HUKUM WANITA GUNA NAMA SUAMI BELAKANG NAMA SENDIRI



Kjee terpanggil untuk menulis mengenai komen seorang pengunjung blog Kjee yang tidak menggunakan namanya sebagai identiti. Ini untuk entry Kjee mengenai penyanyi Nora Ariffin yang mahu dirinya dikenali sebagai Nora J, mengikut nama suaminya Johan.

Walaupun komennya pendek dan ringkas namun ia mengundang seribu satu macam kontroversi sekiranya kita mengupasnya secara terpeinci.

Kjee pernah berdepan dengan masalah seperti ini. Bukan dengan diri sendiri tetapi adik Kjee yang kini sudah tiada. Adik Kjee belajar di luar negara bertahun2 lamanya. Kemudian apabila dia kembali ke tahahair, dia telah menggunakan nama suami di belakang namanya dalam semua urusan.

Bagaimanapun, sekiranya urusan itu membabitkan penggunaan kad pengenalan, dia tidak melanggar undang2.

Seingat Kjee, satu hari bapa Kjee (kini arwah) mendapat tahu. Dia mengamuk kerana kesal anaknya membelakangkan namanya. Lalu bapa membuat rujukan di banyak tempat (termasuk pejabat Agama) dan berjaya meyakinkan adik Kjee bahawa perbuatan itu salah. Dan akhirnya, adik Kjee pun akur dan gugurkan nama suaminya di belakang namanya.

Ketika Kjee memilih untuk memaparkan kisah Nora ini dari akhbar online mStar, Kjee sudah bersedia untuk berhadapan dengan kontroversi. Kjee mahu tahu sejauh mana ada masyarakat atau pembaca yang peka mengenai hal ini.

Tadi Kjee surf internet dan jumpa blog ini. Izinkan Kjee copy paste dibawah dari blog Amien7.wordpress..


Hukum wanita letak nama suami di belakang namanya

April 14, 2011
Assalamualaikum.

Setelah menikah, terkadang seorang wanita mengganti namanya belakangnya atau nama keluarganya dengan nama suaminya. Hal ini juga banyak dilakukan di negara-negara barat seperti isterinya Bill Clinton: Hillary Clinton yang nama aslinya Hillary Diane Rodham. Isteri kepada Barrack Obama: Michelle Obama yang nama aslinya Michelle LaVaughn Robinson dan lain-lain.

Lalu bagaimanakah pendapat para ulama tentang masalah ini?
Fatawa al-Lajnah ad-Da’imah lil Buhutsil Ilmiyyah wal Ifta’ juz 20 halaman 379.

Pertanyaan :

Telah umum di sebagian negara, seorang wanita muslimah setelah menikah menisbatkan namanya dengan nama suaminya atau laqobnya. 

Misalnya: Zainab menikah dengan Zaid, Apakah boleh baginya menuliskan namanya: Zainab Zaid? Ataukah hal tersebut merupakan budaya barat yang harus dijauhi dan berhati-hati dengannya?

Jawapan:

Hal itu tidak diperbolehkan, bernasab kepada selain ayahnya tidak boleh, haram dalam islam. Haram dalam Islam seorang muslim bernasab kepada selain ayahnya baik laki-laki atau wanita. Dan baginya ancaman yang keras dan laknat bagi yang melakukannya yaitu yang bernasab kepada selain ayahnya hal itu tidak boleh selamanya.

الحمد لله ربِّ العالمين، والصلاة والسلام على من أرسله الله رحمة للعالمين، وعلى آله وصحبه وإخوانه إلى يوم الدين، أمَّا بعد
“Tidak boleh dari segi nasab seseorang bernasab kepada selain nasabnya yang asli atau mengaku keturunan dari yang bukan ayahnya sendiri.”

Sungguh Islam telah mengharamkan seorang ayah mengingkari nasab anaknya tanpa sebab yang benar secara ijma’. Maka sesungguhnya apa-apa yang berlaku dalam adat, itulah yang dipertimbangkan dalam syari’at.

Allahualam…


Kjee tidak tahu samada Nora Arrifin peka mengenai hukum hakam ini. Dan menjelang hari baik bulan baik ini, Kjee memohon maaf sekiranya beliau tersinggung dengan apa yang dipaparkan. Kjee pernah berkenalan baik dengan beliau semasa menjadi wartawan dulu. Beliau seorang wanita yang cukup berhemah dan berpekerti mulia. Jadi, Kjee harap Nora tidak akan melenting atas isu ini.

Kjee tahu ada di antara rakan Kjee baik di FB ataupun blog menggunakan nama suami dibelakang nama mereka. Ini mungkin untuk mewujudkan satu kelainan. Dan Kjee pasti tiada ada niat lain selain itu.

Dulu Kjee jugak secara main2 pernah conteng2 nama JEEPALI. Tapi tidak untuk tatapan umum tetapi sekadar nak buat nama fail atau dokumen dalam computer.
 http://www.dapurkakjee.com

Comments

Popular posts from this blog