ULASAN SEORANG PENULIS BLOG "Saya Tak Faham Tentang Facebook"
Sejahteralah ke atas kamu.....

Ayat di atas tu sepatutnya saya tulis "Beberapa Yang Saya Tak Faham Tentang [Orang-orang di] Facebook.

Dulu saya update status di FB agak kerap. Masa tu apa-apa pun status yang saya update adalah supaya orang lain baca apa yang saya tulis tu dan mengharapkan orang komen. Sama jugak dengan gambar. Bila letak gambar mestilah sebab saya nak tunjuk kat orang. Mana ada orang yang upload gmbar kat FB dengan alasan untuk buat back up utk gambar tu. Kalo betul nak buat back up pun, kenapa tak private kan gambar tu khenn? khenn? Itu dulu la. Sekarang ada juga saya update status tapi tak la sekerap dulu.Gambar pun dah lama tak tukar kat profile picture semenjak saya dah gemuk ni. Hehehe.

Saya kadang2 nak amik gmbr untuk letak kat FB. Tapi suami saya akan tanya... syg rasa kalo kita letak gambar kita kat FB tu ada ke orang kisah? Atau syg ingat orang suka sangat ke nak tengok kita bergambar macam-macam? Lama-lama saya pun rasa ha ah kan... Betui jugak tu. Ingat orang suka sangat le tengok muka gedik saya ni. Hak hak. Okay..okay.. itu semua hak masing-masing la nak letak apa pun kat FB. Saya cuma tak faham dengan beberapa jenis orang yang update status dengan begitu berdaya saing setiap hari. Setiap hari hampir nak 20 kali dia post status dia dengan benda yang sama. Kadang2 saya sampai rasa malas nak log in FB sebab bosan gila nak baca status orang. [mesti orang pon bosan nak baca status aku. ].

Saya kalo status yang biasa-biasa tu saya okay lagi... Tapi ada beberapa jenis orang yang saya memang cannot go la seperti;

1. Promote Infinity Downline - Stress gile dengan jenis mcm ni. Kalau promote sehari satu tu boleh tahan lagi. Ini setiap sejam , 5 kali kali dia update status untuk promote Infinity Downline ni. 5 kali tu BACK TO BACK plak tu. Setiap status promote tu plak panjang dia macam satu perenggan puisi Pyan Habib - Bapaku Seorang YB dan yang paling pengsan, bila semua perkataan ditaip dengan HURUP BESAR. Saya baru semalam remove seseorang daripada friend list saya sebab dia promote Infinity Downline ni terlampau giat dan gigih. Tak dapat nak tahan dah, terpaksa la remove.

2. Berdoa Kepada Allah di Wall FB - Saya boleh terima kalau doa tu dalam masa yang sama adalah announcement kepada kawan-kawan tentang situasi tertentu, pasal anak sakit ke, pasal tsunami ke, mangsa kemalangan ke, itu semua boleh dimaafkan. Atau sekali sekala berdoa utk apa2, naik gaji ke, dapat bonus ke. Tapi kalau setiap hari nak berdoa kepada Allah tapi melalui wall di FB? Perlu ke? Apa motif? Nak berdakwah? Kalau nak berdakwah terus je direct ajak, "sudah masuk waktu Asar, ayuh bersolat sahabat". Tak perlu la nak berdoa dengan doa-doa personal yang sepatutnya hanya dia dengan Allah je tau. Berdoa nak jodoh yang macamana pun dekat FB. Berdoa supaya sentiasa dekat dengan Allah pun di FB. Berdoa supaya dimurahkan rezeki pun di FB. Sejak bila plak FB ni diangkat sebagai perantara di antara manusia dengan Allah? Kalau nak berdoa, berdoa terus lepas solat kepada Allah atau anytime pun. Senyap-senyap je. Allah dengar. Allah akan tau. Tak perlu pun nak bagitau kawan2 yang kamu dah berdoa hari ni. Tak perlu nak beritahu kepada orang yang kamu sudah bersolat setiap kali waktu solat, "Alhamdulillah dah selesai solat Subuh", "Selesai solat Zuhur dengan solat sunat", "Saya nak solat Asar ni.", "Oh, dah masuk waktu maghrib, nak solat maghrib la kejap", "saya dah solat isya, boleh tido, yey yey". Eiii... solat tu kan wajib, macam tak perlu pun nak beritau orang macam ko sorang je dah solat. Grrr....

Sebut pasal wall, saya ada terbaca satu share di FB juga berkenaan dengan Western Wall di Jerusalem. Pernah dengar tentang Western Wall ini? Western Wall ini juga dipanggil Wailing Wall atau Kotel [cam lucah je nickname wall ni.. kuheh...kuheh.]. Western wall ini adalah satu tempat ibadat [kuil yahudi] di mana satu tempat untuk orang-orang Yahudi berdoa dan merintih tentang apa-apa sahaja berkenaan mereka di Wall itu. Rasanya ramai yang tahu facebook ini diciptakan oleh siapa. Pemilik Facebook yang bernama Mark Zuckerberg itu adalah orang Yahudi. Dan jika kita boleh relatekan facebook dengan penggunaan Western Wall ini nampak seperti ada persamaan tak? Kita boleh tengok betapa ramainya orang yang merintih di wall facebook dan ada juga yang berdoa melalui wall. So, apa pendapat korang? Ada persamaan tak? Hehehe... Saya kelepet daripada Wikipedia

Ni gambar daripada jarak jauh

Macam orang pergi haji kan?

Konsep dia pun macam cium Hajarul Aswad kat Kaabah. Yang bertopi dan janggut panjang ni biasanya di panggil rabbai [rabbi] macam orang alim agama Yahudi.
Jangan salah faham ye. Saya tak keluarkan hukum bahawa tulis status atau merintih atau berdoa di Facebook itu haram ke, halal ke, harus. Saya cuma share je nak ajak korang pun fikir sendiri.


VIDEO TAMBAHAN OLEH EDITOR

1
2
3

Tu jela 2 yang saya rasa paling rimas buat masa ni. Yang status lain-lain tu biasa-biasa je. Tak menjadi kudis langsung untuk saya. Annoying selaki sekala tu adat le kan. Mana ada orang yang akan puaskan hati semua orang ye tak?

Gambar daripada : Khomeini dan Long Beach City College

copy drp http://lydsunshine.blogspot.com/2012/05/beberapa-yang-saya-tak-faham-tentang.html

Comments

Popular posts from this blog