sebagai bukti.

Aktiviti ini berlangsung pada 13 Jun 2012 dan vcd mula di mainkan di dalam masjid bermula jam 8.30 pagi sehingga 9.30 pagi. Saya hanya menyelisihinya di dalam hati. Agak terbakar tetapi saya menahan kesabaran. Kemudian seorang pegawai KAGAT mempromosikan vcd yang dijual di masjid dengan harga RM20.00. Kemudian selepas itu upacara penyampaian sajak mengenai Nabi Ibrahim, Musa dan kelahiran Nabi Muhammad. Hati saya menjadi tenteram semula. Baru sahaja hendak reda, tiba-tiba jemaah dipersilakan berdiri. Keadaan kecoh sebentar apabila saya keluar ke pintu belakang untuk bertemu dengan ajk KAGAT yang berada di sebalik pintu belakang. Ini kerana jemputan diminta bangun dan mendendangkan nasyid diiringi dengan muzik yang dipasang melalui vcd dan projektor. Kekecohan itu berlaku apabila saya berkata “perkara ini bid’ah”. Saya lihat perkara ini seperti aktiviti gereja.


Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka”. (Diriwayatkan oleh Abu Daud, Ahmad, Ath-Thabaraaniy dalam Musnad asy-Syaamiyyiin, ‘Abdun bin Humaid dalam Al-Muntakhab, Ibnu Abi Syaibah)

Mereka mengeluarkan dalil aqli dan saya mengeluarkan dalil naqli. Salah seorang tidak berpuas hati dan menyuruh saya berjumpa dengan Panglima di situ, lalu saya berkata, saya seorang ahlu sunah wal jamaah, saya tidak akan menegur pemerintah secara terbuka. Saya meminta agar mereka bawakan saya bertemu kepada Pegawai mereka, tetapi keadaan sibuk ketika itu. Saya diarahkan pulang dan meninggalkan majlis.

Saya akhirnya membuat satu permintaan untuk diadakan diskusi ilmiah. Antara syaratnya ialah:
a.       Hanya Al-Quran dan hadis digunakan.
b.      Diskusi hendaklah dalam keadaan selamat dan tertutup (kerana ia melibatkan aib dan maruah Pegawai Agama sendiri).
c.       Mereka yang akan berdiskusi dengan saya haruslah pegawai yang berkelulusan Al-Quran dan hadis sahaja dan jika terdapat Pegawai dari Al-Azhar, saya amat alu-alukan.
d.      Diskusi bukanlah mencari kemenangan tetapi mencari kebenaran
e.      Tajuk diskusi, Kenapa perkara ini (bunyi-bunyian) berlaku di masjid?

Sebagai persiapan awal, saya mengumpulkan dalil dari hadis sebagai rujukan seandainya mereka menyahut cabaran diskusi tersebut. Inilah antara hujjah yang bakal saya gunakan.

Pesanan Buat Orang Bukan Islam

Tahukah Islam menghapuskan dosa silam tuan-tuan?

عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنُؤَاخَذُ بِمَا عَمِلْنَا فِي الْجَاهِلِيَّةِ قَالَ مَنْ أَحْسَنَ فِي الْإِسْلَامِ لَمْ يُؤَاخَذْ بِمَا عَمِلَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ وَمَنْ أَسَاءَ فِي الْإِسْلَامِ أُخِذَ بِالْأَوَّلِ وَالْآخِرِ
Ibnu Mas'ud radiallahuanhu mengatakan, seorang laki-laki bertanya; 'ya Rasulullah, apakah kami dihukum kerana kelakuan-kelakuan kami semasa jahiliah? ' Nabi menjawab: "Barang siapa berbuat baik dalam Islam, maka tak dihukum kelakuan-kelakuannya semasa jahiliah, sebaliknya Barang siapa berbuat buruk dalam Islam, ia dihukum semenjak kelakuan awalnya dan akhirnya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

1. Tauhid
Pertama di dalam Islam ialah mengenal Allah dan mengesakannya atau di dalam istilah lain, mentauhidkan Allah. Tauhid pula terbahagi kepada tiga iaitu:


Penilaian semula Hadis 40 Imam Nawawi

Hadis Arba'in (الأربعون النووية) adalah karya Imam Muhyuddin Yahya bin Syaraf an-Nawawi yang mengandungi 42 hadis dan mengikut pendapat ulama, dua darinya adalah hadis dhaif. Ulama berselisih pendapat mengenai dua hadis dhaif tersebut dan Ibnu Rajab Al-Baghdadi mengatakan hadis nombor 30 dan 41 manakala yang lain mengatakan hadis 41 dan 42 sedangkan hadis ke-42 adalah hasan gharib. Walau bagaimana pun terdapat beberapa hadis dhaif lagi tetapi dengan syarat yang ketat untuk dijadikan fadhail amal. Di sini saya bentangkan hadis 40 di mana terdapat empat hadis dhaif pada bab 12, 30,31 dan 41 dan lima buah hadis hasan untuk tujuan fadhail amal pada bab 18, 29, 32, 39 dan 42. 


Saya sertakan ulasan bagi hadis yang dinyatakan itu bagi menyokong kelemahan pada hadis tersebut. Saya bersetuju dengan Ibnu Rajab yang mengatakan hadis 30 dan 41 adalah dhaif dan saya tambahi lagi dua lagi hadis iaitu bab 12 yang disokong oleh Abu Ishaq al-Huweini (الشيخ أبي إسحاق الحويني) dan sebuah hadis lagi bab 31 adalah dari penelitian saya sendiri. Ini bermakna, terdapat empat hadis dhaif dan baki lima lagi hadis saya nilai sebagai hasan dengan bersyarat, ianya bertujuan fadail amal dan harus dinyatakan kecacatan status hadis tersebut serta dibuat penilaian pada perawinya sebelum memulakan lafaz matan hadis tersebut pada para penuntut ilmu. 



Ibnu Rajab al-Hambali menulis Kitab 50 Hadis Panduan Ilmu dan Hikmah (جا مع العلوم والحكم) bagi melengkapkan hadis 40 ini dan bukan sebab kerana ada terdapat 10 hadis dhaif di dalamnya. Ibnu Rajab di dalam muqaddimahnya menyatakan, Kitab Matan Arbain An-Nawawi sudah cukup bagus, penambahan 8 hadis lagi adalah sebagai pencukupan sahaja. Ia tidaklah menjadi kesalahan di dalam bidang ilmu kerana Imam Nawawi sendiri menambah 16 hadis dari hasil pengumpulan dari Ibnu Solah. Untuk pengetahuan semua, asal kitab Al-Arba’uun An-Nawawiyyah adalah dari kuliah yang beliau sampaikan di majlis ilmu. Anak murid beliau Al-Hafiz Ibnu Solah yang mengumpulkan hadis-hadis penting yang diambil dari kuliah Al-Imam An-Nawawi sebanyak 26 buah hadis kemudian Al-Imam An-Nawawi menambah lagi hingga terkumpul 42 buah hadis yang termaktub di dalam kitab Al-Arba’uun An-Nawawiyyah.

Tujuan saya membuat penilaian kitab ini bukan bermaksud merendah-rendahkan Imam Nawawi, tetapi sebagai peringatan kepada pembaca kitab dan pengajar kitab ini serta kepada diri saya sendiri yang sedang mensyarahkan kitab ini selama 40 hari bermula 21 Rajab 1433 di surau al-mustaqim sempena menanti ketibaan Ramadhan agar menyatakan sesuatu yang hak berkenaan hadis yang tersebut. (silakan copy and paste atau catatkan di dalam kitab masing-masing): Hadis-hadisnya adalah seperti berikut:

Khuf (Setokin Kulit) dan soal jawab mengenainya

Soal Jawab Mengenai Khuf

Soalan 1:
Adakah khuf sejenis setokin?
Jawapan: Ya, ia sejenis setokin yang terbuat dari kulit. Setokin yang berada di pasaran kebanyakan terbuat dari kain kapas atau nilon. Kedua-duanya boleh dibuat solat, perbezaan khuf dan setokin ialah jenis materialnya. Setokin akan basah bila disapukan air wuduk, khuf pula tidak basah.

Soalan 2:
saya musykil tentang masalah khuf,adakah sama kasut yang diperbuat dari getah dengan khuf?
Jawapan: Tidak sama antara kasut yang diperbuat daripada kulit dengan getah untuk diistilahkan dengan kasut khuf. Khuf dalam istilah fiqh bermaksud kasut kulit yang nipis yang dipakai dalam masjid yang menutupi kedua buku lalinya. Ia banyak di jual di sekitar Masjidil Haram ketika musim sejuk dan ia kebanyakan datang dari Pakistan, Afghan dan India. Ia amat jarang dipakai di Malaysia kerana iklim tropika yg mana rata-rata rakyat Malaysia memakai sandal atau selipar.



Soalan 3:
Apakah syarat-syarat menyapu khuf?
Jawapan: Antaranya ialah
1. Khuf itu mestilah dalam keadaan suci
2. khuf itu menutupi kaki hingga dua buku lali. Jika khuf sudah berlubang dan pemiliknya orang yg miskin, maka ia dibolehkan juga mengusapnya
3. Orang yang hendak menyarungkan dua khuf hendaklah terlebih dahulu dalam keadaan berwuduk
4. Menyapu khuf pada tempoh tertentu sahaja: 24 jam utk bukan musafir dan 72 jam utk musafir
5. Cara mengusapinya ialah memulakan dari hujung kaki naik ke betis di atas khuf. Tidak boleh menyapu bahagian bawahnya.
(Prof Dr Abdullah al-Muthlaq, KSA, Fiqh Sunna al-Muyassar. Riyadh: Kunuuz Isybiliyya, 2005)

Soalan 4:
Bagaimana berwuduk dengan memakai Khuf (setokin/sarung kaki)? Apa yang dimaksudkan khuf (sarung kaki yang kulit)?

Cara Syiah Menyuntik Ideologi dan Memusnahkan Anti-Syiah

Syiah, yang sejarahnya cuba dipadamkan oleh sebahagian tokoh-tokoh Syiah, walaubagaimanapun sebahagian besar dari tokoh mereka mengakui kewujudan Abdullah bin Saba’. Tokoh-tokoh mereka sendiri mengiktiraf kewujudan Abdullah bin Saba’ iaitu orang yang pertama mengatakan “engkau, engkau, engkau adalah Tuhan” yakni mempertuhankan Sayidina Ali walaupun ia tidak datang dalam bentuk kelompok, tetapi ia datang dalam bentuk ideologi, ideologi pelampau yang mengangkat Sayidina Ali sebagai Tuhan (menyamai Kristian yang mengangkat nabi Isa sebagai Tuhan) ke tahap yang tidak sepatutnya. Melampaui batas tahap kemanusiaan. Mengangkat Ali mempertuhankan Ali. Jika kita lihat Al-Milal wa al-Nihal (Sejarah Perpecahan Ummat) di mana Syiah yang pertama dinamakan Syiah As-Sabaiyyah iaitu sandaran kepada Abdullah bin Saba, seorang Yahudi yang masuk ke dalam Islam, Islam zindik iaitu mereka yang ada agenda iaitu merosakkan Islam dari dalam, di mana puak Yahudi ini memang cemburu kepada Islam sejak mula disebarkan. Hubung kait Syiah hampir sama dengan Yahudi, akidah Syiah hampir sama dengan Yahudi. Imam Mahdi versi Syiah hampir sama dengan Yahudi, Dajjal versi Syiah hampir sama dengan Yahudi. Bahkan disebutkan oleh Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam:
 يَتْبَعُ الدَّجَّالَ مِنْ يَهُودِ أَصْبَهَانَ سَبْعُونَ أَلْفًا عَلَيْهِمْ الطَّيَالِسَةُ
"Dajjal diikuti Yahudi Ashbahan sebanyak tujuhpuluh ribu, mereka mengenakan jubah hijau." (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Dalam riwayat lain menyebut
أَنَّ الدَّجَّالَ يَخْرُجُ مِنْ أَرْضٍ بِالْمَشْرِقِ يُقَالُ لَهَا خُرَاسَانُ
Bahawasanya Dajjal akan keluar dari bumi bagian timur yang disebut Khurasan (Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Di mana Asbahan itu? Di manakah Khurasan? Ia di Parsi. Parsi pula di mana? Parsi adalah nama kuno bagi Iran. Ulasan Imam Nawawi, ulama kontemporari menjelaskan, mereka adalah puak agama Syiah. Jadi, ini tugas kita mengenal pasti rakan kita, anak kita, adik-beradik kita, menantu kita, tunang kita, jiran kita, sama ada mereka ini puak agama Syiah atau tidak. Kita sama-sama melaksanakan kempen anti Syiah. Jauhi mereka ini dari darah daging kita. Mereka adalah puak dajjal. Bekerjasama dengan mereka bererti bekerjasama dengan dajjal. Jangan biarkan ideologi mereka menular masuk di dalam institusi kekeluargaan kita, masyarakat kita, ahlu sunah wal jamaah khasnya. Jika ragu, rujuk pada ilmuan yang ada autoriti untuk bercakap di dalam agama tanpa kepentingan politik.

Bukti video: Ulama Syiah berkata, semua sahabat nabi 'homoseks'

Agenda Syiah sangatlah dahsyat. Mereka mulakan serangan dengan sumber-sumber agama kita. Baiklah saya akan jelaskan perincian dahulu bagaimana serangan ini bermula. Inilah metodolgi ideologi Syiah untuk menarik minat masyarakat kita yang jahil (sesetengah ulama juga ada jahil mengenai Syiah, lebih-lebih lagi berkepentingan politik atau tarekat). Mereka tidak akan berkata Aisyah penzina, Abu Bakar Kafir, Umar kafir kerana yang berkata sedemikian adalah pendakwah bodoh di kalangan Syiah kerana yang tidak cerdik, akan mula dakwahnya dengan mengkafirkan seluruh sahabat nabi, memfitnah Aisyah sebagai penzina. Mereka bijak mengatur strategi dan modus operandi. antara modus operandinya ialah:

Dr Yusuf Al-Qaradhawi Menyangkal Perubatan Sunnah

  
Bismillahirrahmanirrahim,
فِي كِتَابِ الله كُلُّنَا نَحْيَا وَ شَرِيْعَتُنَا هِيَ نَهْضَتُنَا وَبِهَدِي الله مَحَمَّد

Diskusi bersama al-`Allamah Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam siri Fiqh al-Hayah (Fiqh Kehidupan) dalam rancangan TV satelit Iqra, berkenaan Perubatan Nabi shallallahu alaihi wasallam Antara Pengalaman Peribadi Manusia dan Wahyu Ilahi.  Siri membincangkan hakikat Perubatan Nabi shallallahu alaihi wasallam yang sering kali di salah fahami oleh kebanyakan masyarakat, hingga terdapat mereka yang menjadikan segala kata-kata dan perbuatan Nabi shallallahu alaihi wasallam berkenaan perubatan sebagai suatu wahyu yang tidak boleh disangkal. Ia juga menjelaskan salah faham menular di kalangan masyarakat yang membahagi-bahagikan ilmu perubatan itu kepada perubatan Islam dan perubatan bukan Islam, hakikatnya tiada pembahagian sedemikian.

Pada zaman Nabi shallallahu alaihi wasallam kita telah sedia maklum bahawa baginda menunjukkan kita beberapa teladan dan juga menyeru umat Islam untuk mendapatkan rawatan dan penyembuhan serta mencari ubat dan penawar apabila ditimpa penyakit sama ada penyakit yang diketahui atau pun penyakit yang tidak diketahui kerana sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam,
مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً
Allah tidak akan menurunkan penyakit melainkan menurunkan ubatnya juga. (Hadis Sahih Bukhari, dan hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan lain-lain, Nabi shallallahu alaihi wasallam menambah, semua penyakit ada penawar kecuali penyakit tua dan mati)

Kaedah merawat penyakit memerlukan pesakit dan perawat atau doktor. Pesakit pula sangat bercita-cita dan menaruh harapan yang tinggi untuk sembuh manakala doktor atau perawat pula bekerja keras untuk mencari penawar bagi penyakit. Tetapi sejak akhir-akhir ini kita dapati terdapat isu yang ditimbulkan iaitu Perubatan Nabi (saya kira, ia sebagaimana yang tercatat di dalam Kitab Thib An-Nabawi karya Ibnu Qayyim, murid Ibnu Taimiyyah) dan membesar-besarkan isu ini telah merosakkan segala-galanya. Melampaui batas di dalam agama memusnahkan segala-galanya. Sesetengah tip penyembuhan telah diberikan oleh Nabi shallallahu alaihi wasallam kepada para sahabat berupa bahan alamiah berdasarkan suasana persekitaran tanah Arab, kerana Nabi shallallahu alaihi wasallam tinggal di suasana Arab dan mempelajari budaya Arab. Nabi shallallahu alaihi wasallam sebaik-baik ikutan. Baginda pintar, peka dengan sesuatu perkara dan mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu perkara. Oleh sebab itu, baginda cepat memahami apa yang dipelajarinya melalui perubahan persekitaran di sekelilingnya. Nabi shallallahu alaihi wasallam mencadangkan beberapa penawar yang mana ia berhasil menyembuhkan beberapa penyakit.

Persoalannya, adakah ia perubatan wahyu atau adakah ini hanya perubatan berdasarkan petua dan ilmu yang dipelajarinya melalui pengalamannya?

26 Mei 2012

Tafsir Surah Al-Buruj - Kisah Ashabul Ukhdud

  
Di dalam al-Quran, kita sering membaca terjemahannya tetapi kita tidak tahu tafsir bagi setiap surah hingga kita tidak sedar, betapa banyak penceritaan di sebalik setiap kalamullah itu. Ini kerana, ramai yang beranggapan bahawa membaca buku tanpa berguru itu ibarat menuntut ilmu dengan syaitan. Tetapi mereka terlupa, sebaik-baik buku bacaan adalah al-Quran. Membaca terjemahannya sahaja tidak akan sempurna sehingga kita membelek beberapa kitab tafsir. Terdapat banyak kitab tafsir al-Quran yang telah berada di pasaran yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia seperti Tafsir Ibnu Katsir, Tafsir Tabari, Tafsir Baghawi, Tafsir Al-Azhar, Tafsir al-Jalalin, Tafsir Ibnu Abbas, Tafsir Ibnu Mas'od dan lain-lain lagi. Setiap kitab tafsir mempunyai keunikan tersendiri. Pada kebiasaanya, ia di susun mengikut sesebuah ayat, diikuti hadis nabi (sama ada hadis sahih atau hadis dhaif), atsar para sahabat dan tabi'in dan kemudian diakhiri dengan ulasan pengarang kitab sama ada melalui jalan cerita dari hadis maudhu, kisah Israiliyat mahupun kitab catatan sejarah.

Uniknya di dalam Tafsir Surah Al-Buruj terdapat peristiwa Kisah Ashabul Ukhdud. Apakah kisahnya itu?


  وَالسَّمَاء ذَاتِ الْبُرُوجِ (1) وَالْيَوْمِ الْمَوْعُودِ (2) وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ (3) قُتِلَ أَصْحَابُ الْأُخْدُودِ (4) النَّارِ ذَاتِ الْوَقُودِ (5) إِذْ هُمْ عَلَيْهَا قُعُودٌ (6) وَهُمْ عَلَى مَا يَفْعَلُونَ بِالْمُؤْمِنِينَ شُهُودٌ (7) وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلَّا أَن يُؤْمِنُوا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ (8) الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ (9) إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ (10
1. Demi langit Yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;
2. dan hari (pembalasan) Yang dijanjikan;
3. dan makhluk-makhluk Yang hadir menyaksikan hari itu, serta Segala keadaan Yang disaksikan; -
4. Celakalah kaum Yang menggali parit,
5. (Parit) api Yang penuh Dengan bahan bakaran,
6. (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,
7. sambil mereka melihat apa Yang mereka lakukan kepada orang-orang Yang beriman.
8. dan mereka tidak marah dan menyeksa orang-orang Yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!
9. Tuhan Yang Menguasai Segala alam langit dan bumi. dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.
10. Sesungguhnya orang-orang Yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki Yang beriman dan orang-orang perempuan Yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api Yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).

“Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan ujian kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan,”, yakni dengan membakar mereka. Demikian yang dikemukakan oleh Ibnu Abbas, Mujahid, Qatadah, ad-Dhahhak dan Ibnu Abza.

Bagi tafsir surah al-Buruj ayat 1-10, Imam Ibnu Katsir memetik hadis berikut iaitu:

Kekacauan Pemikiran Irshad Manji Dalam Bukunya 'Allah, Kebebasan Dan Cinta'

  
Kritikan, bidasan serta ulasan buku 'Allah, Kebebasan Dan Cinta' dari Irshad Manji Laknatullah melihatkan kerancuan pemikiran Irshad Manji dan mengandungi unsur dakwah kristianisasi. Buku Manji dimulakan dengan perbahasannya tentang tuhan. Dalam halaman 9 Manji mendakwa kalimah Allah adalah terjemahan bahasa Arab bermaksud Tuhan. Ini bererti kalimah Allah bukanlah kata nama khas yang merujuk kepada tuhan tertentu tetapi mana-mana perkara yang dijadikan tuhan akan diterjemahkan Allah dalam bahasa Arab. Itu adalah rumusan mudah dalam memahami pendirian Manji tentang Allah. Kemudian Manji mengakui bahawa dia sedar pemahamannya tentang tuhan bukanlah seperti yang difahami oleh ramai orang. Bermakna Manji sendiri akur bahawa dalam perkara yang paling asas dalam agama Islam iaitu isu ketuhanan, dia sendiri masih kabur dan tidak memiliki titik temu dengan majoriti umat Islam yang lain. Justeru, bagaimanakah Manji mampu melakukan perubahan atau reformasi pada perkara-perkara yang lain. Sekurang-kurangnya Manji perlu meletakkan asas yang sama antara semua umat Islam sebelum berpindah kepada perkara yang lain.

Dalam hal ini, Manji perlu tahu bahawa umat Islam dengan penuh keimanan mengatakan Allah adalah kata nama khas yang hanya merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa. Jika dikatakan bahawa kalimah Allah adalah terjemahan Arab bermaksud Tuhan, ini bermakna tuhan-tuhan dalam agama lain juga akan dirujuk sebagai Allah. Hal ini secara tidak langsung mengakui bahawa agama-agama lain itu juga menyembah tuhan yang sama sebagaimana yang disembah oleh umat Islam. Sedangkan Allah SWT menolak penyembahan yang dilakukan itu sebagai penyembahan yang merujuk kepada zat-Nya. Ketika surah al-Ikhlas diturunkan, ia membicarakan soal konflik tentang siapakah sebenarnya Allah yang dituturkan oleh agama-agama lain itu. Adakah ia tepat dan benar dengan konsep “Allah” sebagaimana yang digelar dan dipanggil oleh mereka? Imam Ibn Kathir menukilkan kata-kata ‘Ikrimah tentang perihal turunnya ayat ini. Berkata ‘Ikrimah:

Bolehkah saya berpuasa bulan rejab?

  
Telah tersebar di dalam facebook dan blog akan hadis yang maksudnya berbunyi: "Barang siapa berpuasa sehari di bulan Rajab, maka ia laksana berpuasa setahun, bila puasa 7 hari maka ditutuplah untuknya pintu-pintu neraka Jahanam, bila puasa 8 hari dibukakan untuknya 8 pintu syurga, bila puasa 10 hari, Allah akan mengabulkan semua permintaannya."Barang siapa mengingatkan orang lain tentang ini seakan ibadah 80 tahun". Ketahuilah bahawa hadis ini Palsu, bahkan tiada walaupun satu hadis akan kelebihan berpuasa pada bulan Rejab secara khusus melainkan ia Dha'if Jiddan atau Palsu.

Menurut Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqolani di dalam Kitabnya ‘Tabyiin Al-’Ajab Bima Warada Fi Fadli Rajab (تبيين العجب بما ورد فى فضل رجب) – (Menyatakan Keajaiban terhadap riwayat yang menyebut tentang Kelebihan Bulan Rejab): “Tidak ada hadis Sahih yang boleh dibuat hujjah menyebut tentang kelebihan Bulan Rejab, Puasa padanya juga berpuasa pada masa yang tertentu dalam Bulan Rejab”.

Di sini saya menyenaraikan sebahagian hadis palsu yang tersebar mengenai fadilat keutamaan solat dan puasa di bulan Rajab.

HADIS PERTAMA
رَجَبٌ شَهْرُ اللهِ وَشَعْبَانُ شَهْرِيْ وَرَمَضَانُ شَهْرُ أُمَّتِيْ.
“Rajab bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku.

Keterangan: HADIS INI (مَوْضُوْعٌ) MAUDHU’
Kata Syeikh ash-Shaghani (wafat th. 650 H): “Hadis ini maudhu’.” Lihat Maudhu’atush Shaghani (I/61, no. 129).

Hadis tersebut mempunyai matan yang panjang, lanjutan hadis itu ada lafaz:
لاَ تَغْفُلُوْا عَنْ أَوَّلِ جُمُعَةٍ مِنْ رَجَبٍ فَإِنَّهَا لَيْلَةٌ تُسَمِّيْهَا الْمَلاَئِكَةُ الرَّغَائِبَ...
“Janganlah kalian lalai dari (beribadah) pada malam Jumaat pertama di bulan Rajab, kerana malam itu Malaikat menamakannya Raghaa-ib...”

Keterangan: HADIS INI (مَوْضُوْعٌ) MAUDHU’
Kata Ibnul Qayyim (wafat th. 751 H):

Syiah Kepanasan, Al-azhar, Ikhwan dan Salafi Bersatu

  
Al-Azhar hari ini  (20 Mei 2012) mengadakan muktamar bermula jam 10 pagi membincangkan isu "Al-Husainiyyat", iaitu satu usaha yang dilakukan oleh Syiah bagi mengembangkan ajaran mereka di Mesir. Satu sahah milik sebuah tariqat menjemput seorang syeikh Syiah dari Qum, Iran atas alasan "bagi mendekatkan antara Sunni-Syiah", alasan dangkal yang ditolak mentah-mentah oleh ulama Al-Azhar. Minggu lepas, pihak berkuasa Mesir mengarahkan sahah Husainiyyat itu ditutup dan seluruh kelengkapannya dirampas sementara hari ini ulamak Al-Azhar dan Mesir menyatakan pendirian mereka menolak sebarang kegiatan menyebar ajaran Syiah di Mesir. Turut hadir wakil ulama Salafi, Syeikh Muhammad Hasan, wakil Ikhwan Muslimin dan wakil Kesatuan Golongan Asyraf Mesir. Sewajarnya Syiah tidak boleh diberikan muka kerana mereka juga tidak mengizinkan Sunni tersebar di negara mereka, Iran. Saling hormat-menghormati walaupun selalunya Sunni acapkali ditipu atas nama "taqrib".

Susulan tindakan pihak berkuasa Mesir menutup sahah Syiah, "Al-Husainiyyat" dan muktamar ulama pagi tadi yang disertai oleh ulama Al-Azhar (Mazhab Asyairah), Ikhwan Muslimin dan Salafi Mesir: Penganut Syiah di Mesir mula kepanasan dengan tindakan ulama-ulama tersebut bahkan melabelkan golongan Salafi tersebut sebagai "Wahabi" yang menjadi seteru Syiah sejak Muhammad bin Abdul Wahhab menghapuskan acara khurafat serta menyandarkan metodologinya kepada Ibnu Taimiyyah.

Kumpulan yang melabelkan diri mereka sebagai "Aliran Pemuda Syiah Mesir" menyerang Al-Azhar sebagai menghalang kebebasan sedangkan kata mereka, Al-Azhar dibina oleh kerajaan Syiah Fatimiyyah dan nama Al-Azhar itu diambil dari "Fatimah Az-Zahra'. Mereka mengecam tindakan ulama tersebut sebagai 'satu komplot' antara Al-Azhar, Ikhwan dan Salafi bagi menjatuhkan Syiah di Mesir.
Memang benar, Universiti Al-Azhar yang kita kenali sekarang pernah menjadi pusat penyebaran agama Syiah Fatimiyyah, Imamiyyah dan Ismailiah oleh Kerajaan Fatimiyyah di Maghribi pada tahun 197-567H iaitu sebelum muncul Salahuddin al-Ayyubi panglima perang kerajaan Bani Abbasiyyah yang mengambil alih kuasa di Mesir.
شيعة مصر يهاجمون "السلفيين" ويحرضون الأزهر ضدهم

Apa pun,tahniah buat ulama Mesir yang menjadikan Syiah di Mesir yang tidak sampai 1% jumlah mereka ini merasai kepanasan. Lihatlah kesan apabila ahlusunnah bersatu, Syiah sudah mula kepanasan. Apatah lagi jika penyatuan itu bertambah kuat, tidak mustahil akan lahir Mahdi yang akan menghapuskan kekejaman yahudi dan negara Israel di bumi Falastin.

Seperti yang saya katakan, dulu mereka (agama Syiah) menggunakan gelaran nasibi, sekarang mereka lebih suka meletakkan gelaran Wahhabi kepada yang melawan mereka. Di Tanah Arab,

Lelaki Berjubah Putih Mengangkat Pemuda Syahid Dengan Sebelah Tangan

  
Ketika askar upahan rejim Basyar Al-Assad sedang menggila membunuh penunjuk perasaan, tiba-tiba keluar sosok tubuh seorang lelaki berjubah putih dari arah sebelah tentera Basyar Al-Assad. Lelaki itu mengangkat mangsa yang syahid dibunuh askar upahan Basyar Al-Assad dengan tenang sedangkan dibelakangnya ada tentera bersenjata.
Kelihatan lelaki berjubah putih itu tenang mengangkat pemuda yang telah mati syahid itu dengan sebelah tangan sahaja.
Adakah ianya Malaikat? atau jin? Wallahu a'lam. Mereka membantu ahlu sunnah yang ditindas puak Syiah baalawi (Syiah Alawi atau Syiah Alawiyyah - علوية‎) di Syria manakala bantuan Allah tetap bersama. Penderitaan dan dugaan yang berat oleh rakyat Syria ahlu sunnah wal jamaah ini adalah sebagai ujian Allah. Manakala bantuan ghaib dari Allah hanyalah sebagai meredakan hati-hati orang yang beriman.

Siapakah lelaki berjubah putih itu? Masih menjadi persoalan. Tengok video di bawah ini, mungkin kurang jelas tapi video yang kedua di penghujungnya mungkin anda dapat amati betul-betul.. Wallahu a’lam

Video di bawah ini pula adalah video asal yang tidak diubahsuai/edit:

Penilaian Semula Kitab Al-Jauhar Al-Mauhub - Doa Kucup Ibu Jari

  
Kitab 'Al-Jauhar Al-Mauhub' ini adalah merupakan hasil terjemahan oleh Asy-Syeikh 'Ali bin 'Abdur Rahman Al-Kalantani, yang telah beliau nukilkan daripada "Kitab Lubab Al-Hadith", karangan bagi Asy-Syeikh Al-'Alim Al-'Allamah Jalaluddin 'Abdul Rahman As-Suyuthi. Buku ini merupakan "mau'izah" (pengajaran) dan bimbingan agama di dalam berbagai lapangan 'ibadat yang perlu bagi setiap mukallaf mengetahuinya. Kitab ini telah banyak kali diulang cetaknya dan banyak digunakan di pondok-pondok. Dan sesungguhnya kitab asalnya ialah dalam tulisan jawi, tetapi memandangkan kebanyakan generasi sekarang ini yang kurang mahir dalam tulisan jawi, maka untuk membantu mereka yang amat berminat mendalami 'ilmu agama maka inisiatif telah dibuat dengan menyalinnya dari tulisan jawi ke tulisan roman dengan tanpa ada pindaan daripada teks asal, agar mudah bagi mereka untuk mengikuti setiap perkataan yang terdapat dalam teks asal.

Adakah Ini Hadis Palsu?
Tidak satu pun tercatat di dalam mana-mana kitab hadis melainkan ia dikeluarkan di dalam Kitab Al-Jauhar Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub iaitu ia disalin dari Kitab Lubab Al-Hadith karangan bagi Asy-Syeikh Al-'Alim Al-'Allamah Jalaluddin 'Abdul Rahman As-Suyuthi. Saya tidak menjumpainya. Percaya atau tidak, hanya di Malaysia atau di negara nusantara yang mengamalkannya.

Doa Kucup Ibu Jari: Doa Ini Dibaca Ketika Azan Berkumandang, Semasa Muazzin  Selesai Melafazkan Kalimah (أشهد أن محمد رسول الله)
Maka Dibaca Satu Kali Sahaja Setiap Kali Muazzin Melafakan Kalimah Tersebut. Jadi dua Kali Setiap Solat Fardu kononnya mata kita cerah dan mendapat syafaat dari Rasulullah. Dipetik dari kitab Al-Jauhar Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub muka surat 43.

Kaifiat: Setelah menjawab azan اشهد أن محمد الرسول الله kucup pada kuku kedua ibu jari, kedua belah tangan kiri dan kanan kemudian letakkan bahagian kedua bahagian kuku ibu pada kedua belah mata (kedua kuku ibu jari yang bersesuaian. kuku ibu jari kanan pada sebelah mata kanan) dan kuku ibu jari kiri pada sebelah mata kiri dan gerakkan ke sebelah tepi wajah kita. Jika kuku ibu jari kanan digerakkan ke sebelah kanan dan begitu juga kuku ibu jari kiri digerakkan ke sebelah kiri. Doanya seperti berikut:

Mengapa wajib mendahului al-Quran dan Sunnah mengikut pandangan Salaf?

  
أَنْ الْحَمْدُ لِلَّهِ نَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوذُ بِهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا مَنْ يَهْدِ اللَّهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا
Amma Ba'du. Saudaraku yang dikasihi Allah sekalian, sahabat nabi tak sama seperti kita. Sahabat nabi menyaksikan wahyu, mereka diangkat dan dimuliakan oleh Allah dan Allah azza wajalla menceritakan perihal mereka di dalam al-Quran sebagai manusia yang paling mulia yang tidak akan menyamai dengan pengorbanan kita terhadap agama Islam. Mereka jujur dalam banyak perkara dan kerana mereka jugalah, Islam sampai kepada kita. Pengorbanan mereka yakni harta dan jiwa melebihi pengorbanan mana-mana manusia sejak zaman nabi Adam. Malah mereka tidak membelot dan tidak pula mempunyai kepentingan diri. Sahabat nabi diiktiraf oleh nabi sendiri. Kelebihan dan keistimewaan para sahabat lebih menyerlah dari matan hadis berikut:
لا تَسُبُّوا أَصْحَابِي فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلَا نَصِيفَهُ
Jangan kamu cerca (caci dan maki) sahabat-sahabatku! Maka kalaulah seseorang di antara kamu membelanjakan emas seumpama bukit Uhud (banyaknya)tidaklah sampai (nilainya)menyamai seperti secupak atau setengah cupak yang mereka (sahabat-sahabatku) belanjakan. (Hadis Sahih Bukhari)

Jawapan ini bagi menyangkal dakwaan dari kita yang mempertikaikan mengapa ada sahabat melakukan bid’ah dibolehkan sedangkan kita tidak dibenarkan sama sekali melakukan bid’ah. Jadi, untuk mereka ini kita akan bertanya kembali, apa jenis bid’ah yang dilakukan oleh sahabat nabi? Adakah kamu maksudkan ia perihal solat tarawih? Atau mungkin juga Qunut? Atau mungkin juga membukukan al-Quran?

Ikhwan yang dimuliakan,  tidaklah layak bagi kita membandingkan diri kita dengan sahabat nabi. Mereka telah bersama-sama nabi malah ada yang di antaranya telah bersama nabi kita lebih 20 tahun, dan ada di antara darinya telah menyaksikan hampir keseluruhan bagaimana wahyu Allah diturunkan kepada nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam. Mereka yang mempertikai sahabat nabi ini bolehlah kita tafsirkan mereka sebagai golongan dari agama Syiah. Tarekat tasawuf juga dari kelompok Syiah.

Tuan-tuan, perkara bid’ah suatu perbahasan panjang yang pasti bakal/telah menyakiti hati manusia yang mempunyai penyakit hati. Mereka ini adalah pengamal tegar perkara bid’ah dan ahlul bid’ah ini sememangnya telah merosakkan kemurnian dan kesucian Islam. Mereka mencari dalil dan nas untuk memuaskan hati mereka, jika mereka tidak menjumpainya maka mereka akan menggunakan logik akal mereka dan jika mereka menjumpainya dari riwayat yang tidak sahih, maka ini akan membuatkan mereka semakin bertambah keras hati dan tetap berkekalan dengan bid’ahnya. Apatah lagi jika gurunya juga menyokong perkara bid’ah, maka mereka akan memperjuangkan pula nama guru mereka si fulan bin si fulan. Na’uzubillah.

Sanad Hadis Hanya Sehingga Perawi Kitab Itu Sahaja
Sebelum melanjutkan lagi penulisan, saya cuba ringkaskan siapakah yang layak untuk sanad hadis di mana jawapannya hanyalah setakat perawi hadis itu sahaja. Jika hadis itu dari kitab sahih Bukhari, bermakna sanad itu sehingga Imam Bukhari. Jika Sahih Muslim bermakna sehingga Imam Muslim. Jika Kitab Sunan Abu Daud, bermakna sehingga Imam Abu Daud. Tiada sanad hadis selepas itu, ini adalah bertujuan bagi memelihara hadis itu sendiri. Walaupun ada ulama sekarang mendakwa mempunyai sanad hadis dari berbagai-bagai Imam ahlul hadis namun sebenarnya, bukanlah mereka ini bersanad dengan hadis ini, tetapi mereka hanyalah menerima ijazah sama ada melalui pengkhataman bersama-sama rakan di hadapan guru atau dikhatamkan oleh guru mereka. Mengapakah saya berkata demikian? Untuk lebih jelas lagi, kita ambil dua kes di bawah iaitu:

Tawassul di kubur dan kedustaan kepada Imam Syafii

  
أَنْ الْحَمْدُ لِلَّهِ نَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوذُ بِهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا مَنْ يَهْدِ اللَّهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا {اتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا} { يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ} {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعْ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا
Di antara barang dagangan yang dipakai oleh kaum yang hobinya bertabaruk dengan kuburan adalah sebuah kisah yang dikeluarkan oleh Al Imam Al Khathib Al Baghdadi rahimahullah di dalam Tarikhnya, sebuah kisah yang menceritakan bahawasanya Al Imam Asy Syafi'i rahimahullah apabila memiliki hajat beliau mendatangi kuburan Al Imam Abu Hanifah dan solat di sana serta berdoa.

Kisah ini adalah kisah yang menakjubkan - asing dan penuh dengan kemusykilan, walaupun pemilik blog http://alhabaib.blogspot.com/2012/02/tabarruk-imam-syafii-khatib-al-baghdadi.html (selanjutnya disingkatkan dengan blog alhabaib) - berusaha untuk mempercayai dan menyebarkan kisah aneh ini - bagaimana tidak aneh, apabila seseorang yang berusaha untuk mendalami aqidah imam empat mazhab – di antaranya Al Imam Asy Syafi'i rahimahullah, mereka akan menjumpai jauhnya keempat Imam tersebut dari perbuatan syirik seperti ini.

Maka tulisan di bawah ini, adalah dalam rangka menerangkan kepalsuan kisah tersebut, membersihkan kotoran yang dinisbahkan kepada Al Imam Asy Syafi'i rahimahullah dan boleh juga dianggap sebagai bantahan terhadap pemilik blog di atas dan propaganda-propagandanya.

Al Imam Al Khathib Al Baghdadi rahimahullah berkata:
أخبرنا القاضي أبو عبد الله الحسين بن علي بن محمد الصيمري ، قال: أنبأنا عمر بن إبراهيم المقرئ قال: نبأنا مُكرم بن أحمد قال: أنبأنا عمر بن إسحاق بن إبراهيم قال: نبأنا علي بن ميمون قال: سمعت الشافعي يقول: إني لأتبرك بأبي حنيفة، وأجيء إلى قبره في كل يوم - يعني زائراً - فإذا عرضت لي حاجة صليتُ ركعتين وجئت إلى قبره، وسألت الله تعالى عنده، فما تبعد عني حتى تُقضى
Telah mengkhabarkan kepada kami Al Qadhi Abu Abdillah Al Husein bin Ali bin Muhammad Al Shamiri berkata : telah menceritakan kepada kami 'Umar bin Ibrahim Al Muqri berkata : telah menceritakan kepada kami Mukrim bin Ahmad : telah menceritakan kepada kami Umar bin Ishaq bin Ibrahim berkata : telah menceritakan kepada kami Ali bin Maimun berkata : " Aku mendengar Asy Syafi'i berkata : " “Sesungguhnya aku telah bertabarruk dari Abu Hanifah dan mendatangi kuburannya setiap hari. Jika aku memiliki hajat maka aku melakukan solat dua rakaat dan lantas mendatangi kuburannya dan meminta kepada Allah untuk mengabulkan doaku di sisi (kuburannya). Maka tidak lama kemudian akan dikabulkan.” (Tarikh Baghdad 1/123).

Maka di sini saya terbitkan empat bantahan saya iaitu:

Dr Yusuf Qardhawi mendhaifkan hadis sahih Muslim?

Penulisan kali ini tidaklah sehebat tinta dari rakan seperjuangan, berbekalkan sedikit ilmu yang sudah pastinya tidaklah sehebat mana, saya terpanggil untuk menyambung atau meneruskan perbincangan mengenai perkara tajuk iaitu Dr Yusuf Qardhawi mendhaifkan hadis sahih Muslim berkenaan "taat pemerintah walau dipukul punggung (belakang) dan merampas harta" selain sama dengan pendapat Syaikh Mustafa al-`Adawiy ia juga sama dengan pendapat al-`Allamah Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Sebelum meneruskan lagi pembacaan ringkas ini, sudilah kiranya menonton terlebih dahulu dua video (berbahasa arab) berkenaan dengannya iaitu:

Qaul Syaikhna Mustafa al-`Adawiy (حديث وإن جلد ظهرك واخذ مالك للعلامة العدوى)


Qaul Dr Yusuf Qardhawi. Dalam video di bawah juga kita boleh melihat ketokohan al-`Allamah Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam ilmu hadis.
 (الشيخ القرضاوي حديث و إن ضرب ظهرك و أخذ مالك فاسمع و أطع,الموجود في صحيح مسلم حديث غير صحيح)


Dr. Yusof Al-Qaradawi berkata: boleh berhimpun untuk menentang mungkar. Dan golongan ulama di dalam PAS memakai kaedah Dr Yusuf Qardhawi ini. Artikel blog saya bertajuk Dr Yusuf Qardhawi mendhaifkan hadis sahih Muslim?

Comments

Popular posts from this blog