CILI KASI TARUK! SYED MOKHTAR AL-BUKHARI JADI MANGSA RASIS DAP!


Diakui atau sebaliknya, sebahagian daripada pembangunan di Kedah disumbangkan oleh Syed Mokhtar Al-Bukhari. Dan mungkin kerana itulah, Syed Mokhtar menjadi musuh utama DAP terutama selepas dia menjadi salah seorang daripada 10 orang terkaya di Malaysia dan merupakan satu-satunya Melayu yang berjaya mencapai ke tahap itu. 
Sedikit latar belakang Syed Mokhtar Al-Bukhari yang masih menggunakan kereta PROTON PERDANA V6 sebagai kereta rasminya dan seringkali cuba digambarkan secara negatif oleh Pakatan Rakyat. 
Berasal dari Alor Star, Syed Mokhtar memulakan perniagaannya sebagai pengusaha daging pada tahun 1970. Bagi mereka yang mengenalinya, Syed Mokhtar cukup dihormati kerana sikapnya yang merendah diri. Syed Mokhtar beralih ke bidang pengangkutan yang membawa tuah kepadanya. Namanya mula menjadi sebutan pada awal 1990-an di Johor sewaktu Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar negeri berkenaan. 
Sebabnya, Syed Mokhtar Al-Bukhari merupakan salah seorang yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) Johor terkenal di mata dunia dalam tempoh yang singkat. 
Namanya kembali disebut apabila wujud persaingan sengit mengambilalih syarikat pengeluar kereta nasional, Proton. Dan dari situlah bermulanya pelbagai cerita-cerita negatif tentang Putera Kedah yang telah menapak dari bawah menuju ke puncak. 
DAP dari awal-awal lagi telah melakukan serangan terhadap Syed Mokhtar Al-Bukhari. Syed Mokhtar adalah lambang kejayaan Bumiputera yang perlu disekat dari awal lagi. 
Maka, muncullah kempen membenci KRONI UMNO atau UMNOPUTRA. Syed Mokhtar Al-Bukhari digambarkan sebagai penerima segala projek kerajaan kerana dia adalah seorang UMNOPUTRA. Kejayaannya adalah disebabkan bantuan daripada projek-projek kerajaan. Syed Mokhtar juga dipotretkan sebagai kebenaran, kekayaan besar diraih hanya sebilangan KRONI UMNO. 
Benarkah tohmahan berkenaan? 
Dari Top Terkaya Di Malaysia sehinggalah kepada Orang Ketujuh, nama Syed Mokhtar Al-Bukhari hanya berkedudukan pada nombor lapan. Dari nombor satu sehingga ke nombor tujuh, tidak ada nama Melayu atau Bumiputera. Bahkan dari nombor satu sehingga ke nombor tujuh, kebanyakan daripada mereka juga terlibat dengan projek-projek kerajaan walaupun mereka bukanlah orang UMNO mahupun penyokong Barisan Nasional. Bahkan difahamkan juga, mereka tidak pernah pergi mengundi pun, walaupun mereka membekalkan dana yang sangat banyak kepada parti-parti politik yang bertanding..
Apa peliknya Syed Mokhtar Al-Bukhari menjadi kaya-raya kerana usaha-usahanya sedangkan pada masa yang sama, orang ini memberikan peluang yang lebih baik kepada warga marhein, khususnya di kalangan Bumiputera untuk sama-sama mengecapi nikmat yang diusahakannya? Tidakkah beberapa syarikat yang Syed Mokhtar Al-Bukhari mempunyai kepentingan di dalamnya, memberikan peluang pekerjaan kepada Bumiputera bahkan menaja pendidikan dan pelajaran mereka? 

Ura-ura Syed Mokhtar Al-Bukhari akan mengambilalih pengurusan dan pentadbiran Pelabuhan Pulau Pinang telah menimbulkan sakit hati yang sangat keterlaluan kepada DAP, khususnya Lim Guan Eng. Dalam debatnya dengan Presiden MCA, Lim Guan Eng secara terang-terang menunjukkan belang rasisnya apabila menyatakan bahawa Pelabuhan Pulau Pinang adalah untuk anak Pulau Pinang tanpa sedar, bahawa dia sebagai bukan anak Pulau Pinang sedang menduduki kerusi empuk Ketua Menteri Pulau Pinang. 

Mungkin kalau bukan kerana RASIS itu adalah perkataan yang dicipta oleh DAP dan telah diberikan gambaran jijik, Lim Guan Eng akan berkata, pengurusan Pelabuhan Pulau Pinang tidak boleh sama sekali jatuh ke tangan ANAK MELAYU. 

Alasan utama yang diberikan untuk menidakkan peluang Syed Mokhtar Al-Bukhari yang telah terbukti berjaya menjadikan PTP sebagai sebuah pelabuhan yang berdaya saing dan maju, bahkan turut mengancam Singapura, ialah kononnya Syed Mokhtar Al-Bukhari mempunyai hutang korporat RM34 bilion dan jumlah hutang tersebut mengancam negara.

Itu kata mereka dan apabila kata-kata itu keluar dari mulut kaum DAP bermakna ianya merupakan satu pembohongan secara halus yang bertujuan untuk menjatuhkan taraf Melayu-Bumiputera dan orang Islam di negara ini. 
Tony Pua dalam kenyataannya (BACA DI SINI) mempersoalkan hutang-hutang korporat tersebut dan ancamannya kepada kewangan negara. Seolah-olah Robert Kuok, Anandha Krishnan, Teh Hong Piow, Lee Shin Cheng, Lim Kok Thay, Quek Leng Chan dan Lee Kim Hua tidak mempunyai sebarang hutang korporat yang besar. Bahkan ketujuh-tujuh nama itu, tidak satu pun mendapat projek kerajaan untuk mereka bergelar orang terkaya di Malaysia.

Syed Mokhtar telah berjaya membuktikan kepada umum bagaimana kejayaannya mengurustadbirkan Pelabuhan Tanjung Pelepas yang dibeli menerusi tender dengan harga RM330 juta daripada kerajaan dan hari ini, PTP berjaya mengendalikan lebih 6 juta TEU setahun.  Dan apabila Pelabuhan Pulau Pinang menanggung hutang RM800 juta, orang yang telah terbukti mentransformasikan sebuah pelabuhan tidak berdaya maju menjadi sebuah pelabuhan yang mencatat keuntungan besar seperti PTP, merupakan individu yang paling sesuai untuk mengambilalih pengurusan serta pentadbiran Pelabuhan Pulau Pinang. 
Namun ianya sudah tentulah dipandang serong oleh DAP dan Pakatan Rakyat yang sentiasa beranggapan, mana-mana Melayu-Bumiputera yang berjaya, semuanya UMNOPUTRA. 

Barangkali kalau Pelabuhan Pulau Pinang diserahkan kepada Robert Kuok, Anandha Krishnan, Teh Hong Piow, Lee Shin Cheng, Lim Kok Thay, Quek Leng Chan atau Lee Kim Hua, Tony Pua dan Lim Guan Eng serta Pakatan Rakyat tidak akan banyak mulut. Bahkan menganggap, ianya sebagai satu RAHMAT KEPADA RAKYAT PULAU PINANG.
. http://kedahan69ers.com/?p=2774
 http://parpukari.blogspot.com/2012/07/cili-kasi-taruk-syed-mokhtar-al-bukhari.html

Comments

Popular posts from this blog