CERITA KUALA PERLIS LAGI????


pergh... boring giler... weekend cuti 3 hari dok terperap kat rumah jer... at last, kami decide nak pergi kuala perlis. anak2 terus tak setuju. kata mereka "laaaa... Kuala perlis lagi ke ayah!".  si ayah senyap jer, lalu saya menyampuk " jom! kita tengok tempat yang kena ombak dan air pasang besar  masa cuti sekolah hari tu". barulah kendur sikit kerutan di dahi anak2 selepas dengar janji saya tu... (haaa.... menjadi taktik kali nie)

so, dari jitra, kami mulakan perjalanan selepas asar. konon2nya, nak tengok sunset sama (alah.. setiap kali pergi kuala perlis itulah alasan kami). untuk melihat kesan ombak besar dan air pasang besar  kami kena guna jalan dalamlah. so, kena masuk megat dewa, kerpan, sanglang dan sg. baharu (hehehe... jika tak silaplah yer... jalan guna GPS mana nak ingat nama jalan bagai kan!). lalu jalan kg. nie syoklah sikit.. suasana di kg. sejuk jer.. cuma 1 jer yang menakutkan. jalan sempit, sebelah jalan tu sungai/tali air lebar2 dan nampak seperti dalam sangat. warna air sungai tu sendiri seolah-olah menggambarkan kedalaman sungai (ini dari pandangan dari saya yang tak tahu berenang... campurlah perasaan takut sama)

hijaunyer kan??? tanda mutlak yang  kami  sekarang berada di negeri kedah

Lebih kurang sejam kemudian, kami sampai di kuala sanglang. (eh! boleh tak teringat nak ambik gambarlah pulak!) banyak pokok2 yang berada di kiri kanan jalan bertukar jadi  kuning (matilah poko2 nie semua.. kena air masin).  confirm..!! inilah tempat yang kena ombak besar dan air pasang tu. ada pokok tumbang.. rumah2 yang dekat sangat  tepi laut, nampak tak terurus. ada penduduk yang masih menjemur tikar getah serta bantal. tak kurang jugak yang membuang serpihan mesin basuh. sampah tak payah cakaplah... ini mesti air laut yang bawak sampai jauh ke darat, dan paling meruntun hati, terdapat beberapa petak sawah (petak ? betul ke penjodoh bilangan ni) yang bertukar jadi warna kuning.. mesti tuan punya bendang (orang kedah panggil sawah tu  bendang. sebut BETUL! BETUL! bendang tau.. bukan badang ek!) susah hati kan? dahlah raya nak dekat... mungkin itulah rezeki tambahan yang diharap untuk beli baju raya dan kasut raya anak2.  owh... lupa sungguh nak tangkap gambar kesan daripada ombak dan air pasang besar tuh!

dalam kami syok berjalan ikut arahan GPS, hehehe... tersesat sampai masuk lorong2 rumah oranglah pulak... GPS ni pun, bukan boleh percaya sangat !!! nampak ada sorang makcik ni, baru turun dari kereta. maka, kepada makcik nielah kami mengadu nasib. dengan lagak ala-ala  tourist guide , makcik tadi terus bagi  nama jalan yang sepatutnya kami masuk.. pergh! cayalah makcik! pantun ni ditujukan untuk makcik :

makcik tunjukkan jalan yang tepat
terima kasih, kami tak lagi sesat

maka, sampailah acara makan secara santai.. sepanjang perjalanan dari kg apa??? (ntah hapa namanya.. ), menuju ke kuala perlis, ada orang meniaga kat tepi2 jalan. semuanya meniaga benda yang sama.. cucuk2 (macam2 jenis cucuk tu ada kat sini..), jagung bakar, rojak, air minuman. tapi pelik aaa.. walaupun berniaga benda yang sama, jumlah peniaga semakin bertambah dan mereka masih boleh survive... kami pilih gerai yang paling hujung yang ada kat sepanjang jalan tu...

syok... semua gerai betul2 kat sebelah pantai...




ini  2 orang budak, tak mau makan atas meja.. nak makan atas batu sambil tengok air laut yang tengah surut...



ini hidangan kedua kami selepas air (kuah lada akak nie memang superb) ... jagung bakar + rojak tak sempat nak snap gambar sebab sedap punya pasal.. terus lupa nak tangkap gambar 

haaa.. kata nak tengok sunset ! dah nak maghrib dah nie... jom gerak ke  masjid
terus ke masjid terapung kat kuala perlis.. masjid nie mesti pergi tau kalau ke sini! cantik sangat!
posing lagi di tembok wajib lepak kat sini!!!!
ini gambar  kami snap selepas kami solat  maghrib. air dah  nak mula pasang balik dah nie...bila malam lagi cantik pemandangan kat sini...

lepas solat maghrib, lepak jap kat tembok yang ada kat masjid nie.. rasa angin malam pulak. cadang, nak makan ringan2 (hehehe... ada ke istilah makan ringan2 kalau dah sampai kat sini) di deretan kedai makanan seafood yang ada tak jauh dari masjid nie.. tapi dah namanya rezeki kan, kebetulan ada orang sedekah mi goreng kat masjid selepas solat maghrib.. selepas makan 2 bungkus mi goreng yang sedap tu (semoga orang yang sedekah mi ni dimurahkan rezekinya.. amin), kami plan terus balik jerlah... lebih kurang pukul 10, kami sampai kat rumah.. nampaknya, jumlah 5 jam perjalanan kami pada hari ini sungguh berbaloi dengan kos makan tak sampai RM20 (tak termasuk minyak kereta yer...)


walaupun demikian ,pesanan untuk anak2, ibu ngan ayah tetap akan bawak syaza, afiq ngan nan datang sini lagi tau, walaupun ini ntah kali keberapa kita datang ke sini, sebab ibu suka saaanggaaat kat tempat nie...(
tak kisahlah banyak kali punn...)
http://azlinahamdanstory.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog