Mengurus masa mengikut islam
PENGURUSAN
masa amat penting dalam kehidupan seharian kerana ia aset sangat
bernilai. Semua perkara bergantung kepada ketentuan masa sama ada ia
memberi keuntungan atau kerugian. Pepatah ada mengatakan masa itu
emas.
Kepentingan masa dijelaskan Allah s.w.t. di dalam al-Quran seperti firman-Nya: Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar (Surah al-Asr: Ayat 1-3).
Pepatah Arab ada menyebut: Masa itu seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kamu.
Berdasarkan dalil tersebut maka Islam mengambil berat mengenai masa sehingga di hari akhirat nanti Allah akan mempersoalkan mengenai umur (masa) dan bagaimana ia diuruskan.
Mereka yang peka akan mengurus dan menggunakan masa dengan bijak. Masa tidak disia-siakan walaupun sesaat kerana mereka yang mengabaikan masa akan menghadapi pelbagai konflik dan penyakit.
Tanda penyakit yang melanda dalam pengurusan masa apabila pengurusan menghadapi pelbagai tekanan dan masalah dalam menyelesaikan kerjanya.
Akhirnya ia menghadapi kecelaruan dalam personaliti dan individu tertentu sehingga memberi kesan negatif terhadap produktiviti dan budaya kerja seseorang. Demi menjaga kepentingan masa, Islam menganggap ia sebahagian daripada hidup manusia.
Pengertian masa di segi bahasa ialah waktu, zaman, saat, ketika dan detik, sementara dari istilah pula masa bermakna waktu atau zaman yang dilalui makhluk dalam menjalankan kehidupan.
Apabila dikaitkan pula dengan pengurusan masa, ia memberi makna suatu ilmu yang berkaitan dengan teknik dan cara seseorang itu mengurus, membahagi dan mengatur masa sehariannya supaya dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Sesetengah individu melihat masa itu sama saja, cuma berbeda corak pengurusannya. Sebagai contoh, masa muda sama saja pada pandangan umum, tetapi ia berbeda sekiranya masa itu digunakan dengan perkara yang berfaedah.
Di sinilah dapat diukur supaya masa dapat diuruskan dengan baik dan sentiasa diawasi kerana dalam setiap masa itu ada kelebihannya yang tersendiri. Sebagai contoh, waktu sepertiga akhir malam pada setiap Ramadan dan Jumaat adalah waktu terbaik untuk berdoa dan beribadat kepada Allah, sebagaimana firman Allah:
Dan bangunlah dari sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (surah Al-Isra' ayat 79)
Berdasarkan dalil itu, jelaslah masa sebanyak dua belas bulan itu ada bulan, hari dan ketika yang istimewa dan terdapat beberapa kelebihan yang tersendiri. Untuk mencapai dan mengecapi kelebihan dan keistimewaan itu bergantunglah kepada kebijaksanaan seseorang itu menguruskan masanya supaya dapat merebut peluang keemasan yang ada pada masa-masa tersebut. Janganlah hendaknya peluang ini dibiarkan berlalu begitu saja, kerana masa yang lepas tidak akan berulang lagi.
Islam menyarankan umatnya menguruskan masa dengan cara terbaik dan cermat supaya sesuatu pekerjaan itu dilakukan dengan lebih berkesan dan berkualiti. Berhubung dengan pengurusan masa, kita hendaklah sentiasa memikirkan adakah kita menggunakan masa yang diamanahkan kepada kita dengan sebaik-baiknya? Dan melakukan sesuatu kerja berdasarkan pembahagian masa yang tepat auat semata-mata berdasarkan kepentingan- kepentingan tertentu.
Kebanyakan orang bersungut kononnya tidak ada masa untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Apakah itu benar? Jika benar, mengapa orang lain dapat menyiapkan kerja yang sama dalam masa yang ditentukan? Jawapan sebenarnya kerana masa tidak diuruskan dengan baik menyebabkan sesuatu kerja itu gagal dilaksanakan seperti dirancangkan.
Untuk menguruskan masa supaya tidak menimbulkan kerugian dalam hidup ini serta mendapat keberkatan Allah s.w.t. maka setiap individu hendaklah memperuntukkan masa seperti berikut:
- Masa beribadat. Bermaksud beramal kepada Allah (ibadat khusus) dengan mengerjakan sembahyang, puasa, zakat, menunaikan haji, berzikir dan lain-lain.
- Masa bekerja. Mengikut bidang pekerjaan masing-masing, asalkan ia tidak bercanggah dengan syariat Islam.
- Masa untuk menambahkan intelektual dan ilmu pengetahuan. Sama ada melalui pembelajaran formal atau tidak, pembacaan, pendengaran, perbincangan, menghadiri majlis ilmu yang boleh meningkatkan kemantapan dan keintelektualan.
- Masa bekeluarga. Setiap individu perlu kepada kebahagiaan keluarga untuk mencapai kebahagiaan, ia bergantung kepada kebijaksanaan menguruskan masa.
- Masa bermasyarakat dan bersosial. Setiap individu memerlukan hidup bermasyarakat dan perlu kepada bantuan orang lain. Oleh itu, kerja-kerja kemasyarakatan perlu diperuntukkan masa yang sesuai dan khusus supaya hubungan antara satu sama lain bertambah erat dan mesra. Sebagai contoh, mengadakan aktiviti gotong-royong, bersukan, berpesatuan, kerja-kerja amal dan sebagainya.
- Masa berehat. Setiap insan perlu kepada kerehatan setelah penat memerah keringat dan tenaga melakukan sesuatu pekerjaan. Oleh itu, ia memerlukan masa untuk mendapatkan kerehatan. Masa rehat penting kepada setiap orang untuk memulihkan tenaga dan fikiran untuk meneruskan kehidupan.
Bagi memastikan setiap ruang waktu digunakan untuk perkara berfaedah, maka setiap individu Muslim perlu menyusun jadual harian mengikut keutamaan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
Di samping itu, kemampuan melaksanakan tugas yang dipertanggungjawab jua perlu diambil kira. Bermula daripada pagi hinggalah malam, segala kegiatan harian mestilah disusun mengikut jadual. Sebagai contoh, seseorang pekerja pejabat dikehendaki memulakan tugas bermula jam lapan pagi. Namun, dalam masa sama dia masih tidak terlepas dari tanggungjawabnya di rumah. Oleh kerana itu, ia dikehendaki bangun lebih awal bagi menyiapkan kerja-kerja rumah sebelum ke tempat kerja.
Ketika di tempat kerja tumpuan hendaklah diberikan sepenuhnya kepada tugas yang diamahkan kepadanya sehingga selesai waktu pejabat. Setelah itu, tumpuan hendaklah diberikan pula kepada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan termasuk rekreasi dan bimbingan keluarga.
Pada waktu malam, tumpuan hendaklah diberikan membimbing keluarga serta melakukan amal ibadat secara berjemaah dan menghadiri majlis ilmu. Setelah selesai menjalankan tugas atau aktiviti tersebut sampailah masanya untuk berehat.
Kesimpulannya, setiap Muslim perlu menyusun dan mengatur jadual harian kepada dua bidang tanggungjawab iaitu:
- Tanggungjawab umum: Melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya.
- Tanggungjawab khusus: Melaksanakan tugas khusus terhadap dirinya sendiri.
Rasullullah s.a.w. membahagikan masa baginda kepada empat bahagian:
- Waktu untuk bermunajat kepada Allah s.w.t.
- Waktu untuk bermuhasabah (menghitung diri).
- Waktu untuk berfikir mengenai kekuasaan dan ciptaan Allah s.w.t.
- Waktu untuk memenuhi keperluan hidup
Segala bentuk pembaziran ditegah oleh Islam kerana ia amat merugikan. Islam memandang masa itu amat berharga. Pembaziran masa berlaku sekiranya ia tidak diuruskan dengan baik.
Firman Allah s.w.t: Sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan, sedangkan syaitan itu makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya. (Surah Al-Isra' : 27)

http://www.virtualfriends.net
Comments
Post a Comment