Malaysiakini Dengki Dengan Iklan 'Sayangi Selangor' Di Komuter
24 July 2012
Pengerusi
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed
mengelak apabila diminta menjelaskan mengenai pembiayaan untuk iklan
"Sayangi Selangor" yang dipasang pada stesen dan gerabak sistem keretapi
komuter di Lembah Klang.
Koordinator BN Selangor itu juga berkata, kempen tersebut sememangnya dibayar, tetapi enggan menjelaskan siapakah yang bertanggungjawab menanggung kos untuk iklan berkenaan.
"(Iklan itu) dibayar. Apa masalahnya? Apa yang Malaysiakini dengki sangat?
"Ada lambang BN ke pada iklan itu? Takde kan? Jadi apa masalahnya?," soalnya kembali ketika ditanya selepas beliau mengagihkan kira-kira 1000 kotak berisi kurma kepada penumpang di stesen komuter Shah Alam.
Katanya lagi, soalan berkenaan seharusnya dikemukakan kepada presiden KTMB, Datuk Elias Kadir yang turut hadir di program tersebut.

Ditanya
mengenai program pengagihan kurma tersebut, Mohd Zin turut menjelaskan
bahawa ia merupakan program bawah BN Selangor dan bukannya program KTMB.
"Nampak ini? Tiada logo KTMB kan. Ini program BN Selangor," katanya sambil menunjukkan logo BN di bungkusan kurma tersebut.
Laporan Malaysiakini sebelum ini menyebut, kempen "Sayangi Selangor" itu antara lainnya melibatkan iklan yang mempromosikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan slogan "Kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup."

Iklan berkenaan mula dikesan pada bulan ini selepas kempen memasang
bendera BN di stesen komuter mencetuskan kontroversi pada April lalu.
Sementara
itu, Elias ketika ditemui Malaysiakini di program berkenaan turut
mengelak daripada menjelaskan mengenai pembiayaan kempen itu.
Beliau sebaliknya meminta supaya soalan berhubung isu itu dikemukaka kepadanya melalui emel.
"Saya tak boleh nak jawab sekarang. Apa kata awak emelkan soalan pada saya, dan saya jawab. Cara itu lebih elok," kata Elias.

http://www.malaysiakini.com/news/204529
http://bloglistpolitik.blogspot.com/2012/07/malaysiakini-dengki-dengan-iklan.html
Comments
Post a Comment