Kenapa Aku Malas Solat?
"Aku bukan orang jahat. Aku tak ada merompak atau bunuh orang. Aku
tak ada sebar fitnah buruk tentang orang lain. Aku tak ada minum arak.
Aku macam muslim biasa. Berpakaian mengikut kebanyakan orang."
"Tetapi kenapa tiba waktu solat, aku malas sangat nak dirikan solat?
Malas sangat. Kadang-kadang tu ada la juga satu waktu dalam sehari, bila
saat iman naik sikit kan... Sikit je la. Itu pun acuh tak acuh, macam
tak solat pun ye juga rasanya. Sebab tak rasa apa-apa. Lepas tu iman
turun balik. Ada terus tak buat juga solat tu. Aku rasa berdosa tapi aku
tak mampu berubah. Kenapa dengan aku ni sebenarnya?"
"Aku bukan orang jahat. Aku jenis manusia yang suka sangat bantu
orang lain. Kadang-kadang hati aku tersentuh lihat pengemis tepi jalan.
Aku tak sanggup tengok jadi aku bersedekah. Aku pun macam muslimah lain.
Berpakaian macam perempuan lain kebanyakan tetapi mungkin ada satu,
dua, tiga yang tak sempurna. Aku tahu tapi mungkin itu boleh diubah
lagi. Tetapi yang paling aku risau, aku susah sangat nak ubah diri yang
malas solat. Aku tahu berdosa tapi senang sahaja aku membiarkan waktu
solat berlalu tanpa mendirikannya. Kenapa aku jadi macam ni? I...I just don't get it...Please, help me..."
***
Apa hikmahnya solat dikatakan sebagai tiang agama? Kenapa solat
sangat penting dan menjadi tiang agama? Sebagai seorang muslim, pastinya
anda telah menghafal lumat Rukun Islam yang lima bukan? Ya, kerana
solat merangkumi kelima-lima Rukun Islam tersebut.
Bermula dari Rukun Islam yang pertama iaitu mengucap dua kalimah
syahadah. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Bacaan syahadatain (dua
kalimah syahadah) dibaca dalam tasyahud akhir yang merupakan salah satu
rukun solat. Yang mana jika tiada dilakukan, maka solat tersebut tidak
sah. Syahadatain ada dalam solat.
Rukun Islam yang kedua iaitu mendirikan solat lima waktu sehari
semalam. Solat itu sendiri ada dalam perintah solat yang diwajibkan
sepertimana yang terkandung di dalam kitab panduan, Al-Quran. Setiapnya
ada waktu yang telah ditetapkan.
Rukun Islam yang ketiga iaitu menunaikan zakat. Zakat membawa makna
pembersihan dan penyucian. Pembersihan pada harta yang juga ada padanya
hak orang lain dan penyucian terhadap akhlak terutama dari sifat bakhil
selain menanam sifat bertolak ansur serta syukur. Hikmah zakat ada dalam
solat. Suci daripada hadas kecil dan besar merupakan salah satu syarat
sah solat selain memastikan badan, pakaian dan tempat solat suci
daripada najis. Solat juga berperanan untuk menyucikan jiwa tatkala
sujud menyembah Allah Yang Esa.
Rukun Islam yang keempat iaitu berpuasa dalam bulan Ramadan. Puasa
membawa maksud menahan diri dari lapar dan dahaga. Makan dan minum
termasuk antara perkara yang membatalkan solat hatta menelan air liur
yang masih lagi terasa manisnya. Puasa mengajar supaya menahan diri
daripada percakapan yang buruk atau sia-sia. Berkata-kata dengan sengaja
selain daripada Al-Quran, zikir atau doa walaupun satu huruf
membatalkan solat. Hikmah puasa ada dalam solat.
1
2
3
4
5
6
7
Dan yang terakhir, ialah mengerjakan haji. Tawaf ditunaikan dengan
mengelilingi kaabah yang merupakan kiblat umat Islam sebanyak tujuh
kali. Menghadap kiblat antara syarat sah solat. Demikianlah Hikmah haji
juga ada dalam solat.
Subhanallah!**
"Aku tak solat tapi aku masih berbuat baik terhadap orang lain?"
Solat amalan pertama yang akan dihisab Allah.
Abu Hurairah berkata : "Aku mendengar Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya
yang pertama kali dihisab pada hari kiamat dari amalan manusia adalah
solatnya, jika amalan solatnya baik maka dia akan bahagia dan beruntung,
Jika amalan solatnya buruk maka dia termasuk orang-orang yang rugi.
Jika terdapat kekurangan sedikit pada amalan solat fardhunya, maka Allah
berfirman: " Lihatlah (hai para malaikat) apakah hambaku mengerjakan
solat sunat untuk menyempurnakan solat fardhunya?' Kemudian jika hambaku
menyempurnakan solat sunat, maka solat sunat itu untuk menyempurnakan
solat fardu yang kurang, kemudian seluruh amalannya diperlakukan seperti
itu"
(Sahih Tirmidzi, Ibnu Majah no 193, 1425,1426)
(Sahih Tirmidzi, Ibnu Majah no 193, 1425,1426)
Andai anda melihat manusia yang berbuat baik terhadap kucing jiran
tetapi apabila pulang ke rumah, kucing sendiri disepak dan disiksa.
Pelik tak? Begitulah kelihatannya. Berbuat baik kepada manusia tetapi
hubungan diri sendiri dengan Allah melalui solat sendiri tidak dijaga.
Bagaimana begitu?
Anda baik dengan manusia sekarang. Kenapa tidak dilengkapkan sahaja
kebaikan itu dengan solat yang sempurna? Solat itu menyucikan jiwa dan
hati. Terutama menyemai rasa ikhlas dalam melakukan amalan. Bimbang
andai kebaikan selama ini yang dilakukan mungkin hanya kepuraan di
hadapan manusia sedangkan solat ditinggal di belakang manusia.
Bimbang. Kerana solat yang ditinggal, amalan kebaikan yang lain tersangkut waktu hari perhitungan.
Wahai hamba... Solatlah!
"Sungguh, solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman" "
(Surah An-Nisa' ayat 103)
(Surah An-Nisa' ayat 103)
***
"Kenapa aku jadi macam ni?" Kita tahu kita salah, tapi sukar pula untuk berubah. Rasa berat untuk nak mula.. Kenapa ya?
Satu. Sebab tak sedar diri itu hamba Allah.
Dua. Sebab tak ingat mati.
Tiga. Sebab seronok hidup dekat dunia.
Empat. Sebab tak fikir waktu sakaratul maut nanti.
Lima. Sebab lalai dengan kemewahan.
Enam. Sebab kurang ilmu agama.
Tujuh. Sebab terlalu mengikut hawa nafsu.
Lapan. Sebab malas mujahadah.
Sembilan. Sebab solat dianggap sekadar ritual yang tidak dihayati.
Sepuluh. Anda bagilah sebab sendiri. Diri sendiri lebih kenal diri sendiri. Tanya diri sendiri kenapa aku jadi begini.
***
"Baik. Faham. Tapi macam mana kalau perangai ni kembali semula?"
Sebagai sesama muslim, kita sentiasa perlu diingatkan kembali. Ingat tujuan hidup. Buka surah Adz-Dzaariyat ayat 56. Allah berfirman yang bermaksud:-
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku"
Ingat lima perkara sebelum lima perkara. Apakah lima perkara tersebut? Mesti semua sudah maklum kan...
Tak salah nak dengar lagu 'You're Beautiful' Bruno Mars. Tak ada
siapa nak marah. Kalau ada yang marah anda dengar lagu itu, saya boleh
tolong marah dia balik. Tetapi ingatlah juga pesanan Rasulullah yang
diabadikan dalam lirik Demi Masa kumpulan Raihan.
"Ingat lima
perkara sebelum lima perkara. Sihat sebelum sakit. Muda sebelum tua.
Kaya sebelum miskin. Lapang sebelum sempit. Hidup sebelum mati"
(Riwayat Hakim dan al-Baihaqi )
(Riwayat Hakim dan al-Baihaqi )
Kalau kita boleh fikir masa hadapan. Mahu kahwin. Mahu kereta besar.
Mahu rumah besar. Duit pun kalau boleh nak besar tak muat kilang proses
duit palsu Saidina. Kenapa kita tidak boleh fikir yang ke hadapan lagi?
Bukan tentang soal hidup di dunia sahaja. Tetapi juga soal hidup di
akhirat sana.
Ingatkan diri supaya sentiasa bersyukur. Paling kurang ucaplah
Alhamdulillah. Syukur kerana masih hidup. Bangun pagi sahaja, mata masih
bisa dicelik. Udara masih bisa dihirup. Nafas masih lagi terhela. "Oh,
hidup lagi aku ni rupanya. Alhamdulillah".
Syukur kerana udara dan anggota yang digunakan hari-hari ini langsung
tidak diminta bayaran daripada Allah. Kalau tidak, mungkin kita tidak
bisa lagi membeli kereta baru, make-up baru, handbag baru, motosikal
baru, laptop baru, baju baru, handphone baru dan semua yang namanya baru
di belakang. Allah langsung tidak berkira. Namun kita mahu solat satu
waktu yang hanya memakan masa selama 10 minit pun kedekut. Hamba apakah
itu?
Syukur kerana pancaindera cukup lengkap sempurna. Muka cantik. Mata
menarik. Hidung masih berfungsi. Mulut masih bisa menelan. Tiada anggota
yang cacat. Ada orang tempang tiada sebelah kaki pun masih rajin lagi
menggagahkan diri berjalan kaki ke masjid. Malu kita.
Ingat mati sentiasa. Bukan fikiran itu hanya sepenuhnya pada dunia.
Seronok di dunia. Tetapi tidak sedar sebenarnya keseronokan yang ada ini
sementara cuma. Kebahagiaan hakiki adalah di akhirat sana. Ingat waktu
dihisab nanti. Ingat waktu ditanya malaikat Munkar dan Nakir di dalam
kubur. Apakah dapat diri menjawab kesemua soalan dengan iman dan amalan?
Ada fikir semua itu?
Andaikan tiba-tiba sewaktu bangun pada esok pagi, saat mata
dicelikkan yang kelihatan hanyalah kegelapan. Dilihat ke kanan dan ke
kiri namun yang terbentang tetap hanyalah kegelapan. Allah hilangkan
nikmat pandangan. Diri mula panik. Tidak bisa melihat alam lagi. Tidak
bisa menatap wajah-wajah yang disayangi lagi. Mungkin waktu itu agaknya
baru hati sedar. Mula meraba-raba kawasan sekeliling bimbang terlanggar
hanya untuk ke tandas mengambil wuduk.
Andaikan otot anda yang digunakan untuk menulis, menaip dan bermain.
Suatu ketika Allah menarik nikmat tersebut apabila hanya satu otot yang
tidak berfungsi. Saraf mula terjejas. Tiada lagi bisa menggerakkan
jemari seperti dulu. Tiada lagi bisa menaip assignment yang bertimbun.
Apakah waktu itu mula mengagahkan jua jemari membasuh muka berwuduk
untuk solat?
Andaikan tika selesai dari membeli-belah, tiba di tempat parking di
mana kereta diparkir. Tiba-tiba sewaktu meletakkan barang ke dalam bonet
kereta, datang seorang peragut yang cuba merentap beg tangan dan
menetak tangan kita berkali-kali hingga darah keluar dengan banyaknya.
Mungkin sewaktu itu ingatan mula berputar mengingati Allah untuk
menunaikan solat.
Andaikan sewaktu memandu ke pejabat apabila menerima panggilan ada
tender baru, tiba-tiba kereta kehilangan arah seketika dan terlibat
dalam kemalangan dengan sebuah lori yang laju merempuh. Pintu kereta
remuk redam. Cermin kereta pecah seribu. Kaki tersepit. Didapati patah.
Hampa dirasakan saat doktor mengatakan bahawa sebelah kaki terpaksa
dipotong. Mungkin waktu terlantar dalam bilik pembedahan mula sedar
untuk menunaikan solat.
Apakah ingin menunggu saat-saat keinsafan seperti yang disaksikan
dalam typical local drama di televisyen itu baru kita mahu sibuk solat?
Kalau jawapannya ya, silakan. Tunggulah.
Kalau tidak. Ya, bermula dari sekarang. Kerana kematian itu bukan
umpama jarum jam yang bisa diputar ke masa sebelumnya. Anda pasti akan
mati. Saya pasti akan mati. Kita pasti akan mati. Bersiaplah untuk satu
perkara yang pasti. Tidak ada masa untuk berlengah lagi.
Wahai hamba... Solatlah!
"Dan
perintahkanlah keluargamu melaksanakan solat dan sabar dalam
mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi
rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik di akhirat) adalah bagi orang
yang bertakwa"
(Surah Taha ayat 132)
(Surah Taha ayat 132)
***
"Em, ada nasihat terakhir?"
Tiap ketika Allah memberikan apa yang kita perlu, nikmat yang
menggunung, dari sehari ke sehari. Allah memberi segalanya tanpa perlu
diri meminta mahupun melutut merayu. Ada antara hamba yang berpaling,
namun Dia tetap terus bersama curahan nikmat-Nya!
Kita punya masa untuk keluar bersama kawan-kawan. Kita punya masa
untuk menonton filem komedi dan bergelak ketawa. Kita punya masa untuk
melayari Facebook dan menghabiskan waktu berjam-jam lamanya di situ.
Kita punya masa untuk yang lain namun apakah pantas apabila diri
mengatakan tiada masa untuk solat yang hanya 5 minit cuma!
Sekarang diri mengatakan "aku malas solat". Dan lihatlah wahai hamba,
Allah telah mengurniakan segala keperluan. Nikmat yang tidak akan mampu
dikira kerana begitu banyak! Allah mengatakan dalam kitabNya untuk kita
muhasabah.
"dan jika
kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak mampu menghitungnya.
Sungguh, Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang"
(Surah An-Nahlu ayat 18)
(Surah An-Nahlu ayat 18)
Namun mungkin masih bisa dikira. Mata untuk melihat. Hidung untuk
menghidu. Telinga untuk mendengar. Kaki untuk berjalan. Tangan untuk
memegang. Tubuh badan yang sihat. Pakaian untuk dipakai. Kereta untuk
bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Rumah untuk berlindung
dari panas dan hujan. Dan untuk segala apa yang telah Allah berikan,
diri masih berani mengatakan "aku malas solat!"
Andai kamu masih menyedari dua kaki itu masih berpijak di atas
bumi-Nya maka tolong. Tolong, tolong dan tolong. Tolong dirikan solat.
Namun andai kamu percaya kamu bisa mencari 'bumi' yang lain untuk hidup,
tidak mengapa.
Lakukanlah apa yang kamu suka. Tapi ingat, bukan di bumi yang kamu pijak!
- Artikel iluvislam.com
Comments
Post a Comment