Jenis-jenis Boss..

Hidup bekerja makan gaji memang tak dapat lari dengan perangai boss. Selagi kita bekerja dengan orang lain selagi tu la kita ada boss. Kalau jadi CEO pun ada boss jugak, pemegang saham la bossnya.
Lain la kalau kita ada bisnes sendiri, kitalah yang jadi bossnya. Macam-macam jenis boss ada. Ada yang ok tak kurang jugak yang tak ok. Selalunya yang tak ok tu jer yang kita nampak. Yang ok tu kita buat-buat tak nampak. Biasalah manusia.
1. Boss jenis "yes boss"
Boss jenis macam ni letih kita dibuatnya. Mana taknya, apa yang boss dia suruh, apa yang boss besar kata, CONFIRM dia akan kata "yes boss" walaupun benda tu tak betul. Yang buat kerjanya kita. DIa senang la, cakap "yes boss' lepas tu yang kena pulun buat kerja kitalah. Yang buat lagi boring, arahan yang dia "yes boss" kan tu semuanya merapu, mengarut, membazir dan takde makna. Boss jenis ini kaki bodek dan pengampu kerjanya.
2. Boss jenis tak percaya anak buah
Confirm letih. Mana taknya gila tak percaya tahap gaban punya. Benda-benda kecik pun nak disemaknya satu-satu. Kadang-kadang tu ada yang jenis duduk sebelah kita tengok kita buat kerja macam mana. Perghh stress....Ini kategori boss yang tidak pandai buat sendiri.
3. Boss jenis manjang nak cepat 
Memanglah kerja tu kadang-kadang nak cepat siap. Tapi lemas kalau kerja dengan boss jenis ni. Baru je bagi kerja, tak sampai 2 minit tanya kita dah siap belum? Lepas tu dia dok tanya-tanya sampai la kita siap kerja tu. Kot ya pun bagi la masa sikit. Kalau kerja yang perlu analysis etc. tak akan la seminit dua dah siap. Boss jenis memang kateg ori tidak tahu nak buat kerja dan kalau anak buah cuti atau sakit maka boss jenis ini akan mati kutu.
4. Boss yang kita tak faham apa yang dia nak
Haaa... bos yang jenis ni memang banyak. Bila time bagi kerja kat kita seolah-olah dia bagi freedom la kononnya You buatlah macamana you rasa elok. Waa macam ok jer bunyinya. Tapi bila kita tunjuk output kat dia, haa macam-macam la katanya. Bukan macam ni yang I nak. Ah sudah! cakap je la awal-awal yang macamana yang dia nak.
5. Boss jenis tak konsisten
Boss jenis ni memang letih kita. Memang tahan sabar je la. Suruh buat macam ni, jumpa dia sekali dia ubah lak tang lain. Jumpa dia lepas tu lain pulak yang disuruhnya. Aaaa kacau Boss macam ni elok dikurangkan aje berjumpa dengan dia. Baru aman hidup kita. Setiap kali jumpa, setiap kali dia ubah arahan dia. Kalau anda jumpa boss jenis, anda apabila buat draf pertama hingga tiga atau empat, eloklah simpan draf pertama kerana draf itulah yang akan digunakan oleh boss jenis ini.
6. Boss jenis yang elok dia dapat nama, yang tak elok?
Boss jenis ni pun ramai. Jenis nak selamatkan diri dia jer. Bila ada salah, kena tegur dengan orang atas, dia channel kat kita. Haa tu la you patutnya buat macam ni, bukan macam tu. Padahal semua yang kita buat semua dia dah approve. Ini jenis bos yang nak lari daripada tanggungjawab. Mati hidup balik dia tak kan pikul tanggungjawab dia. Yang elok atau dapat pujian memang dia yang kaut semua. Bab-bab negatif ni semua dia tala kat kita. Silap-silap depan boss besar dia tala kita. Bestt kan....Boss jenis ini semua draf kita dia suruh email atau bagi tumb drive kat dia, kerana dia akan buat penambahan atau pengurangan (edit) atas draf kita.
7. Boss yang kerja tak buat tapi mengampu kuat
Boss yang macam ni kalau ikut kata dia, kerja biar strategik. Strategik tengkorak dia... Kalau dah kita jer yang asyik pulun. Dia lepas tangan terus, sibuk duk pulun kayu golf dengan orang2 besar. Orang macam ni memang cepat naik pangkat sebab dia pandai ampu boss besar. Yang dok pulun kerja tak mengampu hmmm.... duduk la kerusi yang sama sampai ke tua. Boss jenis ini akan mati kutu kalau orang atas bambu dia....silap haribulan terkencing dalam seluar.
9. Boss yang tak nak dengar pendapat orang lain.
Mentang-mentanglah dia boss. Bila dalam meeting tu serupa takde meeting la. Orang start bagi pendapat, dia cantas. Penghabisnya meeting tu semua pendapat dia la yang betul. Orang lain ni pakat cukup syarat jer datang meeting. Dia nak suruh orang dengar dia bercakap, tu jer matlamat dia. Boss jenis ini pentingkan diri sendiri aja.
Jadi boss korang jenis yang macamana. Share di facebook dengan kawan-kawan satu ofis. Biar terbahak-bahak satu ofis. Opss jangan bagitau boss aaa....


 http://kopitarikkaw2.blogspot.co.uk/2012/04/jenis-jenis-boss.html

Comments

  1. Salam,
    Menarik n3 ini ... dulu masa boss, amalkan yg mana satu ?

    ReplyDelete
  2. Saya mengamalkan konsep collective responsibility & lets manager manage dan juga konsep nobody is indespensible

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog