Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di empat negeri yang diperintah Pakatan Rakyat (PR)




AES dipasang di kampung dibantah

Posted by admin on October 31st, 2012
KERIAN – Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Jalan Pantai, Tanjung Piandang tanpa dinyatakan had kelajuan disifatkan tidak relevan kerana dipasang di kawasan kampung yang bukan menjadi laluan utama kenderaan. Pemasangannya seolah-olah menjadi perangkap automatik di mana alat itu tetap berfungsi seperti biasa walaupun keadaan trafik tidak terlalu sibuk.

Berdasarkan rancangan asal pemasangannya di sekitar jalan itu, alat tersebut berada di antara persimpangan pekan Tanjung Piandang hingga ke Sungai Baru, Kuala Sungai Burung. Gambar: Rakyat berdemo bantah pemasangan di kawasan kampung sekitar Tanjung Piandang.

Tinjauan Sinar Harian turut mendapati tidak terdapat papan tanda had laju diletakkan  untuk memberi amaran awal kepada pengguna jalan raya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari berkata, pemasangan AES pada kawasan itu perlu dikaji kerana akan mendatangkan kesusahan kepada masyarakat.

Menurutnya, pemasangan di kawasan jalan kampung tidak tepat kerana rakam kesalahan dalam masa 24 jam sedangkan kawasan itu hanya menjadi tumpuan penduduk pada waktu tertentu sahaja.

“Penduduk bukan menentang, sebaliknya mendesak kerajaan mengkaji semula kewajaran perlaksanaannya kerana melibatkan pelbagai faktor lain yang turut menyumbang kepada kemalangan jalan raya,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai lebih 50 penduduk Tanjung Piandang mengadakan demonstrasi membantah pemasangan kamera AES di Jalan Pantai, di sini kelmarin.

Kata Abdul Yunus, jalan kampung tidak sesuai diletakkan kamera AES memandangkan taraf hidup penduduk di Tanjung Piandang rata-ratanya terdiri nelayan dan petani.

Katanya, pelaksanaan sistem itu sebenarnya boleh membebankan rakyat kerana di tempat yang mempunyai kelajuan rendah juga diletakkan kamera.

“Sistem ini tidak seharusnya dipasang di tempat had laju di bawah 90 km/j untuk jalan-jalan Persekutuan dan 110 km/j di lebuh raya.
“Tindakan memasang AES di tempat yang ditetapkan kelajuan 30km/j dan 60 km/j adalah tidak munasabah,” katanya.

Pelaksanaan AES walaupun baik tetapi tidak sesuai buat masa sekarang memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin hampir, kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN), Datuk Bung Moktar Radin, hari ini.

Sehubungan itu kata beliau, pihak pembangkang akan mengambil kesempatan dengan menggunakan isu itu untuk menjatuhkan kerajaan BN.

Justeru katanya, untuk memberi keyakinan kepada rakyat terutamanya pengguna jalan raya, kerajaan wajar menangguhkan pelaksanaan AES.


KUALA LUMPUR, 29 Okt - Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di empat negeri yang diperintah Pakatan Rakyat (PR) akan ditangguhkan. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (foto) berkata, pelaksanaan AES akan ditangguhkan sehingga kajian mendalam dijalankan dan maklum balas daripada rakyat diperolehi.

"Kita memang tidak setuju dengan pelaksanaan AES. Kita akan menilai kembali pelaksanaannya di empat negeri PR. Jika dikira sebanyak 331 biji kamera di empat negeri PR daripada 831 kamera yang akan dipasang di seluruh negara.

Dengan penangguhan ini pengguna jalan raya akan berasa lega dan tidak stres apabila memandu di negeri PR," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.


Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata keputusan tersebut diambil bagi memastikan rakyat yang tidak bersalah menjadi mangsa.
"Sebab itu kita hendak tahu sudah berapa banyak saman yang sudah dikeluarkan dan bila saman ini dihantar kepada pesalah," katanya.
Beliau turut mengesahkan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Long See Wool bagi memaklumkan tindakan penangguhan itu dan mahu mengadakan perbincangan lanjut bersama kementerian itu mengenai maklum balas pelaksanaan AES.
Guan Eng berkata setakat ini kerajaan negeri Kedah dan Kelantan sudah pun memaklumkan keputusan menangguhkan pelaksanaan AES dan Selangor dijangka mengumumkannya dalam tempoh terdekat.
"Kita mahu tangguhkan dulu, sehingga kajian mendalam dijalankan. "Saya juga tidak lihat apa kebaikannya kamera AES ini hendak dikembalikan kepada kerajaan Persekutuan selepas tempoh lima tahun," katanya.
Jelasnya, kerajaan negeri tidak bersetuju dengan beberapa perkara dalam pelaksanaan AES terutamanya yang melibatkan penetapan had laju.
"Ada kawasan had lajunya 60 kilometer sejam. Kita mahu tahu adakah had laju ini praktikal pada masa sekarang. "Ia perlu disemak semula. Kalau tidak lebih baik jangan pakai kereta, tolak kereta lebih baik," katanya.


Pemuda UMNO Desak Kerajaan Isu AES


Terima kasih kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin kerana mendengar dan berani memutuskan pandangan berhubung isu AES... dimana Pemuda terima kebaikan AES akan tetapi kerajaan juga perlu mendengar rungutan dari rakyat tentang soal pelaksanaannya dari segi lokasi kamera, had laju laluan tertentu, jarak pemberitahuan kamera AES.

Diatas sebab-sebab tersebut pemuda UMNO desak kerajaan tangguhan pelaksanaan AES dan kaji semula pelaksanaannya.


---


KUALA LUMPUR 30 Okt – Pemuda UMNO hari ini menuntut dan mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan mengkaji semula pelaksanaan sistem berkenaan kerana terdapat banyak rungutan dan persoalan mengenai sistem tersebut.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata terdapat banyak pandangan serta maklum balas daripada akar umbi mengenai sistem berkenaan dan pergerakan itu berharap mesyuarat kabinet pada minggu ini dapat membincangkan dan membuat keputusan berdasarkan desakan pergerakan itu.

Menurut beliau pihaknya telah membincangkan perkara berkenaan secara pro dan kontra dan kesimpulannya pergerakan itu mendapati terdapat banyak kelemahan yang ada pada sistem AES itu.


“Banyak rungutan mengenai lokasi kamera berkenaan…. Ada pandangan orang awam yang katakan lokasi itu tidak mencerminkan kebarangkalian berlakunya kemalangan. Banyak rungutan kawasan tersebut bukanlah kawasan yang dianggap tidak selamat atau bukan kawasan hitam.


“Keduanya ada tempat yang mana kamera diletakkan had lajunya tidak praktikal.. had laju rendah untuk diletakkan kamera dan banyak kenderaan yang melepasi had laju tersebut tanpa timbulkan masalah keselamatan. Ketiganya jarak kamera terlalu dekat dengan kawasan tertentu yang mana kawasan itu mudah untuk melepasi had laju.


“Kesimpulannya kami dapati bahawa ada banyak kelemahan pada sistem AES ini dan bukan kami tidak setuju kerana pada dasarnya sistem automatik adalah sistem yang baik,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeruskan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di sini, hari ini.


Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) seterusnya menambah sekiranya sistem berkenaan hendak dilaksanakan selepas ini, kerajaan perlulah mengkaji beberapa aspek seperti lokasi, had laju dan mengadakan pendidikan umum.


“Bukan kita tidak sokong AES ini untuk jalan raya menjadi lebih selamat dan kami memahami bahawa ini tidak menghalalkan mereka yang melanggar undang-undang tidak dibawa pengadilan….AES menimbulkan banyak masalah.


“Jadi Pemuda desak kerajaan tangguhkan pelaksanaan AES dan kami harap mesyuarat jemaah menteri pada minggu ini dapat membincangkan perkara ini dan membuat keputusan atas permintaan dan desakan kami,” katanya.


Dalam pada itu Khairy turut memberitahu Pemuda UMNO dan Pemuda BN akan berperanan sebagai pemduah cara dalam usaha membantu proses pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).


“Kita buat perkara ini atas semangat kesukarelaan sendiri dan tidak diminta oleh mana-mana pihak. Cuma kami dapati bahawa pengedaran BR1M kepada penerima baru terutama golongan bujang yang tidak tersenarai dalam BR1M pertama perlu kita permudahkan proses dan membantu mereka.


“Saya dah minta setiap bahagian edar borang dan skuad utusan pemuda pergi ke kawasan kilang-kilang, kawasan orang orang muda dan sasaran kita adalah 2,000 setiap bahagian. Kita akan pergi ke kawasan yang ramai orang muda untuk edarkan borang dan sekiranya perlu akan kutip dan hantar borang BR1M 2.0 ke LHDN.


“Walaupun borang ini mudah dimuat turun menerusi internet, boleh diisi secara elektronik tetapi contohnya ramai pekerja kilang yang tidak sempat untuk isi secara elektronik dan kami akan hantar Skuad Utusan Pemuda untuk bawa borang berkenaan kepada mereka yang layak,” katanya
.

Sumber: http://www.rembau.com.my

Dah Singgah Komen Sikit

 


Pertamanya, perlu diperjelaskan tiada siapa akan membantah cadangan atau tindakan untuk menjamin keselamatan rakyat, apatah pada sesuatu yang boleh melibatkan kehilangan nyawa - kemalangan jalanraya.

AES adalah satu idea bijak, cuma cara perlaksanaan yang dipertikaikan sekarang bila sistem ini dilihat lebih kepada 'mencari keuntungan' dengan mengutip sebanyak mungkin saman (oleh syarikat konsesi) melebihi niat asal untuk mengurangkan kemalangan maut di jalanraya.

Tidak kira berapa tahun kajian dibuat oleh MOT sebelum perlaksanaan sistem ini, berapa kos yang telah dikeluarkan - natijah dari permulaan semberono menyebabkan isu ini menjadi 'bola tanggung' kepada kerajaan bila pihak pembangkang memanipulasikannya sebagai satu tindakan kejam kerajaan/BN memerah duit rakyat untuk mengetatkan poket kroni.

Sepatutnya pihak berwajib mesti bertindak dengan cara mendidik, bukan menghukum. Lihat contoh pelaksanaan AES di Singapura - kerajaan republik itu memberi penjelasan padu melalui media massa dan pelbagai saluran alternatif mengenai pelaksanaan sistem ini selama setahun sebelum dilaksanakan.

Cara penerangan mengenai kebaikan sistem ini perlu diperjelas dengan baik dan tersusun bagi mendidik minda rakyat/pemandu mengenai risiko memandu melebihi had laju dan melanggar lampu merah supaya perlaksanaannya tidak menjadi satu kejutan atau pertikaian.

Maklum balas rakyat juga perlu diambil kira, bukan berdasarkan keputusan Parlimen semata. Saman RM300 bagi seorang Ahli Parlimen mungkin bukan masalah besar, tapi jumlah itu mungkin belanja makan sebulan untuk sesetengah golongan rakyat.

Kos RM717juta tidak boleh dianggap sebagai MODAL untuk mendapat KEUNTUNGAN semula. Banyak lokasi pemasangan AES yang bukan di kawasan kemalangan tapi di kawasan yang memungkinkan pemandu mula memecut. Ini membuatkan AES dilihat seperti satu franchais perniagaan yang memerlukannya dibuka di kawasan yang boleh menjana keuntungan semata.

Kebanyakan pengundi mempunyai kenderaan sendiri dan bila-bila masa boleh terakam oleh kamera AES walau mungkin dalam perjalanan tergesa-gesa untuk memohon bantuan BR1M. Dalam usaha kerajaan cuba mengurangkan bebanan rakyat, ada pula unsur yang membantutkan senyuman di wajah bila memikirkan ada saman yang perlu dibayar. -RR

=============


Pemuda Umno Desak AES Ditangguh

SHAH ALAM – Pemuda Umno hari ini sebulat suara mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sehingga kajian menyeluruh dilakukan.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya juga berharap mesyuarat Kabinet minggu ini dapat membuat keputusan berhubung perkara itu.


“Pemuda desak kerajaan tangguh AES. Kaji semula," kata beliau, yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), menerusi Twitternya petang ini.


Terdahulu beliau mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda Umno di Kuala Lumpur.


Dalam pada itu, beliau dipetik Bernama berkata, kajian semula itu perlu bagi mengatasi kelemahan pada pelan pelaksanaan AES sekarang dan memastikan sistem itu mampu berfungsi sempurna mengesan pesalah trafik di negara ini.


"Sistem AES itu sendiri merupakan sistem amat baik, namun hasil maklum balas akar umbi kami dapati terlalu banyak kelemahan pada pelan pelaksanaan AES yang perlu diatasi antaranya lokasi dan had laju praktikal bagi sesebuah kawasan,” katanya.


Khairy berkata kerajaan juga perlu mengadakan publisiti dan pendidikan umum


bagi memberikan informasi yang lebih jelas kepada rakyat.


"Adalah penting untuk rakyat memahami dengan jelas sistem AES ini kerana ia


mampu menyelamatkan nyawa mereka selain mengelakkan AES menjadi 'alat mainan' pembangkang untuk menakut-nakutkan rakyat," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda.


Semalam, empat Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju menangguhkan pemasangan AES.


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, sebanyak 331 kamera AES dicadang untuk dipasang di empat negeri itu, namun pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan.


"Kami akan bertemu Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Long See Wool bulan depan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai AES termasuk kos dan syarikat pengendali," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.


Guan Eng berkata, pemasangan AES itu seharusnya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa di peringkat kerajaan negeri terlebih dahulu.


AES adalah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan selain bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan serta mampu mengurangkan kemalangan maut.


Ia merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah.


Dalam pada itu, laporan Bernama berasingan menyebut Kementerian Pengangkutan akan menghantar pasukan teknikal untuk memberi penerangan mengenai AES kepada kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor seperti dipohon.


Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian itu berkata, setakat ini hanya kerajaan negeri berkenaan meminta penjelasan berkaitan pelaksanaan AES itu. -SH

 http://www.1peluru.com

===============================================
Senarai AES di seluruh tanah air.

JALAN KURUNG BATANG KANGAR PERLIS - 60KM/J
KM 15 JALAN KANGAR-PADANG BESAR - 90KM/J
JALAN TAMBUN TULANG (BN) - 70KM/J
BATU 5 JALAN KUALA PERLIS - 90KM/J
JALAN AL-MARHUM KAYANG - 60KM/J
KG TITI SERONG KUALA PERLIS PERLIS - 60KM/J
KM 30 JALAN KUALA PERLIS - CHANGLOON - 90KM/J
JALAN LINTASAN WAWASAN KANGAR PERLIS - 70KM/J
JLN PDG BENTA KE SG.BARU SPG EMPAT PS. - 60KM/J
KM 6.1 JALAN SANTAN KE BESERI - 60KM/J
JALAN LONG BOH - JEJAWI PERMATANG ARAU - 60KM/J
KM 7.4 JLN MATA AYER - BESERI - 70KM/J
KM 5 BEHOR LATEH JALAN KANGAR-ALOR SETAR - 90KM/J
KM 40.5 JALAN ALOR SETAR-BUTTERWORTH - 60KM/J
JALAN BUKIT SELAMBAU - 60KM/J
JLN PDG. MATSIRAT KELIBANG - 70KM/J
JLN KULIM-MAHANG - 60KM/J
KM 60.7 JALAN ALOR SETAR-BUTTERWORTH - 90KM/J
29.3 JALAN SG.PETANI-BALING - 80KM/J
JALAN KELANG LAMA-LUNAS - 60KM/J
JALAN BUKIT MALUT - 60KM/J
BT 10 TERAP- 50KM/J
BATU 15 JLN JITRA-KODIANG- 80KM/J
JALAN PADANG SERAI-SG KARANGAN - 90KM/J
KM 11 SUNGAI PETANI - KUALA KETIL- 80KM/J
JALAN TELUK YU - 60KM/J
KM 20 JALAN BUKIT BESAR- 80KM/J
JALAN KEDAWANG KUALA TEMONYONG - 60KM/J
KUALA MERAH PADANG GEH KUALA KETIL - 60KM/J
45.4 JALAN SG PETANI-BALING - 90KM/J
JALAN KELANG LAMA-SUNGAI ULAR- 50KM/J
KG PERMATANG TENGAH KOTA KUALA MUDA - 60KM/J
JALAN KG AYER PUTEH - KG AYER MERAH - 70KM/J
KM 9 JALAN BALING -PENGKALAN HULU - 60KM/J
JALANRAYA MERBAU KUDUNG- 80KM/J
JALAN BT 6 GUAR NAPAI - 90KM/J
JALAN SG LALANG-BUKIT SELAMBAU - 70KM/J
KM 70 JALAN ALOR SETAR-BUTTERWORTH - 90KM/J
KM 8 TITI GAJAH L/R/D/AMAN - 90KM/J
JALAN PAYA BESAR-KELADI- 80KM/J
KM 5 JLN T/A/RAHMAN PUTRA(DPN TMN ZAPIN) - 90KM/J
JLN SG PUNTI SERDANG - 90KM/J
JLN KAMPUNG KUALA DINGIN SELAMA KDH- 50KM/J
JLN KOTA SARANG SEMUT PENDANG TITI HJ IDRIS - 70KM/J
JALAN TELOK BAGAN-BATAS PAIP - 70KM/J
JALAN KODIANG-CHANGLUN
JALANRAYA BENDANG MANSIK- 80KM/J
JALANRAYA HADAPAN PONDOK BT 5 - 60KM/J
DEPAN PEJ. PERTANIAN DAERAH GAJAH MATI - 90KM/J
JLN PONDOK LABU KELADI-SG LEMBU - 60KM/J
KG BUKIT BERANGAN JLN KOTA KUALA MUDA - 60KM/J
JLN GUAR LOBAK-PDG SERAI - 60KM/J
JALAN ALOR JAWI KOTA KUALA MUDA- 80KM/J
JALAN PINANG TUNGGAL SG.PETANI - 60KM/J
JALAN SG.TENGAS - SG.BATU - 60KM/J
JALANRAYA KG CHEPIR - 60KM/J
JALAN TOK ****** ALOR MENGKUDU - 70KM/J
KUALA SUNGAI - 70KM/J
DEPAN KEM HOBAT GURUN - 90KM/J
JALANRAYA KG.BANGGOL KIATSIK - 60KM/J
JALANRAYA KG. BELANTEK SIK - 30KM/J
KM26 JLN KUALA NERANG-UUM SINTOK- 80KM/J
JALAN KUALA MELAKA - 60KM/J
JALAN MERBOK-JALAN BUJANG (DEKAT MRSM) - 90KM/J
JALAN KG SADEK KUPANG - 60KM/J
KAMPUNG ALOR BINJAI (JLN DATUK KUMBAR) - 60KM/J
KM 79.9 LEBUHRAYA UTARA-SELATAN - 110KM/J
KM 51.8 ARAH SELATAN - 110KM/J
KM 25.3 LEBUHRAYA UTARA - SELATAN - 90KM/J
KM 21.1 LEBUHRAYA BUTTERWORTH-KULIM- 80KM/J
KM 101.2 LEBUHRAYA UTARA-SELATAN
JALAN TUN SARDON - 60KM/J
LEBUHRAYA BAYAN LEPAS - 70KM/J
JALAN SULTAN AZLAN SHAH (BARAT DAYA) - 70KM/J
JALAN BARU PRAI - 60KM/J
JALAN KEDAH - 60KM/J
JLN DATO ISMAIL HASHIM - 70KM/J
KM10 (BORR) ARAH KE BWORTH- 80KM/J
JALAN BUKIT TENGAH (DEPAN KILANG DELL) - 90KM/J
JALAN BALIK PULAU - GENTING - 60KM/J
JALAN PAYA KELADI - 90KM/J
JALAN BARU BATU MAUNG - 70KM/J
JALAN PABOI BKT TAMBUN - 70KM/J
KM 2.7 JAMBATAN PULAU PINANG- 80KM/J
JALAN BATU FERINGGI-JALAN TELOK BAHANG - 70KM/J
JALAN TG. BUNGA - 70KM/J
JALAN PER DAMAR LAUT - 60KM/J
JALAN GERTAK SANGGOL- 50KM/J
JALAN PMTG PAUH PENAGA - 60KM/J
JALAN PERMATANG MANGGIS - 60KM/J
JALAN TUN DR AWANG - 70KM/J
KM 14.3 ARAH BAGAN AJAM (BORR)- 80KM/J
JALAN BUKIT TEH - 60KM/J
JALAN TELUK AIR TAWAR - 90KM/J
JALAN PERMATANG TINGGI - 60KM/J
JALAN RAJA UDA- 80KM/J
JALAN ROZHAN - 60KM/J
JALAN CHAIN FERRY - 90KM/J
LEBUHRAYA SG NIBONG - 70KM/J
JALAN MAHSURI - 70KM/J
JALAN LAHAR KEPAR - 60KM/J
JALAN SULTAN AZLAN SHAH (TIMUR LAUT) - 70KM/J
JALAN PERMATANG HAJI HASSAN - 60KM/J
JALAN KUBANG MENERONG - 60KM/J
JALAN KUBANG SEMANG - 60KM/J
JALAN PINANG TUNGGAL - 90KM/J
JALAN BARU BALIK PULAU - 60KM/J
KM 122 ARAH SELATAN - 110KM/J
KM 17.8 LEBUHRAYA BKE- 80KM/J
KM 164.9 LEBUH RAYA UTARA SELATAN - 110KM/J
KM 73.1 JALAN IPOH KUALA LUMPUR - 90KM/J
KM 7 JALAN MAHARAJA LELA - 60KM/J
KM 85.5 JALAN IPOH KUALA LUMPUR - 60KM/J
KM 31.5 JALAN IPOH-KUALA LUMPUR - 60KM/J
KM 18 JALAN IPOH-KUALA LUMPUR - 60KM/J
KM 124 JALAN IPOH KUALA LUMPUR - 90KM/J
KM 112 JALAN IPOH KUALA LUMPUR - 60KM/J
KM 8 JLN SITIAWAN IPOH - 90KM/J
KM 8 JALAN TANJUNG TUALANG-MALIM NAWAR - 60KM/J
JALAN BEHRANG ULU-BEHRANG STATION - 60KM/J
KM 18.5 JALAN TELUK INTAN - BIDOR - 90KM/J
KM 39 JALAN IPOH-TELUK INTAN - 60KM/J
KM 2 JALAN LUMUT - SITIAWAN - 90KM/J
KM 49.2 JALAN KUALA KANGSAR-GERIK
KM 12.7 JRTB FASA II GERIK - KUPANG - 60KM/J
KM 260 LEBUH RAYA UTARA - SELATAN - 110KM/J
KM 309 LEBUH RAYA UTARA - SELATAN - 110KM/J
KM 373.2 LEBUH RAYA UTARA SELATAN - 110KM/J
KM 12 JLN GUA MUSANG - KUALA LIPIS - 90KM/J
KM 30 JALAN GUA MUSANG-KUALA KRAI - 90KM/J
KM 90 JALAN KOTA BHARU-GUA MUSANG- 80KM/J
KAMPUNG PADANG KALA PERINGAT - 60KM/J
KM 102 JALAN KOTA BHARU-GUA MUSANG- 80KM/J
KM50 JALAN KOTA BHARU KE KUALA TERENGGANU - 90KM/J
KM 117.1 JALAN KOTA BHARU-MCHG-GRIK- 50KM/J
KM 29.7 JALAN KOTA BHARU - KUALA KRAI - 90KM/J
JALAN PASIR MAS - RANTAU PANJANG - 90KM/J
KM 61 JLN GUA MUSANG - KUALA KRAI - 90KM/J
KAMPUNG PADANG BONGGOR - 90KM/J
LUBOK JONG - 90KM/J
JALAN LONG YUNUS - 90KM/J
JALAN KEMUNING -BUKIT BAKAR (KG PDG MALA ) - 60KM/J
JALAN TNB HIDRO TERANG - 60KM/J
KM 84.5 JALAN KOTA BHARU-MAC-JELI - 90KM/J
KM 2 JALAN GUA MUSANG - KUALA KRAI - 60KM/J
KM 64.5 JALAN KOTA BHARU-MAC-JELI - 90KM/J
JALAN LUTONG-PUJUT-MIRI - 90KM/J
BATU 9 JALAN KUCHING - SERIAN - 90KM/J
JALAN BATU KAWA KUCHING SARAWAK - 90KM/J
KM 422 BETONG - SARIKEI - MERADONG - 90KM/J
KM 20 JLN SRI AMAN-SARIKEI - 60KM/J
JALAN BAU - LUNDU - 90KM/J
JALAN MIRI-PUJUT-LUTONG - 90KM/J
JALAN SALIM-STABAU - 90KM/J
JALAN SIBU-BINTULU (RUMAH AMBANG) - 90KM/J
KM 421 BETONG - SARIKEI - MERADONG - 90KM/J
JALAN DATUK TAWI SLI KUCHING SARAWAK - 90KM/J
BATU 8 JALAN KUCHING-SERIAN- 80KM/J
KM 63 JLN SRI AMAN-SARIKEI - 90KM/J
JALAN PEDADA - 60KM/J
JALAN KUALA BARAM-LUTONG - 90KM/J
BATU 16 JALAN KUCHING-SERIAN - 90KM/J
JALAN PARADOMSIBU- 50KM/J
JALAN SIBU-BINTULU (RUMAH ALONG) - 90KM/J
KAMPUNG BUKIT KALAM - 70KM/J
KM7.8 PERSIARAN RAJA MUDA MUSA PELABUHAN KLANG
JLN SG TUA - ULU YAM - 60KM/J
KM15.2 LEBUH RAYA PERSEKUTUAN- 80KM/J
KM10. 8 LEBUH RAYA PERSEKUTUAN (KL-KLANG)- 80KM/J
KM 15 JLN KL - IPOH- 80KM/J
KM17.2 JALAN KLANG- BANTING- PORT DICKSON- 80KM/J
JALAN PELABUHAN UTARA
JALAN LAPANGAN TERBANG SUBANG
JALAN PELABUHAN BARAT
PERSIARAN SULTAN IBRAHIM
JALAN BATU CAVES BY PASS - 90KM/J
KM65 JLN KLANG - TELUK INTAN - 90KM/J
BATU 6 1/2 JLN GOMBAK LAMA - SETAPAK - 60KM/J
JALAN PUNCAK ALAM -SHAH ALAM - 60KM/J
LINGKARAN TENGAH KG PANDAN
KM20 JLN KUALA SELANGOR - KUALA LUMPUR (IJOK) - 60KM/J
KM35 JLN KUALA SELANGOR - KUALA LUMPUR (SAUJANA) - 60KM/J
JLN BATANG KALI-GENTING HIGHLAND - 70KM/J
JLN SELAYANG - KEPONG BY PASS - 90KM/J
KM 25 JLN KL - IPOH - 90KM/J
KM 15 JLN LINGKARAN TENGAH 2 - 90KM/J
KM 35 JLN KUALA LUMPUR-IPOH SERENDAH - 90KM/J
KM 9 JALAN PERKELILING KLIA KLIA - 90KM/J
KM 73 JLN KUALA LUMPUR-IPOH - 60KM/J
BATU 6 1/2 PERSIARAN HAMZAH ALANG MERU - 70KM/J
KM55 JLN KLANG - TELUK INTAN - 90KM/J
KM11 JALAN KLANG-BANTING-PORT DICKSON - 90KM/J
KM30 JLN KLANG - TELUK INTAN (JERAM) - 90KM/J
KM 7 JLN RAWANG - BATANG BERJUNTAI - 60KM/J
JLN SETIA ALAM - 70KM/J
JALAN KAJANG PUCHONG (BERHAMPIRAN IOI)- 80KM/J
JLN PERSIARAN APEC (CYBERJAYA) ARAH UTARA- 50KM/J
KM40 JALAN KLANG-BANTING-PORT DICKSON - 60KM/J
KM 4.6 JALAN KAJANG-PUCHONG (SKVE) - 90KM/J
PERSIARAN JUBLI PERAK SEK 19 - 70KM/J
KM 46 JLN KUALA LUMPUR-IPOH ULU YAM LAMA- 80KM/J
JLN BARU DENGKIL-CYBERJAYA- 80KM/J
JALAN DENGKIL-BANGI - 60KM/J
JLN NILAI-SALAK TINGGI-BUKIT CHANGGANG - 90KM/J
JLN SEPANG-SALAK (TAMAN DESA INDAH) - 60KM/J
KM24.5 JLN KLANG - TELUK INTAN - 90KM/J
KM 6.6 JALAN KAJANG-PUCHONG (SKVE) - 90KM/J
KM 301.9 KAJANG - 90KM/J
KM 420 LEBUH RAYA UTARA SELATAN - 110KM/J
KM 434.3 LEBUH RAYA UTARA SELATAN - 110KM/J
KM13.1 LEBUH RAYA NKVE SUBANG - SHAH ALAM - 110KM/J
KM9.9 LEBUH RAYA NKVE SHAH ALAM-SUBANG - 110KM/J
KM 30.8 LEBUH RAYA KESAS KL-KLG - 90KM/J
KM 45.4 LEBUH RAYA KESAS- 80KM/J
KM 16.6 LEBUHRAYA ELITE - 110KM/J
KM 22.8 LEBUHRAYA KL - PUTRAJAYA - 90KM/J
KM 32 LEBUHRAYA KARAK - 90KM/J
LEBUH RAYA BESRAYA KM 2.5 - 60KM/J
KM 24.4 LEBUH RAYA LDP- 80KM/J
LEBUH RAYA DAMANSARA PUCHONG-JALAN MOTOROLA - 60KM/J
KM 2.5 LEBUH RAYA LKSA- 80KM/J
KM 10 LEBUH RAYA SILK - 110KM/J
LEBUH RAYA SPRINT - 60KM/J
KM 6.5 LEBUH RAYA SELAT KLANG UTARA- 50KM/J
KM 19.4 LEBUH RAYA GUTHRIE CORRIDOOR - 110KM/J
KM 2.8 LEBUH RAYA GUTHRIE CORRIDOR- 80KM/J
KM 17.7 LEBUH RAYA KUALA LUMPUR-PUTRAJAYA - 90KM/J
KM 16 LEBUH RAYA CHERAS-KAJANG- 80KM/J
LEBUH RAYA SPRINT
KM D7.7 SUNGAI BESI- 80KM/J
PERSIARAN BARAT SUSUR KE LEBUH SENTOSA- 50KM/J
JALAN PERSIARAN TIMUR- 80KM/J
PERSIARAN UTARA- 80KM/J
JLN TEPI TASEK SEBELAH JAM GEMILANG- 80KM/J
LEBUH SENTOSA SUSUR KE PERSIARAN UTARA- 80KM/J
PERSIARAN SELATAN - 70KM/J
JALAN LEBUH SENTOSA - 70KM/J
KM 15 JALAN PANTAI PORT DICKSON - 90KM/J
KM 20 JALAN PANTAI PORT DICKSON - 90KM/J
KM 1.2 JALAN PD KE SEREMBAN - 90KM/J
KM 9 JALAN KUALA PILAH - BATU KIKIR - 70KM/J
KM55 JLN SEREMBAN - SIMPANG PERTANG - 60KM/J
KM39 JALAN BAHAU - KERATONG - 90KM/J
KM44 JALAN SEREMBAN-TAMPIN - 90KM/J
KM15 JALAN SEREMBAN PORT DICKSON - 90KM/J
KM43 JLN PASIR PANJANG LINGGI - 90KM/J
JALAN PERSIARAN NEGERI - 90KM/J
JLN TEMPLER DKT HOSPITAL CHINESE METERNITY - 60KM/J
JALAN KG PANCHANG 1 KOTA - 60KM/J
JALAN BATANG BENAR-NILAI - 90KM/J
KM 17 JLN CHUAH BKT PELANDOK PORT DICKSON - 90KM/J
KM 6 JALAN BAHAU - BATU KIKIR - 70KM/J
KM 11 DANGI - BAHAU (JLN TPN - BAHAU)
KM 269 (U) LEBUH RAYA UTARA SELATAN - 110KM/J
KM 274 (S) LEBUH RAYA UTARA SELATAN - 110KM/J
KM 16.1 LEBUH RAYA SPDH PORT DICKSON - 110KM/J
KM 27 LEBUH RAYA SPDH - 110KM/J
TOL LEKAS MANTIN - 110KM/J
JALAN BACHANG-BATU BERENDAM - 60KM/J
JALAN SOLK DUKU MASJID TANAH - 60KM/J
JALAN GAPAM - 90KM/J
JALAN TANGGA BATU-TANJUNG ****** - 60KM/J
JALAN DURIAN DAUNMASJID TANAH - 60KM/J
JALAN REMBIAALOR GAJAH (LEBUH AMJ) - 90KM/J
KM 18 JALAN GAPAM BEMBAN - 60KM/J
JALAN BEMBAN - JASIN - 60KM/J
KM 27.5 JALAN MELAKA -MUAR - 60KM/J
KM 39 JALAN CHIN-CHIN - JASIN - 60KM/J
JALAN BUKIT PUTUS TEBONG - 60KM/J
JALAN BERISU - 60KM/J
JALAN PANTAI PUTERI - 60KM/J
JALAN KG TANAH MERAH KERUBONG - 80/90KM/J
LEBUH AMJ CHENG - 90KM/J
LEBUH AMJ-RMH AWAM PAYA RUMPUT - 80/90KM/J
KM 28 LEBUH AMJ MERLIMAU - 90KM/J
KM 36 JALAN BEMBAN - KESANG TUA - 60KM/J
JALAN MELAKA-JASIN - 60KM/J
JALAN PAYA LEBAR LUBOK CHINA - 60KM/J
KM 30 MASJID KESANG TUA - 60KM/J
JALAN GARING DURIAN TUNGGAL - 60KM/J
JALAN AMJ PAYA DATOKALOR GAJAH - 90KM/J
JALAN SOLOK AIR PANAS MASJID TANAH - 60KM/J
LEBUH AMJ (ALOR GAJAH-MELAKA-JASIN) - 70KM/J
JALAN PAYA RUMPUT - 90KM/J
JLN KAMPUNG PINANG 2 KG GANUN - 60KM/J
KM 215 LEBUH RAYA ARAH SELATAN - 90KM/J
KM 199 ARAH UTARA - 90KM/J
KM 185.7 ARAH SELATAN - 110KM/J
KM 11.9 JALAN JOHOR BAHARU-AIR HITAM - 90KM/J
KM 3 JALAN MERSING-ENDAU
KM 48.5 JLN BATU PAHAT-MERSING - 90KM/J
KM 61 JALAN SUNGAI RENGIT - KOTA TINGGI - 90KM/J
KM 15 JLN SPG LIMA-PARIT SULONG - 60KM/J
KM 79 JLN JOHOR BAHARU-AYER HITAM - 90KM/J
KM 18 ENDAU - MERSING - 90KM/J
KM 14 JALAN GUNUNG PULAI - 90KM/J
KM 49 JALAN JOHOR BAHARU-AIR HITAM - 90KM/J
KM 71 JALAN JOHOR BAHARU - MERSING - 90KM/J
KM 15 JALAN SEGAMAT-KUANTAN - 90KM/J
KM 140 JALAN JOHOR BAHARU - SEREMBAN - 90KM/J
KM 2 JALAN JOHOR BAHARU KOTA TINGGI - 90KM/J
JALAN SARANG BUAYA - 60KM/J
KM 1 JALAN LAPANGAN TERBANG-SENAI - 90KM/J
KM 151 JALAN JOHOR BAHARU - SEREMBAN - LABIS - 90KM/J
KM 20 SEGAMAT - KUANTAN - 90KM/J
KM 6 JLN JOHOR BAHARU-SEREMBAN AYER HITAM-YONG PENG-LABIS-YONG PENG - 60KM/J
KM 3 JALAN PERMAS - KUKUP
KM 47.5 MUAR - SEGAMAT - 90KM/J
KM 15.5 JALAN JOHOR BAHARU KOTA TINGGI - 90KM/J
KM 190 JLN JOHOR BAHARU SEREMBAN - 60KM/J
KM 10 JALAN KESANG - 90KM/J
KM 40.5 JALAN MUAR GERISEK KUNDANG ULU - 90KM/J
KM 149.7 LEBUH RAYA UTARA SELATAN - 110KM/J
KM 39.2 LEBUH RAYA UTARA SELATAN
KM 16.9 LEBUH RAYA UTARA SELATAN - 110KM/J
KM 70 LEBUH RAYA UTARA-SELATAN - 110KM/J
KM 84 LEBUH RAYA YONG PENG-AYER HITAM (S) - 110KM/J
KM.30 LEBUHRAYA LINKEDUA - 110KM/J
KM 10 LEBUH RAYA SENAI DESARU
KM 195 LEBUH RAYA PANTAI TIMUR - 110KM/J
KM 239 LEBUH RAYA PANTAI TIMUR - 110KM/J
KM 345 JALAN RAUB-KUALA LIPIS - 90KM/J
KM 126 JALAN KUALA LUMPUR - KUANTAN - TEMERLOH - 60KM/J
KM 35 JALAN LIPIS-MERAPOH - 90KM/J
KM 15 JALAN BARU BENTONG KE RAUB
KM 99 JALAN KUANTAN-SEGAMAT - 30KM/J
KM 51 JALAN SPG PULAI-KG RAJA-GUA MUSANG - 60KM/J
KM 35 JALAN KUANTAN-SEGAMAT - 90KM/J
KM 113 JALAN KUANTAN-KUALA LUMPUR - 60KM/J
JALAN KAMPONG LEBU KE FELDA MEMPAGA - 90KM/J
KM 73.5 JALAN KUANTAN-KUALA LUMPUR - 60KM/J
KM 144 JLN KUANTAN-SEGAMAT - 90KM/J
KM 328 JLN RAUB-KUALA LIPIS - 90KM/J
KM 17 JALAN LIPIS-BENTA-RAUB - 90KM/J
KM 6 JALAN PEKAN - KUANTAN - 60KM/J
KM 162 JALAN KUALA LUMPUR - KUANTAN - LANCHANG - 60KM/J
KM 199.8 KUANTAN-KUALA LUMPUR LPT - 110KM/J
JALAN PERKAMPUNGAN FELDA TRIANG 1 - 60KM/J
KM 69 JALAN CHINI - KUANTAN - 70KM/J
KM 3 JALAN KUANTAN-MARAN (HADAPAN SHELL) - 80KM/J
KM 20 JALAN KARAK KE KUALA PILAH - 90KM/J
KM 62.1 JALAN IBAM-ROMPIN - 90KM/J
KM 180 LEBUH RAYA PANTAI TIMUR - 110KM/J
KM 75 LEBUH RAYA PANTAI TIMUR - 90KM/J
KM 43 LEBUH RAYA PANTAI TIMUR - 90KM/J
KM 188.4 JALAN LEBUH RAYA PANTAI TIMUR - 110KM/J
KM 147 LEBUH RAYA PANTAI TIMUR - 110KM/J
KM 129 LEBUH RAYA PANTAI TIMUR - 110KM/J
KM 87 LEBUH RAYA PANTAI TIMUR - 110KM/J
KM 126 JALAN KUALA TERENGGANU-KUANTAN - 60KM/J
KM 75.5 JLN JERANGAU - JABOR - 60KM/J
KM 158 JALAN KUALA TERENGGANU-KUANTAN - 60KM/J
KM 155 JALAN KUALATERENGGANU-KUANTAN - 60KM/J
KM 68.9 JLN KUALA TERENGGANU - KUANTAN - 90KM/J
KM 95 JLN KUALA TERENGGANU - KUANTAN - 90KM/J
KM 46 JALAN KUALA TERENGGANU - BUKIT BESI (TOK DOR) - 90KM/J
KM 101.9 JLN KUALA TERENGGANU - KUANTAN - 90KM/J
KM 45 JLN KUALA TERENGGANU -BKT BESI(KG TOK DOR) - 90KM/J
KM 15 JLN KUALA BERANG-SG TONG (KLINIK) - 90KM/J
KM 42.5 JALAN KUALA TERENGGANU-KUANTAN - 90KM/J
KM 19.5 JALAN KUALA TERENGGANU-KUANTAN - 90KM/J
KM 124 JALAN JERANGAU-JABOR - 90KM/J
KM 179 JALAN JERANGAU-JABOR - 90KM/J
KM 3 JLN KUALA BERANG-TANGGOL (KG LANGGAR) - 70KM/J
KM 6JLN K/JENERIS-SG.GAWI (BUKIT SIPUL) - 70KM/J
KG. WAKAF NYIOR KEMBAR PAYONG-CHENDERING - 70KM/J
KM 3 JALAN BUKIT PERAH - BUKIT APIT AJIL - 70KM/J
JALAN KUBANG JELA MANIR - 90KM/J
KM 1 JLN KUALA TERENGGANU-KUALA BERANG (PEJ.DAERAH-R/MURAH) - 90KM/J
KM 33 JLN KUALA TERENGGANU -KUALA BERANG (KAW.LATITUD TREE) - 70KM/J
KG GONG BATU - 70KM/J
JALAN KUALA IBAI - 90KM/J
KM 26.5 KG WAKAF TAPAI JALAN KUALA TERENGGANU - KUALA BERANG - 90KM/J
KM 115 JALAN KUALA TERENGGANU-KUANTAN - 90KM/J
JALAN KEMASEK-AIR JERNIH-IBOK-PAMAN

Comments

Popular posts from this blog