TAZKIRAH JUMAAT : RAHSIA HARI JUMAAT

Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat
Amalan Sunat Hari Jumaat
Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.
Sesudah itu bersegeralah ke masjid. Sabda Rasulullah SAW:
” Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah”
Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.

Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan

Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga”

Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.

Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma’uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 – 2. m.s 82).

Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.
 

Rahsia Jumaat

بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ 

Menyambut Ketibaan Jumaat
Sebaik sahaja azan solat Maghrib dikumandangkan sebagai tanda masuknya malam Jumaat, maka segeralah kita menyambutnya dengan penuh gembira dengan ucapan yang diajar oleh baginda Rasulullah SAW.

Dari Anas Bin Malik r.a., Rasulullah SAW akan berdoa apabila tiba malam Jumaat dengan;

“Inilah Malam Yang Penuh Mulia Dan Hari Yang Penuh Indah”
 (Hadis Riwayat Al Bazzar)
*rujuk Kitab Kasyful Astar Jilid 1 : m/s 295*
*rujuk kitab Majma' al Zawa'id Juz 2 : m/s 165*
*rujuk Kitab Al Lum'ah: Hadis 175 : m/s 101*

Kemudian pergi ke masjid atau surau untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah sambil membaca doa ini, kerana faedahnya ialah didoakan rahmat oleh 70,000 malaikat:

“Ya Allah, dengan kebenaran orang-orang yang memohon kepadaMu, dengan kebenaran perjalananku ini, sesungguhnya aku keluar bukan kerana bongkak dan sombong, dan bukan kerana menunjuk-nunjuk dan untuk dipuji orang, aku keluar semata-mata untuk menghindari kemurkaanMu, oleh itu aku memohon kepadaMu agar Engkau melindungiku daripada api neraka dan Engkau mengampunkan segala dosaku, sesungguhnya tidak ada sesiapa lagi yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau”
(Hadis Riwayat Ahmad)


Solat Maghrib - Surah Al Kafirun (109) dan Surah Al Ikhlas (112)

Dari Samurah Ibn Jundub, katanya:

“Nabi Muhammad SAW akan membaca Surah al Kafirun dalam Rakaat Pertama, dan Surah Al Ikhlas dalam Rakaat Kedua di dalam solat Maghrib pada malam Jumaat dan Baginda SAW di dalam solat Isyak membaca Surah Al Munafiqun (63).”
(Hadis Riwayat Al Baihaqi)



Banyak Membaca Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW
Sepertimana saranan di dalam al Quran iaitu,

Ø¥ِÙ†َّ اللَّÙ‡َ ÙˆَÙ…َÙ„َائِÙƒَتَÙ‡ُ ÙŠُصَÙ„ُّونَ عَÙ„َÙ‰ النَّبِÙŠِّ ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّØ°ِينَ آمَÙ†ُوا صَÙ„ُّوا عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„ِّÙ…ُوا تَسْÙ„ِيماً
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi (Muhammad). Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi (Muhammad) dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”
(Surah Al Ahzaab : 56)


Adab berselawat kepada Baginda SAW ialah:


  1. Membersihkan diri (berpakaian kemas) 
  2. Berwuduk 
  3. Menghadap Kiblat 
  4. Bertafakur berkaitan zat Baginda SAW yang mulia, semoga kita dilimpahi kurnia oleh Allah dan tercapai cita-cita kita 
  5. Membaca dengan tartil huruf-hurufnya 
  6. Tidak membaca dengan gopoh dan gelojoh 

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:
“banyakkanlah membaca selawat ke atasku pada malam Jumaat yang penuh mulia itu dan siang Jumaat yang penuh indah itu, kerana selawat kamu ketika itu diperhatikan kepadaku”
(Hadis Riwayat Al Tabrani)


Dari Abu Umamah al Bahili r.a., Rasulullah SAW bersabda:
“banyakkan berselawat ke atasku pada setiap Jumaat, maka siapa yang paling banyak berselawat ke atasku maka dialah yang paling dekat kedudukannya denganku”
(Hadis Riwayat Al Baihaqi)



Membaca Surah Al Kahf (18)




Dari Abu Darda r.a., Rasulullah SAW bersabda:
"Jika sesiapa belajar dengan mata hati dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahf, dia akan dilindungi dari Dajjal"
(Hadis Riwayat Muslim)


Dari Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahf pada hari Jumaat, maka terbitlah cahaya dari bawah kakinya mencecah hingga ke langit tinggi meneranginya pada hari kiamat dan dia akan diberi keampunan (terhadap dosanya) di antara dua Jumaat” 
(Hadis Riwayat Ibnu Katsir)


Dari Abu Said Al-Khudri r.a., Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahf pada malam Jumaat, maka dia akan mendapat cahayanya di antara tempatnya dengan Kaabah”
(Hadis Riwayat Al Darimi)


Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a., Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat maka dia diberi cahaya yang menerangi antara dua Jumaat" 
(Hadis Riwayat Al Baihaqi, At-Tabrani, An-Nasai & Hakim)


Dari Ali Bin Talib r.a., Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa membaca Surah Al-Kahf pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya”. 
(Hadis Riwayat Al-Albani: Al-Dhurr al-Manthur oleh Al-Suyuti 5:355)


Dari Abu Darda' r.a., Nabi SAW bersabda,
"Barang siapa membaca 10 ayat terakhir dari surat Al-Kahf, maka ia terlindung dari fitnah Dajjal." 
(Hadis Riwayat Ahmad)


Dari An Nawwas bin Sam'an Al Kilabi r.a., Rasulullah SAW bersabda,
"Jika saat Dajjal keluar aku masih bersama kalian maka akulah yang akan melindungi kalian darinya. Namun jika ia keluar dan aku tidak lagi bersama kalian, maka setiap orang harus melindungi dirinya sendiri. Allah SWT adalah pelindung bagiku dan setiap muslim. Barang siapa di antara kalian berjumpa dengannya, hendaklah ia bacakan awal surat Al-Kahf, sebab itu akan melindungi kalian dari fitnahnya."
(Hadis Riwayat Abu
 http://www.matsumas.org
 Daud)http://wwww.pasbagandatoh.blogspot.comww.matsumas.org

Comments

Popular posts from this blog