Pesara kanan kerajaan diburu parti politik

Sejak kebelakangan ini timbul di sana sini beberapa orang pesara kerajaan yang dulunya berjawatan tinggi dalam perkhidmatan kerajaan turut menyertai parti politik tertentu.

Penerjunan golongan ini dalam politik tanahair tidaklah begitu menghairankan kerana ianya telah lama berlaku. Tetapi sejak akhir-akhir ini, tindakan golongan ini yang berani mengistiharkan secara terbuka menyertai parti pembangkang adalah sangat menarik minat pemerhati politik termasuk rakyat marhaen.

Sebenarnya golongan pesara ini banyak sekali mempunyai rahsia tersendiri. Sepanjang perkhidmatan mereka yang hampir 30 tahun terlibat dalam perkhidmatan kerajaan sudah memberi peluang kepada mereka untuk bukan sahaja mahir malah membolehkan mereka  mengetahui perbagai liku dan ranjang dalam segala hal perkhidmatan kerajaan. Semua dasar dan sistem serta perlaksanaan jentera pentadbiran kerajaan diketahui mereka ini termasuk kelemahan dan kepincangan yang berlaku.

Jadi tidak hairanlah kini pesara-pesara kerajaan terutama yang dulunya berjawatan tinggi kini menjadi rebutan parti-parti yang ada bagi memperkuatkan jentera parti masing-masing.

Pilihlah jalan masing-masing dan yang terbaiknya eloklah kita berkata apa yang sebenarnya berlaku dan beritahulah kebenarannya mengenai sesuatu perkara yang benar-benar kita ketahui. Semoga tindakan kita nanti boleh memberi kebaikan kepada semua pihak terutama golongan rakyat yang memerlukan kehidupan yamg lebih makmur dan selesa dibumi Malaysia yang kaya raya ini. 
Bacalah keadaan pesaraan diluar negara.
http://digitaleprints.um.edu.my/566/4/BAB3.pdf


http://suahati.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog