RAMADAN: PUASA, AL-QURAN DAN TAKWA


Inilah putaran hikmah yang berlaku pada bulan Ramadan. Setiap kali munculnya bulan Ramadan, kita perlu mengerakkan putaran ini sekuat mungkin; iaitu putaran PUASA - TAKWA - AL-QURAN pada bulan Ramadan.

Kita berpuasa dengan satu tujuan iaitu untuk mencapai darjat takwa. Puasa ialah jalan menuju takwa. Puasa ialah latihan diri mencapai sifat takwa. Puasa yang sempurna akan melahirkan buah takwa. Orang mukmin berpuasa kerana ingin mengecap nikmat takwa. Takwa ialah kemuncak pencapaian bagi mereka yang berpuasa. Mukmin yang berpuasa, janjinya ialah anugerah takwa daripada Allah swt.

Al-Quran ialah petunjuk kepada mereka yang bertakwa, maka puasa ialah latihan takwa sebagai persediaan untuk menerima al-Quran. Suruhan dan larangan di dalam al-Quran hanya mampu dilaksanakan oleh mereka yang bertakwa. Petunjuk daripada al-Quran hanya akan dihargai oleh mereka yang mempunyai ketakwaan. Takwa ialah prasyarat untuk mendapat hidayah dan petunjuk al-Quran. Orang berpuasa pada bulan Ramadan berpeluang mendidik jiwanya untuk mendekati al-Quran. Orang berpuasa lazimnya berasa lebih dekat dan gembira dengan al-Quran.

Jangan biarkan Ramadan berlalu tanpa kita berpuasa. Jangan biarkan puasa berlalu tanpa kita beroleh takwa. Takwa seharusnya membawa kita lebih hampir dengan al-Quran. Penuhilah detik-detik indah bulan Ramadan ini dengan ibadah puasa dan mendampingi al-Quran..
~kedatangan Ramadhan yang dinanti~

Comments

Popular posts from this blog