Makanan

90% dari penyakit adalah berpunca dari makanan.
Pemakanan yang sihat memberi kita kesihatan, manakala makanan kurang sihat akan menyebabkan berbagai penyakit.
Pemakanan Sihat:
Makanan daripada alam semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan, ikan dan binatang ternakan yang yang makan dari tumbuhan semula jadi di persekiran mereka.
Pemakanan tidak Sihat:
Makanan yang telah diproses seperti beras putih, gula putih, makanan GMO, makanan ringan, fast-food dan sebagainya.

Dari dulu kita telah diajar bahawa piramid makanan adalah seperti berikut

Tetapi kita telah ketahui bahawa karbohidrat yang banyak boleh menyebabkan bermacam penyakit seperti obesiti, kencing manis, sakit jantung dan juga kanser.  Juga diketahui bahawa sayuran dan buahan banyak mengandungi antioksiden, anti-viral, anti-bakteria dan sebagainya termasuk berupaya sebagai penawar berbagai penyakit.

Kita juga tahu bahawa makanan terproses tidak ada zat makanan tetapi enak dimakan, gula yang banyak juga akan mengakibatkan berbagai penyakit, elok dielakkan. Air telah terbukti mempunyai sifat menyembuh apabila ia bersifat heksagon dan bertenaga.

Olehitu  piramid makanan yang sihat adalah seperti berikut
diwarnakan merah bermaksud tidak baik untuk kesihatan tetapi jika rasa teringin sangat, bolehlah makan sedikit.
Lemak diperlukan oleh badan kita dan sebaiknya ialahminyak kelapa dan minyak zaitun.

Elakkan minyak tak-tepu poli (poly unsaturated) kerana ia tak stabil dan bertukar jadi toksik apabila dipanaskan.
susu tidak dimasukkan dalam senarai kerana susu yang ada hari ini ialah susu yang telah dipastur kan dan ini tidak baik untuk kesihatan.

Manakala yogut dan keju baik kerana ia mengandungi bakteria sihat (friendly bacteria).


Apabila makan hidangan, sebaiknya ialah 1 bahagian nasi perang, 1 bahagian ayam atau daging atau ikan, 1 bahagian sayuran mentah dan 1 bahagian buahan, dan di samping itu sedikit kekacang , bijian dan yogut.

Air bertenaga heksagon perlu diminum 6 hingga 8 gelas sehari.  Elakkan minum air sejuk selepas makan kerana air sejuk akan membekukan lemak dalam makanan dan merosakkan zat dan strukturnya dan ini tidak baik untuk kesihatan.
 
 Lima Asas 
 
Untuk mencapai kesihatan optima, kita perlu makan dan minum untuk keperluan sel badan kita.
Badan kita diperbuat daripada 72% air, otak kita diperbuat daripada 60% lemak, dan 5% daripada badan kita ialah mineral.
Setiap hari badan kita akan melalui pengoksidan apabila proses pencernaan makanan dan pembakar kabohidrat dan sebagainya untuk tenaga, maka terbentuk radikal bebas dan membawa kepada penuaan atau kerosakan sel.
Oleh itu untuk menjaga badan kita sentiasa sihat, kita perlukan dalam makanan kita lima asas berikut:-
  • air berbentuk semula jadi (hexagon) dan bertenaga
  • mineral (trace dan makro)
  • minyak atau lemak (MCFA dan Omega 3)
  • antioksiden
  • Imun IQ
 
 http://penawaralami.blogspot.com/p/makanan.html

Comments

Popular posts from this blog