Lagi kajian naikkan gaji penjawat awam
Kerajaan
akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan
sehingga lima peratus bermula tahun depan.Ketua Setiausaha Negara Datuk
Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam
menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat.
“Kita
akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu
untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan
semula,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500
penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan
Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.
Hadir sama
Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan
Malaysia (MAMPU) Datuk Mohamad Zaidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan
Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh.
Beliau
berkata kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi
memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan
skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji
maksimum.
Ali berkata pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.
Ali berkata pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.
“Buat masa
ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung
sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika
ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan
gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada
tahun depan,” katanya.
Terdahulu
pada majlis tersebut, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
memenangi anugerah Inovasi Sektor Awam dalam kategori Teknologi
Maklumat dan Teknologi ICT manakala Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah
menerima Anugerah dalam kategori Pentadbiran Daerah dan Tanah.
http://www.kl-today.com
Comments
Post a Comment