Ketahui Kesan Sampingan Pemakaian Tuala Wanita
Pemakaian tuala
wanita merupakan antara perkara wajib bagi setiap wanita. Tambahan pula,
etika pemakaian tuala wanita perlu dipandang serius jika tidak mahu
menerima kesan sampingan.
By
Melayukini.net – Ketahui Kesan Sampingan Pemakaian Tuala Wanita
| Pada hari ini kita akan membincangkan tentang berkaitan dengan kaum
wanita. Perkara yang tidak boleh lari dari wanita itu berkenaan dengan
pemakaian tuala wanita. Seperti yang kita tahu tuala wanita bersifat sebagai bahan penyerap oleh wanita apabila didatangi haid, darah nifas,
selepas keguguran atau menjalani pembedahan anggota peranakan dan
mengelakkan darah mengalir keluar lebih banyak daripada faraj. Dalam
tempoh terkini, kebanyakan tuala wanita yang biasa diguna pakai adalah tuala pakai-buang dan diperbuat daripada kapas serta rayon. Bahan yang ada di tengah-tengah tuala jenis ini mempunyai daya serapan yang kuat dan akan bertindak menjadi gel apabila ia menyerap cecair.
Namun, di sebalik kecanggihan teknologi
daya serapan tuala pakai-buang, ramai tidak menyedari bahan berwarna
putih jernih ini terlebih dulu diproses menggunakan campuran kimia seperti bahan pemutih (bleaching agent), nyahkuman menggunakan bahan disinfektan dan ada antaranya di tambah pewangi bertujuan menutupi bau tidak dikehendaki.
Semasa pembuatan rayon daripada pulpa
kayu pula, ada juga bahan kimia dioxin dilepaskan menyebabkan ada
sesetengah wanita terpaksa menghadapi masalah alahan dan keradangan pada
bahagian vulva serta faraj.
Berikut disenaraikan beberapa kesan sampingan yang mungkin terjadi akibat pemakaian tuala wanita;
1. Alahan kepada bahan kimia yang ada
pada tuala wanita boleh terjadi, tanpa mengira tempoh pemakaian sama ada
jangka masa pendek atau lama. Ia digelar `irritant contact dermatitis’ atau keradangan pada kulit.
Simptom utama adalah gatal, rasa panas terbakar dan bengkak pada alat
kelamin. Tanda seperti ruam yang kadangkala berair, kulit merah dan
melecet dan lelehan faraj berlebihan juga kesan alahan.
2. Radang pada alat kelamin iaitu sekitar
vulva akibat sensitiviti terhadap bahan terkandung pada tuala wanita
dipanggil `vulvitis’.
Tandanya adalah rasa tidak selesa, panas pada kulit luar dan mungkin kegatalan.
Radang boleh terjadi jika pemakai memakai tuala wanita dalam jangka masa lama.
3. Melecet pada kulit luar alat kelamin akibat geseran antara tuala dan kulit semasa berjalan atau bergerak.
Situasi ini mudah berlaku sekiranya anda
tergolong dalam kategori kulit kering. Tanda yang timbul ialah rasa
sakit atau tidak selesa dan pedih apabila terkena air.
4. Jangkitan kuman di vulva dan vagina adalah komplikasi teruk daripada masalah di atas.
Memakai tuala wanita terlalu lama
menyebabkan bakteria membiak dengan cepat dan banyak di atas tuala
wanita seterusnya mengakibatkan jangkitan pada vulva dan
vagina. Sekiranya berpanjangan, jangkitan kulat mungkin terjadi. Tanda
jangkitan kuman adalah sakit, bengkak, kulit melecet, berair atau
bernanah dan lelehan faraj berlebihan.
Melayukini.net -
Jika kita sebagai seorang perempuan terutamanya remaja digalakkan
menitikberatkan kesihatan dan kebersihan sistem repoduktif
masing-masing. Perbuatan menukar tuala wanita secara kerap terutama jika
dipenuhi darah haid amat penting supaya kesejahteraan reproduktif
terjamin. Ingat! Tukar tuala wanita sekurang-kurangnya setiap tiga
hingga empat jam sekali.
http://melayukini.net
http://melayukini.net
Comments
Post a Comment