Fahaman dalam Agama Islam
byAkhli Sunnah Waljamaah
Golongan
orang Islam yang berpegang pada Akidah ( ajaran, kepercayaan, dan
amalan) yang dibawa oleh rasullullah mengikut Al-Quran, dan sunnahnya.
Fahaman ini juga dijadikan penggangan para sahabat rasullullah (
Al-hadith, ajmak para sahabat, dan Al-khias). Fahaman ini dapat
menjernihkan Akhidah umat Islam daripada berbagai-bagai fahaman yang
menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.
1. Fahaman Syiah
Golongan
yang menganggap Saidinah Ali Radhiallahhuan dan keturunannya yang lain
sebagai pengganti Rasullullah sebagai Imam (Pemimpin) yang maksum bagi
umat islam. Dan golongan ini tidak mengakui khalifah yang lain sebagai
pemimpin. Dan golongan ini di anggap terpesong dari landasan agama
Islam. Dan golongan ini ramai berada di Asia Barat.
2. Fahaman Muktazilah
Golongan
yang percaya kepada ketentuan logik akal fikiran atau di kenali dengan
ahli fikir. Mereka banyak terpengaruh dengan fahaman Yunani. Mereka
percaya kepada keusahaan zat Allah Taala, tetapi tidak percaya Allah
Taala mempunyai sifat. (Terlalu taksub kepada logik akal sehingga
segala perbuatan manusia di tentukan oleh akal fikiran dan membelakangi
kudrat dan irodah Allah Taala).
3. Fahaman Khodariah
Golongan
yang mengikut fahaman Muktazilah yang berfahaman bahawa manusia
mempunyai kuasa yang tersendiri dan dapat menentukan segala
perbuatannya sama ada baik ataupun buruk. Allah Taala tidak ada
kena-mengena dengan perbuatan manusia dan hanya mengetahui setelah
perbuatan itu dilakukan oleh manusia. Menganggap perbuatan manusia
memberi kesan.
4. Fahaman Jabariah
Golongan
yang berfahaman bahawa manusia tidak mempunyai ikhtiar dan usaha.
Segala-galanya berlaku dan di jadikan oleh Allah Taala, baik dan buruk
adalah ketentuan Allah Taala semata-mata.
5. Fahaman Wahabiat
Golongan
yang berpengang pada Al-Quran dan hadith rasullullah S.A.W serta
menolak bidaah termasuk bidaah hassanah dan menganggap semua bidaah
adalah sesat. Golongan ini melarang penganutnya menziarahi makam
rasullullah. Melarang penganutnya mempelajari sifat dua puluh Allah
Taala.
Di
atas ialah 5 fahaman yang terdapat di dalam agama Islam, kenapa saya
menulis artikel ini kerana saya ingin berkongsi dengan anda semua, saya
tahu ramai di antara anda semua tidak tahu yang agama Islam mempunyai
fahaman-fahaman yang berlainan. Di antara semua fahaman di atas hanya
satu sahaja fahaman yang berlandaskan ajaran Islam yang sebenar iaitu
Akhli Sunnah Waljamaah.
Artikel
ini telah di rujuk oleh sidang pengarang sinar jimiyat sdn bhd dan
telah diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Comments
Post a Comment