Skip to main content







Manusia dicipta bukan untuk melakukan maksiat kepada Allah SWT

by peribadirasulullah
http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/319493_460715057274349_1633355700_n.jpg
Tidak Ada ILMU RAHSIA.
Allah Swt perintahkan IQRA' (bacalah, Surah alAlaq) dan al Qalam (demi pena, surah al Qalam) dan ilmu Dibahagi Dua:
1) Ilmu Fardhu 'Ain dan 2) Fardhu Kifayah.
Semua orang Islam diwajibkan menuntut ilmu (al hadith)
Dalam ilmu fardhu 'Ain itu, Ilmu Tauhid adalah IBU segala ILMU.
Ilmu Tauhid akan membuka Rahsia Alam Gaib dan Ilmu Fardhu Kifayah (sains, biologi, chemistry, engineering) akan membuka Rahsia Alam Nyata (dengan penerokaan bumi, dasar laut dan angkasa lepas). Itulah sahaja konsepnya.
Hari ini umat Islam JAHIL Ilmu Fardhu 'Ain dan jauh ketinggalan dalam Ilmu Fardhu Kifayah.
Dalam kitab Risalah Tauhid di sebut
“Nisbahnya dengan ilmu yang lain ialah ilmu yang dibangsakan kepada agama Islam yang paling utama(pokok) sekali.
Dan kelebihannya iaitu semulia-mulia dan setinggi-tinggi ilmu daripada ilmu-ilmu yang lain.
Dan juga kerana Ilmu Usuluddin(Ilmu Tauhid) ini jadi asal bagi segala ilmu-ilmu yang lain yang wajib diketahui dan lagi kerana mulia maudhu’nya(perbahasannya) iaitu Zat Tuhan dan Rasul.
Dari itu jadilah ia semulia-mulia ilmu.”
Pada surah al-Kahf (18) ayat ke 17, Allah berfirman,
"Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barang siapa yang disesatkan-Nya, maka kamu tak akan mendapatkan seorang pemimpin pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya."
Sedangkan surah al-A'raf (7) ayat ke 286, Allah berfirman,
"Barang siapa yang Allah sesatkan, maka ia tidak memiliki orang yang akan memberi petunjuk. Dan Allah membiarkan mereka terombang-ambing dalam kezaliman mereka."
Demikian juga pada surah al-Zumar (35) ayat ke 36-37, Allah berfirman,
"Dan barang siapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun yang menjadi pemberi petunjuk baginya. Dan barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak seorang pun yang dapat menyesatkannya. Bukankah Allah Maha Perkasa lagi mempunyai (kekuasaan untuk) mengazab?"
   

Comments

Popular posts from this blog