Neraka Saqar pembakar kulit manusia
Bismillahirrahmanirrahim.
1
2
Assalamu'alaikum.
Segala puji bagi Allah pentadbir sekalian alam,
selawat serta salam buat junjungan mulai Nabi Muhammad, keluarga, para sahabat
dan pengikut yang setia hingga ke hari kiamat.
Apa yang saya publish di sini ialah hasil
pembacaan sebahagian tafsir Surah Al-Muddaththir oleh Dr ZULKIFLI MOHAMAD
ALBAKRI. Saya salin dan tambah ayat-ayat al-Quran. Semoga menambah bahan bacaan
kita dan dengan itu kita sentiasa berasa gerun dengan api neraka dan seterusnya
berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT untuk ke Syurga dan dijauhkan
daripada Neraka. Allahumma Amiin.
Allah berfirman:
(Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar. (Al-Muddaththir 74:26)
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu? (Al-Muddaththir 74:27
Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus) (Al-Muddaththir 74:28)
Ia terus-menerus membakar kulit manusia! (Al-Muddaththir 74:29)
Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat). (Al-Muddaththir 74:30)
Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (daripada kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami); dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) menjadi yakin (akan kebenaran Al-Quran), dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya; dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu); dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya (orang-orang munafik) dan orang-orang kafir berkata: "Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?" Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka (saqar) itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia. (Al-Muddaththir 74:31)
Nota :
Yang dihighlightkan dengan
warna biru dalam ayat di atas itu ada
penerangannya tersendiri. Harap baca di link yang tersenarai di bawah:
SYED Qutub
berkata: "Orang mukmin menerima penjelasan mengenai bilangan pengawal
neraka Allah dengan penuh yakin tanpa mempertikaikannya. Tetapi orang
musyrikin menerima penjelasan bilangan pengawal tersebut dengan hati yang
sunyi daripada iman, sunyi daripada rasa hormat kepada Allah dan sunyi daripada
sikap yang serius dalam menerima penjelasan mengenai perkara yang besar
ini."
Mereka
mempermainkan dan mengejek dan berkata: "Tidakkah setiap 10 orang daripada
kamu sanggup membunuh seorang pengawal daripada 19 pengawal neraka itu? Ada pula
yang berkata: Kamu boleh membunuh dua orang daripada pengawal itu dan bakinya
serahkan kepadaku untuk menguruskannya. Mereka menerima perkara yang amat besar
ini dengan jiwa dan hati yang tertutup."
Ibnu Kathir
berkata: "Iaitu malaikat Zabaniah yang tampak bengis lagi kasar. Ini kerana Abu
Jahal pernah berkata: Hai orang Quraisy! Tidak mampukah kamu 10 orang di
kalangan kamu melawan satu malaikat?"
Ada pendapat
menyatakan yang berkata itu adalah Kildah bin Khalaf.
Al-Maraghi
berkata: "Penjaga neraka adalah malaikat kerana malaikat adalah makhluk terkuat
dan terhebat serta makhluk yang amat patuh dalam menunaikan hak Allah SWT.
Sesungguhnya Allah SWT menjadikan penjaga Neraka Jahannam itu dalam bilangan
sebanyak itu, adalah untuk menimbulkan keyakinan kepada orang Yahudi dan Nasrani
terhadap kenabian Muhammad SAW. Ini disebabkan persamaan yang terdapat di antara
al-Quran dengan kitab-kitab mereka."
Sesungguhnya
penjaga neraka itu walaupun bilangan hanya 19 malaikat, tetapi mereka ini
mempunyai pembantu-pembantu yang tidak diketahui jumlahnya kecuali Allah SWT
yang mengetahuinya dan neraka Saqar yang digambarkan oleh Allah SWT
hanyalah sebagai peringatan kepada manusia.
Sebenarnya! Demi bulan, (Al-Muddaththir 74:32)
Dan malam apabila ia balik melenyapkan diri, (Al-Muddaththir 74:33)
Dan waktu subuh apabila ia terang-benderang, (Al-Muddaththir 74:34)
Sesungguhnya neraka Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar, (Al-Muddaththir 74:35)
Yang menjadi amaran bagi umat manusia, (Al-Muddaththir 74:36)
Ibnu Kathir berkata: "Iaitu
sangat besar neraka Saqar tersebut seperti yang dinyatakan oleh Ibnu Abbas
dan ramai ulama salaf."
Al-Maraghi berkata: "Allah SWT bersumpah dengan bulan yang bersinar, malam yang bertukar ganti dan Subuh yang terang bahawa neraka Jahannam itu adalah salah satu bencana dan bahaya besar sebagai peringatan kepada manusia."
Syed Qutub
berkata: "Jarang hati manusia yang segar kerana melihat bulan yang sedang naik
atau sedang turun, menghilang kemudian tidak teringat kepada rahsia alam yang
dibisikkan oleh bulan. Kadang-kadang berdiri di bawah cahaya bulan boleh
menyucikan hati seseorang."
Jarang hati
manusia segar melihat malam berlalu dalam saat yang tenang menjelang naiknya
matahari dan ketika alam mula sedar dan membuka matanya kemudian tidak terlekat
kesan pemandangan dalam hatinya serta tidak berdenyut dalam lubuk
jiwanya.
Jarang hati
manusia segar kerana melihat waktu pagi yang terserlah dengan sinarnya yang
terang kemudian tiada perasaan gembira dan riang menghasilkan fikiran terbuka
dan perasaan yang berubah untuk bersedia menerima hidayah yang memancar dalam
hati nurani bersama cahaya pagi.
Allah telah menciptakan hati manusia itu tahu pemandangan
alam kadang-kadang boleh membawa kepada perubahan yang menakjubkan dengan
penghasilan insan yang baru.
Terserlahnya pancaran dan sambutan yang wujud pada bulan, malam
dan waktu pagi, terdapat hakikat besar yang menarik yang dijadikan objek oleh
al-Quran supaya difikir oleh akal. Ia juga terdapat bukti yang
menunjukkan kudrat Allah SWT yang amat kreatif dan pentadbiran-Nya yang
bijaksana dalam mengaturkan alam buana dengan cara yang begitu rapi dan halus
yang mengkagumkan akal kita.
Semoga kita
sentiasa mendapat petunjuk daripada-Nya dan seterusnya melayakkan kita
mencapai mardhatillah yang dapat menghuni syurga-Nya.
1
2
3
4
5
6
Comments
Post a Comment