KEUNIKAN SEMUT


Sekali pandang, semut adalah sejenis makhluk kecil yang tidak memberikan apa-apa manfaat dalam kehidupan manusia. Namun begitu, makhluk kecil ini mendapat perhatian istimewa dalam agama islam sehinggakan di dalam kitab suci Al Quran sendiri ada suatu surah khas yang dinamakan semut iaitu Surah Al-Naml.
Kehidupan semut juga agak unik. Bayangkan bagaimana beribu-ribu ekor semut di dalam koloni mereka dapat mengenali antara satu sama lain. Pernahkah kita memerhatikan pergerakan semut sewaktu ia berjalan dan berjumpa semut lain.

Semut-semut seakan-akan bersentuhan/bersalaman antara satu sama lain melalui sesungut. Seolah-olah mereka kenal antara satu dengan yang lain di dalam sebuah kumpulan semut yang berjumlah puluhan ribu pada satu-satu masa.

Semut mempunyai deria bau yang sensitif terhadap makanan seperti gula, manisan atau makanan di dapur serta di meja makan. Semut dengan gula sukar untuk dipisahkan ibarat pepatah yang biasa didengar ’mati semut kerana gula’. Mereka(semut) akan ‘hurung’/himpun beramai-ramai bersama gula @ makanan dan membawa balik makanan ke sarang mereka.

Ajaibnya, semut boleh mengangkat cebisan makanan sekali ganda dari berat badan mereka dan berjalan membawa makanan ke sarang mereka. SubhannaAllah!

Contohilah sikap semut yang suka bekerjasama dalam hidup bermasyarakat dan rajin bekerja dan tidak kenal putus asa. Semut akan mempertahankan ‘rumah’ mereka daripada dicerobohi atau diganggu gugat oleh sesiapa saja. AllahuAkhbar!

Ahli kimia dan biologi telah bergabung untuk merungkai misteri dan rahsia di sebalik keunikan serangga jenis semut ini yang tidak dipecahkan sejak berabad-abad lamanya.

Saintis kimia dan biologi berusaha untuk menemukan sejenis sebatian kimia yang tersimpan di dalam jasad semut yang membolehkan mereka berinteraksi, kehidupan mereka yang tersusun, teratur, tekun dan juga berdisiplin dalam menjalankan kehidupan sebagai seekor semut di alam ini.

Semut bertasbih kepada Allah sebagaimana dinyatakan dalam hadis. Allah telah memberitakan bahwa segala sesuatu bertasbih dengan memuji Allah, “Dan tidak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka.” (Al-Isra: 44).

Hadis ini menyampaikan bahwa semut adalah sebuah umat. Allah telah memberitakan bahwa makhluk-makhluk, burung-burung dan hewan-hewan, semuanya adalah umat seperti kita. “Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya melainkan umat-umat juga seperti kamu.” (Al-An'am 38)

Comments

Popular posts from this blog