- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Monday, June 18, 2012






Mengelilingi kaabah dalam keadaan telanjang!



"Saya bermimpi melihat seorang lelaki sedang mengelilingi kaabah dalam keadaan telanjang!"

Diceritakan kepada saya oleh seorang sahabat yang thiqah, bahawa ketika beliau masih belajar di Universiti Madinah, telah berlaku suatu pengalaman yang menarik. dalam satu musim haji, sebgaimana biasa radio negara Arab saudi membuat program soal jawab agama secara langsung berkenaan permasalahan yang berkait dengan ibadat haji. para pemanggil bertanya soalan dan dijawab oleh pakar-pakar yang ditugaskan.

Seorang wanita telah menelefon dan bertanya:
"Tuan Sheikh, saya telah bermimpi satu mimpi yang ganjil, bolehkah tuan mentafsirkan mimpi saya?". Ulama tersebut menjawab:"Kita dalam perbincangan berkenaan haji, bukannya mentafsir mimpi. W/bagaimanapun sila puan nyatakan apa mimpi tersebut."

Wanita itu menyambung:
"Saya bermimpi melihat seorang lelaki sedang mengelilingi kaabah dalam keadaan telanjang!". Ulama itu terdiam seketika lantas berkata: "Sebenarnya lelaki yg puan lihat itu telah m'dpt haji yg mabrur. Dia sedang melakukan tawaf widak sblm pulang ke kmpg halamannya. Sy mentafsirkan demikian kerana Rasulullah s.a.w menyatakan bhw sesorg yg m'dpt haji yg mabrur akan pulang sebagaimana ia dilahirkan. Setiap org dilahirkan dlm keadaan telanjang. Puan, sampaikan berita gembira kpd lelaki t'sbt sekiranya puan mengenalinya. Ini adalah isyarat gembira drpd Allah s.w.t kepadanya'.

Lalu wanita itu mnjwb spontan dgn penuh emosi;
"Demi Allah sheikh, org yang saya lihat dlm mimpi itu adalah tuan sendiri". Tiba-tiba ulamak tersebut terus sebak dan tidak dapat meneruskan soal jawab pada hari tersebut.


SUBHANALLAH..........

majalah Solusi Isu no.24...m/s 12

**************************
Gua berimpian untuk menjejakkan kaki ke tanah suci, sesiapa tiada niat dan berimpian untuk sampai ke tanah suci insaflah...

Ada juga kawan-kawan gua muda-muda dah sampai ke tanah suci...hurm...

Sekian..

No comments:

Post a Comment