nasihat, ketika bergurau di facebook (Jangan Bergurau Tidak Bertempat)




Sejahteralah ke atas kamu.

Ada sekali hari tu, kat FB, salah seorang friend saya tukar status dia daripada 'Married' ke 'Single'. Saya baca comment kat bawah status tu ada orang tulis macam ni, "Apa lagi, karaoke la". Jadi, saya anggap ni mesti main-main ni. *kawan saya tu lelaki yg dah berkahwin dan ada 2 anak.

Saya plak pegi tambah "Dangdut la..". Hehehe.. Saya ingat kelakar la tu konon. Tetiba bile saya refresh screen tu, saya tgk komen-komen org lain semua cakap "Sabarlah", "Semoga tabah", "Alhamdulillah selesai" dan kawan saya tu plak balas komen kawan2 dia dengan "Keutamaan aku sekarang ni hanyalah anak-anak". Alamakkk... Betul-betul ke dia ni dah single sekarang? So, saya pun pegi kat profile dia utk tgk status-status yg dia post sebelum-sebelum ni. Pastu baru la saya faham, rupa-rupanya dia dah berpisah dgn isteri dia. Tak tau la plak kenapa. Tapi boleh tau la sedikit sebanyak kronologi kisah dia tu. Huhuuhu... Masa tu saya rasa macam muka saya kena pijak dengan gajah. Orang tengah serius sedih-sedih, saya plak bleh buat lawak yg tak kelakar pun.

Itu satu contoh le. Gurau ni memang tak dinafikan boleh mendatangkan gelak ketawa kalau betul tempatnya. Tapi kadang-kadang kalau wrong timing, memang boleh memburukkan keadaan. Moral dia... Fikir dulu sebelum gurau. Huhu.. Saya ni selalu gak bergurau tak bertempat. Lepas dah buat tu, baru fikir balik... "Alaa... Aku dah tersalah cakap la... Canner nak cover balik ni...". Sabar ye kawan-kawan. Saya sedang cuba untuk mengubah diri saya menjadi lebih baik... :)

Bagi saya, nak gurau teruk-teruk pun takpe, tapi ada beberapa perkara yang bagi saya sangat tidak wajar untuk dijadikan bahan gurauan. Yang paling utama dan pertamanya sudah pastilah takleh gurau tentang AGAMA. Agama kita, kita perlu jaga. Perlu utamakan dan letak ditaraf yang tinggi. Mana boleh sewenangnya bergurau pasal agama. COntohnya mcm bila dengar orang baca Al-Quran, pastu ada orang cakap kat kawan dia,"ko tak yah la dengar orang baca Quran tu, nanti kalo ko terbakar, aku tak tau.". ??? Sampai mcm tu skali dia merendahkan dan menyamakan diri kawan dia dengan syaitan. Pastu satu lagi bila perempuan hilang dara... "Relax la.. ko hilang dara je, bukan nyawa.". Huhu.. *Dua dialog tersebut dipetik daripada filem Aku Masih Dara.
Agama untuk diagungkan dan dipatuhi, bukan utk dipersendakan ok?

Kedua, takleh gurau pasal CINTA. Saya paling benci orang yang saje2 je menunjukkan cinta atau memberikan cinta semata-mata utk mempermainkan perasaan orang. Eii.. Tak baik nya.... Beri harapan. Lepas tu tinggalkan.

Ketiga, tentang MAKANAN. Ada juga manusia yang gunakan makanan untuk dibaling-baling dan gurau-gurau, utk seronok-seronok demi hiburan. Contoh macam main lempar-lempar kek semasa dalam party. Logik ke tak logik, bila di Somalia, di Rwanda, Africa, sebahagian India, Palestine dan banyak negara-negara miskin yang lain ada rakyat mereka yang sampai tak makan. Kalau minum pun sampai minum air kencing lembu... tapi orang lain sampai buat hiburan dgn makanan? Buang-buang je. Rasa nak lempang ke tak rasa nak lempang? Tak rasa ke betapa kufur nikmatnya mereka itu?

Oleh itu.... Fikir dulu sebelum gurau. tapi nak gurau dgn
 

Comments

Popular posts from this blog