- Get link
- X
- Other Apps
Jangan sombong dengan kelebihan sementara
Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah
perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah
kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil
ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil
dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan
keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.
Seelok-elok
sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil
tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu
disebelah kanan kereta Waja tersebut.
Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan
berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia
keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak
kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus
memarahi Anak kecil tadi :
"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke
jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak
baiki? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua? jerit Executive
tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf;
”Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat, ia
merayu. Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini
apabila saya panggil”.
Dengan linangan air mata ia menunjukkan
ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. “Itu abang saya, ia jatuh dari
kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat
mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia
terlalu berat untuk saya.
Dengan rasa terharu, Executive muda
tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya
dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.
Terima kasih, pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.
Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat
dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan
cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya
akan kesejahteraan hidupnya.
Executive muda tersebut berjalan
perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja
tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar
dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana
hendakkan perhatian .
Pengajaran :
Tuhan tidak
menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan,
panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita
semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah
kita sombong dengan kelebihan yang sementara.
=========
Semoga menjadi iktibar dan renungan kita bersama…
Daniena Hakimi..
Jangan sombong dengan kelebihan sementara
Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.
Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.
Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :
"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua? jerit Executive tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf; ”Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil”.
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. “Itu abang saya, ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.
Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.
Terima kasih, pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.
Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.
Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .
Pengajaran :
Tuhan tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

Comments
Post a Comment