RESTORAN MALAYSIA KITCHEN DI LONDON


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Satu ketika dulu Malaysia gah dengan restoran Malaysia Kitchen di Westfield, Sheperd Bush, London http://www.malaysiakitchen.co.uk/ dan sekarang restoran tersebut telahpun ditutup dan ianya akan diganti dengan PENANG Restoran ditempat yang sama.
 

INILAH SEJARAH MALAYSIA KITCHEN YG AKAN DIGANTI DENGAN RESTORAN PENANG DIWESTFIELD LONDON

Lihatlah video promosi Malaysia Kitchen
 
Sekarang restoran ini telah lenyap di Westfield

Ini pula berita berkaitan dengan promosi makanan di London 2010

"1 MALAYSIA : 2 JUTA POUND PROMOSI MAKAN



Perbadanan Perbangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) memperuntukkan 2.0 juta pound sepanjang 2010 bagi melaksanakan kempen perhubungan awam pemasaran di sini (London) bagi mempromosikan makanan Malaysia.

Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia bagi United Kingdom, Raja Badrulnizam Raja Kamalzaman berkata kempen itu yang akan dilaksanakan melalui Kempen "Malaysia Kitchen", bermatlamat mempromosikan restoran Malaysia di sini.

Sebanyak 38 daripada 62 restoran Malaysia di United Kingdom beroperasi di bandar raya ini, katanya kepada pemberita Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi pertama Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin ke London mulai Ahad hingga 14 Jan ini.

Beliau berkata usaha itu juga bertujuan meningkatkan antara 20 peratus dan 30 peratus pengunjung ke restoran-restoran Malaysia, terutama di London, dan selain meningkatkan pengimportan makanan diproses dari Malaysia.

Kempen itu, yang diharap meningkatkan peminat makanan Malaysia, juga dijangka meningkatkan bilangan pelancong yang melawat ke Malaysia, katanya.

Sebagai permulaan, Muhyiddin dijangka melancarkan kempen promosi makanan Malaysia apabila Malaysia menjadi penaja utama program "Taste of London" selama empat hari di sini pada Isnin ini.


SUMBER  http://perakkume.blogspot.co.uk/2010/01/1-malaysia-2-juta-pound-promosi-makan.html

Comments

Popular posts from this blog