Sunnah yg bagaimana harus kita ikuti sebenarnya..
Bismilillahirrahmanirrahim.. Ya Allah,
lembutkanlah hati-hati mereka yang membaca ini agar mudah mereka
menerima ilmu, dan semoga dengan ilmu yang ku sampaikan ini, tertaut
hati-hati mereka di dalam agamaMU, dan seterunya bersama-sama dalam
menegakkan agamaMU.. Aminnn...
Assalamualaikum
sahabat-sahabat Bicara Amani. walau dugaan yang yang pelbagai datang
menimpa, InsyaAllah, amani takkan putus asa dan lemah semangat untuk
sebarkan ilmu Allah. Alhamdullilah dengan semangat yang Allah kurniakan.
hari ini, bicara amani tentang sunnah Nabi. semua orang tahu, kita
hidup ini berpegang pada dua iaitu Kitabullah dan Sunnah Rasullulah...
apabila kita lewati kembali sirah Rasulullah, kita dapati Nabi Muhammad
itu adalah dalam kalangan manusia biasa, macam kita, cumanya Baginda
insan yang terpilih untuk menjadi Nabi terakhir yang diberikan Al-Quran
sebagai panduan dalam menyebarkan ilmu..
zaman
sekarang ini, ramai yang amani perhatikan, Alhamdullilah, memang ramai
yang menghidupkan sunnah Nabi. yang lelakinya berjanggut, memakai jubah,
dan paliang sinonim ialah kawin 4.. kalau kita sebut sunnah, mesti kita
kaitkan dengan semua itu, contohnya makan 3 jari... bukan semua itu
yang kita kena utamakan, tapi sunnah Nabi dalam menyebarkan agama itu
yang paling utama untuk kita tegakkan agama Allah. bukan amani kata tak
boleh buat, boleh buat. tapi yang paling aula ialah sunnah sebarkan
dakwah...
ingat
kembali tujuan kita hidup didunia ini, iaitu beribadah kepada Allah dan
menegakkan Islam di tempat yang paling tinggi.. cuba kita pandang
sekeliling, perhatikan, adakah negara kita ini layak dipanggil negara
Islam. lihat dari semua segi, perbankan, perundangan, pendidikan, adakah
itu semua dah menunjukkan kita sebagai agama Islam. ataupun negara
Islam itu di dasari apabila umatnya beragama Islam.. cukup ke macam tu??
analogi mudah...sebuah pokok. kita panggilkan sebagai pokok durian. kenapa kita panggil pokok durian, sebabnya, kita tengok akarnya, akar durian, batangnya batang durian, daunnya daun durian, buah yang terhasil juga buah durian... andaikan kalau kita tengok akarnya akar rambutan, batangnya batang tebu, daunnya daun kelapa, adakah kita boleh panggil itu sebagai pokok durian?

kita
kaitkan kembali. andaikan pokok itu sebagai negara. sekarang ini, akar
kita adalah Al-Quran, iaitu kalau kuat akarnya, maka kuatlah batang,
daun dan buahnya. tapi negara kita ini ambil ke semua pengajaran dan
hukum Allah dalam AL-Quran. berhak ke kita ni nak kata hukum Allah tak
sesuai.. kalau dah akarnya tak kukuh, adakah kita boleh menghasilkan
penduduk yang benar-benar Islam.. ermm, fikir-fikir kembali...
kembalikan
fitrah kita hidup di muka bumi ini perlu pakai Al-Quran.. zaman
sekarang ini ramai sangat yang tak faham Al-quran.. jadi inilah sunnah
Nabi yang paling utama untuk kita jalankan, iaitu menegakkan segala apa
yang ada di dalam Al-Quran. memanglah kita ni tak boleh nak tukar segala
apa yang kerajaan dah tetapkan, jadi kita fahamkan dulu sahabat-sahabat
kita dan keluarga kita tentang AL-Quran. bila ramai yang dah faham, tak
mustahil negara Islam akan betul-betul lahir di Malaysia kan...
1
23
4
5
Agama
Islam itu dalam segi bahasanya bermaksud (bahasa sanskrit kuno)-agama
itu ialah tidak kacau. Islam itu sejahtera. kalau tak kacau maksudnya
ialah sesuatu yang sistematik. jadinya Agama Islam itu adalah sistem
kehidupan yang sejahtera. tapi sejahtera ke kalau kita nak keluar rumah
kena kunci pintu, sejahtera ke kalau kita nak kuar malam takut,
sejahtera ke kalau kita tak berani letak duit sebarangan.. tapi cuba
bayangkan kalau agama Islam itu berjalan dengan kehendak Allah. letakkan
duit atas meja, pasti tiada siapa nak curi sebab takut. tak payah kunci
kereta tepi jalan untuk solat, sebabnya semua takut nak mencuri.. itu
baru sejahtera kan...

ermm,
jadinya, nak jalankan sunnah nabi macam cara makan, cara pakaian, cara
berjalan itu semua boleh, tapi yang paling utama ialah kita mewarisi
pekerjaan nabi sebagai rasul, iaitu menyampaikan tentang ajaran
Al-Quran.... itu sahaja pandangan amani buat masa ni. maaf salah silap,
sekadar perkongsian Ilmu dan keinginan untuk hidup dalam suasana yang
benar-benar Islam. kalau amani seorang je buat, Islam tidak boleh
bersatu, tapi Islam hanya boleh bersatu apabila semuanya mengikut
Al-Quran.. wallahualam Bissawab..Assaamualaikum...
**
terfikir, kalau kita makan 3 jari, lelakinya dengan berjanggut,
berjubah, berserban, boleh tak Islam itu tertegak di bumi Allah ?? tapi
kalau kita amalkan sunnah Nabi untuk berdakwah, pastinya kita boleh
hidupkan negara Islam, macam Nabi. Baginda sedih meilhat penduduk Mekah
yang ingkar dengan suruhan Allah, tapi Baginda kuat semangat berdakwah,
hingga tertubuhkan Madinah yang gilang gemilah....
p/s : carilah ilmu Allah.. bukakan pintu hatiMu, jika kamu tidak mahu berubah ianya akan tetap sama... Allah itu sentiasa dekat dengan hambaNya, semakin kamu dekat dengan ilmuNya, semakin bertambah cintamu kepadaNya. sehingga kamu akan merasakan, cukuplah Allah dan kitabNya buat diriku...
http://azwaamani.blogspot.com/2012/01/sunnah-yg-bagaimana-harus-kita-ikuti.html
Comments
Post a Comment