Siapa Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary ?..by Rjuna

MUKADIMAH:
 
Beliau tidak ada kena mengena dgn politik dan ada yg fikir beliau ini adalah menteri brdasarkan pada gelaran nya dan jika ada yg brfikiran begiti maka anda salah...Beliau adalah unsung hero atau wira yg tidak di kenali dan lebih gemar begitu..kehidupan nya sederhana walau beliau adalah jutawan dan antara individu yg terkaya dalam malaysia.Beliau lebih suka memandu kereta Perdana walau pun beliau memiliki kereta-kereta mewah yg lain..Sebab nya adalah kerana beliau pernah berjanji pada ibu nya yg beliau akan kekal sederhana dan membantu golongan fakir miskin.

SEJARAH AWAL:
 
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukary di lahirkan pada 1951 di Hutan Keriang,Alor Star dan bukan nya datang dari keluarga berada.Kemiskinan membuat beliua tidak mampu belajar ke peringkat tertinggi dan beliau tidak pernah menjejak kaki ke Universiti.
Pada usia seawal 19 tahun beliau mencuba nasib dalam bidang perniagaan dgn menjual lembu dan menjual roti Canai di pasar Telok Wan Jah Alor Setar .Selain itu beliau juga pernah menjadi guru sementara.
Dasar DEB banyak membantu nya di mana beliau mula menceburi bidang ternakan.runcit,pengankutan,kontraktor dll..Beliau menekan kan pada disiplin yg tinggi untuk mencapai hasratnya..
Usaha nya secara serius bermula pada awal tahun 70an bila semua ternakan bapa nya mati akibat di serang penyakit kuku dan mulut dan ini mendorong nya mengambil alih perniagaan dari bapa nya dan memulakan bisnes penghantaran daging kepada restoran2 di sekitar Alor Setar dgn membeli dan membungkus semula daging yg tidak terjual.
Tahun 1972 beliau memulakan perniagan pengangkutan dgn memiliki 4 buah lori dan enggan tunduk pada permintaan seorang tauke yg menawarkan harga tinggi untuk permit lorinya..Syarikat pengankutan nya di beri nama Syarikat Sentosa (ada sehingga kini ) dan beliua menjalankan perniagaan menghantar beras.
Masa depan yg cerah dan rezeki yg berlipat ganda membuat nya mampu memiliki rumah kedainya sendiri pada tahun 1974..
Sterus nya beliau tidak lagi memandang ke belakang dan mengembangkan perniagaan nya dengan menceburi pelbagai bidang dan menjadikan diri sebagai taikun melayu yg pertama.
Kontraktor,pengilang,perkapalan,hartanah adalah antara bidang perniagaan yg di ceburi nya dan seolah-olah mempunyai "Midas touch" setiap yg di sentuh nya pasti berjaya.
Hari ini beliau adalah orang terkaya ke 7 terkaya di Malaysia dan yg ke 32 di Asia dgn harta sebanyak RM 1,425 juta..

KEBAJIKAN:
 
Kesusahan yg di alami semasa kecil mendorong nya membina Yayasan Al Bukhary pada 1996 di mana setiap tahun seramai hampir 20,000 golongan miskin mendapat faedah pelajaran secara percuma.
Yayasan ini terbahagi kepada 2 bahagian di mana 1 menguruskan dana yg di salur dari Syarikat milik nya dan 1 lagi untuk kerja amal dan kebajikan
Sehingga kini Yayasan ini telah membelanja lebih dari RM 300 juta untuk kepentingan islam bukan saja di Malaysia malah sekitar ASEAN
Pada 2004 Kompleks Al Bukhary di bina dan Kompleks ini lengkap untuk penempatan warga emas,anak yatim dan terdapat pusat perubatan,pusat komuniti dan pengajian tinggi dan semua nya adalah percuma
Beliau turut membina Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur yg berharga RM 100 juta.
Yayasan AL Bukhary turut membina 12 masjid di seluruh negara..
Beliau turut menderma sebanyak RM 75 juta untuk Pusat Pengajian Islam di Universiti Oxford..
Ada banyak lagi jasa-jasa nya untuk saya huraikan pada anda semua mengenai insan ini yg begitu merendah diri hanya kerana masih berpegang pada kata-katanya..Saya tidak mampu membuat seperti mana jasa Tan Sri..
Saya cuma mampu membeli Roti Gardenia saja sebagai sokongan.




Comments

Popular posts from this blog