TANDA-TANDA HATI YANG KOTOR







Saya terbaca tulisan dalam sebuah blog http://fifahnazri.blogspot.com/2011/04/tanda-tanda-hati-yang-kotor.html

yang berbunyi:

Gelisah walaupun tiada masalah
Selalu berbangga dengan diri sendiri
Angkuh dengan memandang hina terhadap semua orang
Sombong dan bongkak
Selalu mengintai keaiban orang dan menyebarkannya
Suka mengumpat dan membuka aib orang lain
Gembira melihat orang lain susah atau rendah daripada dirinya
Lidah yang tajam
Suka menyakiti hati orang dengan sindiran
Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang
Menyampaikan ilmu dengan riak
Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain……
….itulah kata penulis merupakan tanda-tanda HATI YANG KOTOR.

Abu Hurairah RA berkata, “Hati ibarat panglima, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika panglima itu baik maka akan baik pulalah tenteranya. Jika raja itu buruk maka akan buruk pula tenteranya. ”

Dari Nu’man bin Basyir diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari Rasulullah s.a.w mengingatkan mengenai kepentingan menjaga hati, yang bermaksud : “Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati.”

Kehidupan di dunia ini memang penuh cabaran dan dugaan. Semua mahu jadi insan yang baik dan sempurna namun tidak ramai yang sedari dalam percaturan mahu menjadi baik itu ia sering terpesona dengan dirinya.

Lantas dia melihat dirinya sahaja yang lengkap, yang lain kurang, hodoh dan cacat. Tidak cukup dengan perasaan demikian ia menyerang pula dengan mengadu-domba dan menyakiti yang lain seolah yang lain itu tidak lain duduk di bumi Allah.

Jika kita berterus-terang pasti kita juga punya ciri dan kecenderungan demikian Cuma kita sedar atau tidak. Lalu jadilah hati kita HATI YANG KOTOR. Ini bermakna sebagaimana sabda Rasulullah saw rosaklah jasad kita!

Walau mungkin kita berjawatan, berkedudukan, berharta, terpelajar, pemimpin atau apa sahaja tetapi seketul darah dalam tubuh kita itu kotor………….maka malanglah kita.

Mudah-mudahan kita semua dapat bermuhasabah perkara ini dan bersama-sama kita memperbaikinya demi menjadi insan yang baik, baik hatinya, baik jasadnya.



http://cikgumat.ummisakinah.com

Comments

Popular posts from this blog