- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Tuesday, June 19, 2012






KISAH TIPU DAYA IBLIS: Terpedaya Dengan Muslihat Iblis Laknatullah

 

DI RIWAYATKAN bahawa pada masa dahulu terdapat seorang hamba Allah yang sangat suka membanteras kemungkaran.


1
2
3
4
5
Pada suatu hari dia berjalan-jalan untuk bersiar-siar di kampung tempat tinggalnya. Tiba-tiba dia terpandang seseorang sedang menyembah sebatang pokok besar berhampiran jalan. Maka ia pun jadi marah dengan perbuatan orang itu lalu pulang ke rumahnya untuk mengambil kapak buat menebang pokok berkenaan. Pada perkiraannya, jika pokok itu telah tiada tentulah orang itu tidak menyembahnya lagi.

Di pertengahan jalan, Iblis menghalang hamba Allah itu dengan menyerupai manusia lalu bertanya: “Kamu hendak ke mana?”

“Aku hendak pergi menebang pokok besar yang menjadi sembahan orang itu. Aku berjanji dengan Allah bahawa aku akan menebang pokok tersebut,” jawab hamba Allah itu.

Lalu berkatalah Iblis: “Buat apa kamu sibuk-sibuk sangat tentang urusan mereka, bukankah mereka itu sudah sesat dan jauh daripada mendapat rahmat Allah.”

Hamba Allah itu tidak mengendahkan kata-kata Iblis itu. Oleh kerana Iblis terus menghalangnya, maka terjadilah perkelahian antara hamba Allah itu dengan Iblis yang menyerupai manusia itu. Lama mereka berkelahi, sampai tiga kali berhenti dan berkelahi kembali. Perkelahian itu semuanya dimenangi oleh hamba Allah itu. Iblis yang menyerupai manusia tidak dapat menewaskannya. Iblis memikirkan muslihat untuk menewaskan hamba Allah itu.
1
Iblis tidak putus asa. Dia pun berkata: “Wahai orang yang sangat tinggi imannya kepada Allah, daripada kamu bersusah-payah menebang pokok tersebut lebih baik kamu pulang dan aku berjanji akan memberi kepadamu empat dirham dan aku akan letakkan di bawah bantal kamu pada setiap hari.”2
Mendengarkan kata-kata Iblis durjana lalu hamba Allah itu bertanya dalam nada gembira tanda setuju: “Betul apa yang kamu perkatakan itu?”Lalu dijawab Iblis dengan tegas dan meyakinkan: “Betul, apa yang aku perkatakan.” Kerana yakin dengan janji-janji itu, maka hamba Allah itu pun membatalkan niatnya menebang pokok yang jadi sembahan itu dan terus pulang ke rumahnya.3
Keesokan harinya, ketika hamba Allah itu terbangun dari tidurnya dia terus memeriksa di bawah bantalnya. Ternyata ada wang empat dirham sebagaimana yang dijanjikan Iblis yang menyamar sebagai manusia itu. Hamba Allah itu sangat gembir dan janji itu terbukti selama tiga hari berturut-turut.4
Bagaimanapun pada hari ke empat, wang yang sepatutnya ada di bawah bantal tidak ada lagi. Dia berasa amat marah kepada Iblis yang telah menipunya. Dengan perasaan marah kerana hampa mendapat wang yang dijanjikan, hamba Allah itu pun mengambil kapaknya dan meluru menuju ke pokok yang hendak ditebangnya dahulu.

Sebagaimana yang berlaku sebelumnya, di pertengahan jalan hamba Allah itu bertemu semula dengan Iblis yang menyamarkan diri sebagai manusia itu yang dirasakan telah menipu dirinya. “Kamu hendak ke mana dengan muka yang merah padam sambil menggalas kapak?”, tanya Iblis sambil tersenyum.

“Aku datang untuk menebang pokok yang menjadi sembahan orang itu. Dan aku sangat kecewa kerana engkau telah mengingkari janji,”
jawab hamba Allah itu dengan tegas dan rasa marah yang amat sangat kepada Iblis.

Kali ini pun Iblis sekali lagi menghalang hamba Allah itu. Maka berlakulah perkelahian seperti empat hari dahulu. Tapi kali ini perkelahian tidak sesengit dahulu. Hamba Allah yang dulunya gagah dan kuat, kini dengan mudah dapat dikalahkan oleh Iblis yang menyamar diri itu. Lantas hamba Allah itu bertanya: “Bagaimanakah kali ini kamu dapat menewaskan aku dengan mudah, sedangkan pada pertarungan dahulu aku yang dapat menewaskan kamu?”

Maka berkatalah Iblis dengan nada sombongnya: “Ketahuilah bahawa aku adalah musuh Allah dan aku adalah makhluk yang menyeru kepada kejahatan dan kemungkaran. Jadi aku berusaha mencari jalan untuk menyesatkan manusia seperti kamu hingga hari kiamat.
“Empat hari dahulu kamu datang ke sini untuk menebang pokok itu dengan niat kerana Allah, bagi menghapuskan kemungkaran yang berlaku. Ketika itu jika ada makhluk, sama ada penghuni langit atau bumi yang ingin menghalangmu daripada berbuat demikian, pasti mereka tidak mampu.

“Tetapi, hari ini aku dapat menewaskan kamu dengan mudah, kerana niat kamu dan tujuan kamu sudah berubah. Tidak ada lagi keikhlasan di hati kamu. Engkau datang ke sini untuk menebang pokok kerana aku tidak lagi menyediakan wang untuk kamu sebagaimana yang aku janjikan. Engkau datang bukan dengan kerana Allah tetapi, datang kerana marah kepadaku.

“Oleh sebab itu, lebih baik engkau pulang sahaja ke rumahmu sebelum aku patah-patahkan anggotamu.”

Maka barulah hamba Allah itu tersedar dan dia berasa sangat kecewa serta menyesal dengan apa yang telah berlaku.

Moralnya, amal dan kebajikan yang dilakukan dengan tidak ikhlas tidak akan memberi apa-apa kebaikan. Justeru, setiap amal dan kebajikan yang dilakukan hendaklah ikhlas kerana Allah. Apabila tiada keikhlasan, maka mudahlah iblis dan syaitan menggoda serta menyesatkan manusia sebagaimana yang disumpahkannya dengan Allah SWT.

Read more: http://sa-melayu.blogspot.com/2010/08/kisah-tipu-daya-iblis-terpedaya-dengan.html#ixzz1yFUJK2dQ

No comments:

Post a Comment