USTAZ LOVE Soal Jawab : Terlanjur Dan Dituduh Mencabul






 gabmar ehsan pak cik google

assalamualaikum…

saya pernah .........…perempuan tu baru berusia 15 tahun…saya berumur 18 tahun…kami ........... atas dasar suka same suka…sebelum nie mak ayah si perempuan nie pernah serang kerumah saye disebabkan konon nye saye nie telah mengugut gambar bukan2 anak mereka…kes nie bermula dpd sekolah kerana orang ketiga masuk campur…orang yang ketiga maksud saye adalah si lelaki yg sukakan awek saye tu telah mengada adakan cerita kepada pihak sekolah bahawa saye telah mengugut gambar tersebut…disebabkan perkara tu pihak sekolah telah menghubungi keluarga perempuan tu untuk bercakap tentang perkara tu…

apabila keluarga si perempuan tahu tentang benda nie malam tu mereka telah serang kerumah saye…niat mereka serang malam tu adalah untuk berbincang dgn ayah saye dan saye supaya delete gambar anak mereka…gambar tu memang x pernahwujud pon sebenarnye…tapi yang menjadikan masalah nye tuan punye badan (maksud saye perempuan tu ) dan lelaki tu telah mengada ada kan cerita bahawa gambar tu wujud…tiba satu ketika lagi saye dapat tahu bahawa awek saye telah wat hubungan dgn lelaki yg ketiga tu…lpas tu si perempuan telah mengadakan cerita bahawa saye telah mencabul dye…
si perempuan tu telah bercerita dgn pihak sekolah..apabila pihak sekolah tahu mereka telah wat satu laporan ( laporan kepada penolong kanan sekolah dan tunggu mase jew untuk dihantar kepada pihak polis) mengenai kes nie tanpa pengetahuan keluarga perempuan tersebut…saya cuba berbincang dgn keluarga mereka tapi gagal kerana keluarga sebelah perempuan xnak berbincang mengenai perkAra yg sebenar..keluarga belah si perempuan nie cuma aNggap kes ugut gambar tu dah ditutup dan xnak panjang2 kan cerita kononnye sebab xnak malu….tapi keluarga si perempuan x tahu bahawa anak mereka telah menjalinkan hbungan seks dgn lelaki yg ketiga tu…

keluarga perempuan tu pon x tahu mengenai laporan yg dibuat oleh anak mereka terhadap pihak sekolah..kalau mereka tahu mungkin mereka malu…saye cuma x faham kenapa awek saye berpaling tadah terhadap saye…awek saye curang terhadap saye sampai sgup melepaskan diri sendri dan tuduh n fitnah saye yg bukan2…mungkin awek saye tu terlepas dpd mulut buaya mcm saye tapi dye akan masuk ke mulut naga…saye nak bertanggungjawab terhadap dye…saye xnak dye wat bertambah sosial (contoh wat seks dgn lelaki tu) ..saye takot bila saye bercerita kepada family si perempuan tu tentang perkara yg sebenar mereka x percayakan ape yang saye cakap ( mane la tau anak mereka yg si perempuan tu tetap bercakap saye cabul dye ) …saye takot bila family keluarga perempuan tu wat repot polis tentang kes cabul tu…(kami terlanjur suka same suka ) …tapi perempuan tu hanye nak selamatkan diri dia sorang jew…perempuan tu x sedar dia akan tambahkan lagi masalah apabila berhubungan dgn lelaki tu…ape kah tindakan yang saye patot lakukan ustaz love???…tolong saye….

-Khilaf-

Sebelum Ustaz Love menjawab persoalan ini, Ustaz Love nak ajukan satu persoalan. Apakah masalah sebenar saudara? Masalah zina kah? Atau masalah ditinggalkan kekasih kah? Atau masalah dtuduh mencabul kah? Atau masalah tak dapat nak menerima hakikat kah? Atau apakah? Banyak plak persoalan.. sebenarnya ia bermula dengan satu persoalan pokok.. Saudara nak apa sebenarnya?

Dalam usia yang terlalu muda (18 tahun.. mungkin baru habis sekolah atau masih bersekolah di tingkatan enam) tak dapat dinafikan kurangnya ilmu dan pengalaman akan menyebabkan kita jadi buntu bila ditimpa masalah. Ustaz Love gunakan perkataan ‘kita’ itu untuk menunjukkan yang Ustaz Love juga pernah menghadapi umur muda, dan bukanlah nak perasan yang Ustaz Love masih lagi remaja. Masa muda, banyak tindakan yang kita buat dengan terburu2.. berpandu dengan emosi dan nafsu. Bila dah terjebak, kita plak tak tahu macam mana caranya nak keluar daripada masalah yang kita sendiri ciptakan itu. Bila kita bertindak, kita dah rasa macam orang yang dah cukup dewasa.. tapi bila tindakan kita itu mendatangkan masalah, kita akan berasa diri seperti budak2 yang tak tahu nak buat apa. Itulah yang dinamakan remaja.

Remaja ini adalah separuh kanak2 dan separuh dewasa. Sebab tu kebiasaan kita nampak mereka ni tubuh macam orang dewasa, tapi pemikiran masih lagi macam kanak2 terutamanya remaja lelaki. Minat main robot, baca komik, suka mengusik orang dsb yang memperlihatkan mereka seolah2 seperti kanak2 yang terperangkap dalam tubuh orang dewasa. Walaupun dari sudut undang2 kemanusiaan mereka dianggap sebagai juvana (dibicarakan sebagai kanak2 dan tak dihukum sebagai orang dewasa), namun dalam agama, sebaik saja mereka mencapai akil baligh, mereka akan dianggap dewasa dan menerima taklif (tanggungjawab) sebagai orang yang dewasa. Kalau berzina, akan kena sebat. Kalau mencuri, boleh dipotong tangan dsb.

Berbalik kepada kes adik ni..

Ustaz Love lebih suka menganggap diri sebagai abang berbanding ayah, kerana abang itu tak jauh beza zaman dengan adiknya. Berbeza dengan ayah yang dah tentu zamannya dengan zaman anaknya itu sangat berbeza. Juga kerana usia Ustaz Love yang masih lagi muda (nak jugak tu..kihkih).

Seks tak kira sama ada secara rela atau secara paksa, ia tetap dikira jenayah dalam agama sekiranya dilakukan sebelum bernikah. Berbeza dengan undang2 manusia, hanya seks yang dipaksa sahaja yang dianggap sebagai jenayah. Seks secara sukarela tidak dianggap jenayah kecuali jika dilakukan terhadap pasangan yang dianggap berada bawah umur matang (bawah 18 tahun). Jadi, dalam kes saudara ni, jika disabitkan dengan kesalahan, saudara boleh dihukum maksimum 20 tahun penjara dan sebatan sebab saudara dikira merogol gadis bawah umur, sekalipun ia dilakukan secara sukarela.

Ustaz Love pernah berborak dengan seorang pakcik yang meluahkan perasaan pasal anak lelakinya diperangkap dan ditahan reman dalam penjara selama 3 tahun (sebab takde duit nak bayar jamin.. jaminan kes rogol ni biasanya tinggi). Kesnya lebih kurang la.. sebab keluarga remaja perempuan tu dah tahu pasal hubungan mereka, keluarga itu membuat laporan polis yang anaknya dirogol. Sementara nak menunggu kes dibicarakan, sempat la merengkok dalam penjara beberapa tahun. Itulah hakikat undang2 dunia. Seolah2nya hukuman dah dijatuhkan dulu sebelum dibicarakan dan ditentukan sama ada bersalah atau tidak. Tapi tak boleh nak buat apa la, sebab terlalu banyak kes jenayah kat Malaysia ni. Jadi, nak dapatkan tarikh perbicaraan tu memang akan memakan masa.

Tak mudah untuk membuktikan seseorang itu bersalah.. apatah lagi dengan pertuduhan rogol yang memerlukan bukti yang kuat. Cuma yang sakitnya, semasa nak menunggu tempoh perbicaraan itu, ia memakan masa yang agak lama. Kalau nasib baik keluarga nak jamin keluar, alhamdulillah. Tapi kalau keluarga pun dah takde duit (mana nak bayar duit peguam lagi), terpaksalah menunggu dalam penjara.

Sebab itulah, sebelum membuat apa2 tindakan, fikirlah dulu sedalam2nya. Alangkan orang yang tak bersalah pun boleh ditahan reman lama2 dalam penjara, inikan pula yang dah sememangnya bersalah. Itu belum masuk bab hukuman sebatan yang sangat memedihkan (lebih dahsyat berkali ganda berbanding hukuman sebatan yang digariskan dalam agama). Ustaz Love bukanlah bertujuan nak menakut2kan saudara tentang perkara ini, sebaliknya ingin mengajak para pembaca yang lain juga untuk mengambil iktibar dan berhati2 agar tidak terjebak dalam situasi sebegini. Cukuplah dengan satu saja kesalahan, menyebabkan kita dihukum untuk sepanjang hidup kita atas dunia ni.

Soalan yang Ustaz Love tanyakan di atas adalah untuk saudara sendiri menjawab dan merenunginya. Apakah kehendak saudara sebenarnya? Saudara nampak serabut sangat sehingga mengimpikan banyak perkara, sedangkan tak semua yang saudara inginkan itu saudara akan dapat.

Pada pandangan Ustaz Love sebagai orang luar ni, sebaiknya saudara lepaskanlah perempuan itu dengan rela hati. InsyaAllah, separuh daripada masalah saudara akan selesai. Sebab yang menjadi masalah sekarang ni, bila saudara masih lagi menaruh harapan yang perempuan itu akan kembali kepada saudara, sedangkan jelas nampak yang perempuan itu dah tak sukakan saudara. Dan saudara pula memberatkan fikiran dengan memikirkan nasib perempuan itu yang mungkin akan lebih bermasalah jika meneruskan hubungan dengan kekasih barunya. Kenapa nak beratkan kepala fikir pasal orang lain sedangkan masalah sendiri pun tak selesai lagi? Sebab itulah ada peribahasa (atau pepatah.. atau apa2 je la), “Biarkan Si Luncai terjun dengan labu2nya”.. Biarkanlah perempuan itu tanggung sendiri risiko tindakannya.. bukan kita yang menentukan nasib orang lain, sebaliknya kita cuma bertanggungjawab untuk mengubah nasib diri sendiri.

Persoalan zina, ia telah pun berlaku. Walau apa pun yang saudara cuba lakukan, ia takkan mengubah hakikat yang saudara sememangnya telah berzina (sekalipun saudara menggunakan terma ‘terlanjur’ untuk nampak macam sopan sket). Jika disabitkan kesalahan dalam hukum Islam, saudara wajib dikenakan hukuman sebat 100 kali. Saudara mungkin selamat sebab hukum hudud tak dikuatkuasakan dalam perundangan negara, tetapi saudara masih belum terselamat dengan pertuduhan rogol bawah umur sekiranya pihak sekolah meneruskan hasrat untuk melaporkan kes ini kepada pihak berkuasa. Ia tak memerlukan izin keluarga untuk melaporkan kes rogol bawah umur ni.. bila ada yang melaporkan, maka pihak berkuasa akan melakukan siasatan. Kalau bukti cukup kuat, mereka akan teruskan dengan pendakwaan di mahkamah.

Saudara boleh berlaku jujur dengan menceritakan perkara itu kepada keluarganya / kepada pihak sekolah, tetapi saudara mungkin akan terpaksa menerima akibat tindakan saudara (bukan akibat bercakap jujur, tapi akibat kesilapan perlakukan zina tersebut) yang mungkin akan menyebabkan saudara menanggung kesalahan itu seumur hidup. Ustaz Love bukanlah nak mengajar saudara menipu, tetapi saudara pertimbangkanlah baik buruk tindakan yang saudara nak ambil. Mana satu yang lebih mudaratnya, mana satu yang kurang mudaratnya. Jika dengan berterus-terang itu akan menyebabkan mudarat yang lebih besar (seperti dipenjarakan bersama penjenayah2 besar, dibuang keluarga, dibuang sekolah dsb), maka lebih baiklah saudara menyembunyikan aib tersebut.

Yang lebih penting daripada memikirkan sama ada nak berterus-terang atau nak menyembunyikan perkara itu adalah berusaha untuk taubat nasuha itu sendiri. Kesalahan zina ini termasuk dalam hak Allah. Manusia tiada hak untuk mengampunkan atau menukarnya kepada hukuman yang lain. Jadi, saudara bertaubatlah dan mohonlah keampunan Allah. Semoga Allah ampunkan saudara dan menyelamatkan saudara daripada azab akhirat yang dah tentunya lebih dahsyat dan pedih berbanding azab dunia ini.

Dekatkanlah diri dengan Allah, dengan cara menjaga amalan fardhu serta memperbanyakkan ibadah sunat seperti solat, puasa, membaca al-Quran, bersedekah dsb. Tinggalkan terus perempuan tu dan jangan buat apa2 hubungan pun.. dikhuatiri saudara akan terus bergelumang dengan perbuatan zina bila berhubung kembali dengan pasangan zina. Dan saudara buatlah persediaan mental dan rohani. Berdoalah banyak2 kepada Allah semoga tidak berlaku apa yang saudara risaukan selama ini.

Perjalanan hidup saudara masih jauh lagi. Saudara tak perlu susah payah nak perah otak memikirkan kenapa perempuan itu meninggalkan saudara.. dan tak perlu nak pening2 untuk bertanggungjawab sebab saudara sendiri pun masih bergantung hidup dengan mak ayah. Apa yang perlu saudara lakukan adalah fokus kepada pelajaran. Dunia ini sebenarnya luas. Jangan sempitkan dunia saudara kepada alam persekolahan saja. Bila saudara masuk universiti nanti, saudara akan jumpa lebih ramai aweks yang lebih cun dan lebih baik daripada perempuan yang meninggalkan saudara itu. Bila saudara dah bekerja nanti, lagi ramai perempuan yang saudara akan jumpa sampai tak tahu mana satu nak pilih (itu kalau saudara hensem dan berharta la.. kalau tak, terpaksa la saudara terima apa adanya..kihkih).

Ustaz Love doakan semoga Allah memelihara saudara daripada sebarang perkara yang tak diingini.
WA

Read more: http://ustazlove.com/blog/2012/08/soal-jawab-terlanjur-dan-dituduh-mencabul/#ixzz24Rc7trPM

Comments

Popular posts from this blog