Rezeki halal ada di mana-mana 

 

KEGAWATAN ekonomi sekarang menyaksikan ramai yang dibuang kerja. Sehingga 29 Januari lalu, seramai 10,000 orang telah diberhentikan. Jumlah itu jauh lebih tinggi daripada jangkaan awal iaitu sekitar 4,000 orang yang akan dibuang kerja dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Walaupun ada usaha di pihak kerajaan untuk mendapatkan semula pekerjaan bagi mereka yang kehilangan mata pencarian ini, namun pastinya tidak semua daripada mereka akan mendapat kerja baru. 

Justeru, sebagai warga negara yang memahami kesukaran yang dihadapi oleh kerajaan, kita tidak sepatutnya mengharapkan kerajaan semata-mata untuk menyelesaikan masalah ini. Kita juga boleh berusaha sendiri demi mencari rezeki yang halal untuk menanggung diri dan keluarga.

Islam menuntut umatnya supaya bekerja mencari rezeki. Sekiranya seseorang itu gagal mendapat kerja "makan gaji", dia perlulah berusaha sendiri. Perkara ini disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang bermaksud: "Jika kamu keluar (bekerja) pada waktu pagi dengan membawa kayu api untuk dijual (bagi mendapatkan rezeki) di pasar adalah lebih baik daripada meminta-minta kepada seseorang, sama ada orang itu memberi atau tidak, tidak akan memberi berkat kepada kamu. Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah." (Riwayat Muslim).

Bila memperkatakan mengenai berusaha sendiri, ramai yang melihat perniagaan sebagai satu sumber pendapatan. Benar, ramai yang berniaga untuk mencari rezeki. Walaupun ramai yang mengimpikan untuk memiliki perniagaan bernilai jutaan ringgit, namun perniagaan secara kecil-kecilan juga mampu memberi rezeki kepada kita. 

Seorang anak muda yang memiliki gerai burger pernah memberitahu penulis bahawa secara purata, dia berjaya menjual 100 bungkus burger dari 7 petang hingga 12 tengah malam. Penulis pun mencongak sendiri. Jika sebungkus burger memberinya keuntungan sebanyak 50 sen, dia akan mendapat RM50 sehari atau RM1,500 sebulan.

Itu belum dikira apa yang boleh dibuat oleh anak muda tersebut untuk menjana pendapatan di siang hari ketika gerai burgernya itu masih belum dibuka.

Penjual sate keropok lekor di luar kawasan sekolah anak penulis pula memaklumkan, dia boleh mendapat RM100 sehari dengan menjual sate dari sebuah sekolah ke sebuah sekolah lain. 

Benarlah bahawa berniaga kecil-kecilan itu mampu menampung hidup mereka yang menceburinya. Berniaga untuk menjadi kaya-raya pula, adalah perkara yang berbeza.

Bagaimanapun, berusaha sendiri tidak terhad kepada berniaga makanan atau barangan semata-mata. Kita juga boleh menjual khidmat tenaga dan kepakaran kepada pelanggan. Malah, ia merupakan satu bentuk perniagaan yang lebih baik kerana ia tidak memerlukan modal tinggi dan tiada risiko kerosakan pada barangan yang hendak dijual. Kemahiran, kepakaran dan tenaga empat kerat adalah modalnya.

Kebanyakan suami isteri yang bekerja dan tidak mempunyai pembantu rumah, mengupah pencuci pejabat - yang terdiri daripada warga asing - untuk membersihkan rumah pada hujung minggu.

Biasanya, untuk sebuah rumah upahnya ialah RM50. Dalam sebulan ada lapan hari Sabtu dan Ahad. Ini bermaksud, seorang pencuci pejabat yang rajin boleh mendapat tambahan pendapatan sebanyak RM400 sebulan. 

Seorang bekas pekerja kilang yang baru diberhentikan mungkin tidak teruja dengan jumlah gaji sebanyak ini. Namun, pendapatan sebanyak RM400 dengan bekerja hanya lapan hari sebulan adalah sesuatu yang lumayan. Banyak lagi yang boleh diusahakan pada baki 20 hari dalam masa sebulan itu.

Begitu juga, mereka yang ada rumput di halaman rumah tentu tahu betapa mahalnya upah untuk memotong rumput. Ini bermakna bidang itu juga ada potensi untuk diceburi. Tambahan pula ,rumput tidak pernah berhenti tumbuh sama ada suasana ekonomi gawat ataupun tidak.

Betul, ia memerlukan sedikit modal asas untuk membeli mesin pemotong rumput. Namun jika rajin, ia boleh menjadi sumber rezeki yang memuaskan.

Bahan buangan juga boleh memberi rezeki kepada kita. Seorang kenalan penulis mencari pendapatan tambahan dengan mengitar semula botol-botol plastik. Hasil jualannya itu kadangkala mencecah RM200 sebulan. Walaupun gajinya mencukupi untuk menanggung keluarganya, namun secara peribadi, beliau merasakan tiada salahnya untuk menambah pendapatan dengan cara sedemikian. 

Jelas bahawa rezeki halal ada di mana-mana dan bukannya di dalam pejabat yang berhawa dingin semata-mata. Soalnya, apakah kita mahu mencarinya dengan apa cara sekalipun atau mahu menunggu rezeki itu datang bergolek? 

Ia juga banyak bergantung kepada cara kita melihat peluang-peluang yang terbuka luas itu. Sekiranya kita melihatnya sebagai satu cara mencari rezeki halal yang dituntut agama, kita akan melihatnya sebagai satu peluang.

Sebaliknya, jika kita melihat usaha-usaha tadi sebagai pekerjaan yang memenatkan, tidak menjana banyak wang dan menjatuhkan air muka dan maruah, maka ia bukanlah pilihan sesuai untuk kita. Tetapi, tepuk dada, tanya selera.

SITI FATIMAH ABDUL RAHMAN
Felo Kanan IKIM


Doa mohon dicukupkan keperluan

Firman Allah yang bermaksud: Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai arasy yang besar. (at-Taubah: 129)

Keterangan ayat

Menurut Ibn Abi Hatim, perkataan arasy dalam al-Quran merujuk kepada tempat yang tinggi yang dijadikan Allah. (Tafsir Ibn Abi Hatim, tafsir ayat 129 surah at-Taubah)

Dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi SAW sering berdoa menyeru Allah yang memiliki arasy yang hebat ketika menghadapi keadaan kritikal.

Abu Daud dan Ibn al-Sunni meriwayatkan daripada Abu Darda' r.a secara mauquf bahawa Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang membaca ayat ini pada waktu pagi dan petang sebanyak tujuh kali, maka Allah akan mencukupkan semua urusan dunia dan akhiratnya. (al-Durrul Manthur, tafsir ayat 129 surah at-Taubah)

Khasiat dan kaifiat beramal

Amalan membaca ayat ini sudah lama dipraktikkan dalam masyarakat Melayu. Mudah-mudahan kita dapat mengamalkan ayat yang pendek ini untuk mendapat keselamatan daripada Allah SWT.

Solat dhuha untuk jiwa, murah rezeki

 


SEBAGAI umat Islam, kita wajib yakin bahawa segala sesuatu adalah milik mutlak Allah SWT. Seiring hakikat itu dan ketika ekonomi negara yang gawat ini, eloklah untuk kita semua bermuhasabah dan kembali mendekati Allah SWT.

Mengapa tidak segala keluhan seperti bajet lari, hutang bertimbun dan pelbagai kesusahan lain diadukan kepada Allah SWT? Dia bersifat Ar-Razzak iaitu Yang Maha Memberi Rezeki. 

Satu kaedah mudah untuk mendekati Allah SWT ialah dengan mengerjakan solat sunat dhuha. Hanya dengan dua rakaat setelah matahari naik kadar tinggi "segalah" - kira-kira 30 minit setelah terbit matahari - kita boleh mengadu untung nasib kepada-Nya. 

Bermula dengan niat solat sunat itu, iringi bacaan al-Fatihah dengan surah al-Kafirun, al-Ikhlas atau al-Syams pada rakaat pertama serta Surah al-Dhuha pada rakaat kedua. Lakukan solat ini dengan keyakinan ia mampu memberi ketenangan dan kemurahan rezeki.

Setelah selesai solat disunatkan pula berdoa dengan doa memohon kurniaan rezeki: "Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha ini adalah waktu dhuha-Mu, keindahan dan kecantikan ini adalah keindahan dan kecantikan-Mu, kekuatan dan kekuasaan ini adalah kekuatan dan kekuasaan-Mu, pemeliharaan ini adalah pemeliharaan-Mu.

"Ya Allah, jika rezekiku di langit turunkanlah ia, jika rezekiku di bumi keluarkan ia, jika di laut maka timbulkan ia, jika sukar maka permudahkanlah, jika sedikit perbanyakkanlah, jika banyak maka berkatilah, jika haram maka sucikanlah, dengan berkat waktu dhuha-Mu, keindahan, kecantikan, kekuatan, kekuasaan dan pemeliharaan-Mu. Kurniakanlah daku apa yang Engkau anugerahkan kepada hamba-Mu yang salih dan beriman." 

Ingatlah bagaimana kuatpun seseorang bekerja mencari wang, rezeki tetap di tangan-Nya. Justeru umat Islam disaran berjinak-jinak dengan amalan mudah ini kerana selain rezeki bertambah, banyak kelebihan disediakan oleh Allah SWT.

Antaranya keampunan dosa seperti sabda Nabi Muhammad SAW: "Barang siapa yang sentiasa melaksanakan dua rakaat dhuha, diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan".
Dalam hadis lain, Baginda bersabda: "Atas tiap segala sendi daripada seseorang kamu berkehendak sedekah. Maka tiap-tiap tasbih adalah sedekah. Setiap tahmid adalah sedekah. Setiap takbir adalah sedekah. Begitu juga menyeru kepada yang makruf adalah sedekah. Mencegah mungkar adalah sedekah. Dan memadai daripada yang demikian itu dua rakaat solat sunat dhuha".
 
Begitulah hebatnya solat ini. Bagaimanapun bukan semua orang mahu berkorban masa untuk melaksanakannya. Ramai yang rela memperuntukkan waktu bersembang sambil menghirup kopi di warung daripada mengerjakan solat sunat yang tidak lebih 10 minit ini.

Memang solat sahaja tidak mendatangkan rezeki. Tetapi sekurang-kurangnya dengan usaha dan diiringi doa, kita akan lebih berjaya. Selain itu, amalan yang dilaksanakan menerusi solat merupakan bukti betapa setiap individu Muslim diperintah untuk selalu bersyukur.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras." (Surah Ibrahim Ayat 7) 

PENULIS ialah PensyarahPusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru

Bacalah Surah Ali Imran Ayat 37

Ni ader satu cerita ... Ade seorang ustaz pada suatu hari pergi ke suatu kampung di hulu bandar untuk membuat lawatan atau ziarah tiba2 didatanginyer seorang petani petani dan bertanyakan masaalh perniagaanya yang masih tidak menjadi sehinggakan pinjaman terpaksa dibuat sehingga beratus ratus ribu /. Dan seorang ustaz nih pun beritahu amalkanlah membaca ayat Surah Ali Imran Ayat 37 dan diamalkan ketika mengusahakan sesuatu dan dibacalah juga setelah solat fardhu. Dipendekkan cerita pada masa lainnye ustaz ini kembali semula ke kampung tersebut dan petani ini kelihatan gembira dan berterima kasih kepada ustaz ini keran apa yang di usahakan menjadi. Ustaz hanya mengatakan " APA YANG BERLAKU HANYA DATANGNYA DARI ALLAH DAN BERSYUKURLAH JAUHKAN DARI PERKARA YANG ALLAH MURKAI".
SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.


Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Mala ikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

 Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Daripada Al-Quran

Artikel ini di kopipaste:-


Mahmud Ibn Labid r.a. pernah berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda, “Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab. [1]

Namun sekiranya anda ingin juga menjadi seorang jutawan, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38, “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”

“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”

Bermaksud, dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.

Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana tips untuk menjadi jutawan banyak terdapat di dalam Al-Quran. Terjemahan Al-Quran bermodalkan RM20 di pasaran. Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi, “Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang meminta kepadaKu” [2]

Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi sekadar ingin hidup sederhana, beribadat kepada Allah. Serta dalam masa yang sama tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”[3]

Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan “fast-cash” untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutlah petua Rasulullah s.a.w. Di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan solat.[4] Solat yang dimaksudkan adalah solat sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”. 

Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.[5]Firman Allah di dalam ayat berkenaan, “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan “low profile”. Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.
Wallahu’alam.
[1] Jami-ul-Saghir (Terjemahan H. Nadjih Ahjad),Imam Suyuthi, PT Bina Ilmu, Jakarta, 2003; Riwayat Ahmad, hadith #166.
[2] Muntakhab Ahadits (terjemahan Muhammad Qasim at Timori), Maulana Muhammad Yussuf Al-Khandalawi, Pustaka Ramadhan, Bandung, Indonesia, 2004; Riwayat Tirmizi, ms327
[3] Jami-ul-Saghir, op. cit.; Riwayat Baihaqi, hadith #8942, menurut Imam Suyuthi berstatus daif.
[4] Muntakhab Ahadits, op. cit.; ms 244
[5] Ibid.
copypaste dari:http://webblog.myjodoh.net/2007/06/20/tip-tip-bagaimana-menjadi-jutawan-daripada-al-quran/


BACALAH YASSIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.


Untuk renungan semua,
Siapakah orang yang sibuk ?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil menguki senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...


Miskin atau kaya ujian Allah



Firman Allah s.w.t.: Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, Maka dia akan berkata: 

“Tuhanku Telah memuliakanku”. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: “Tuhanku menghinakanku”. (Al-Fajr: 15-16).

Meneliti kandungan ayat di atas Allah s.w.t. telah memandu kita dalam memahami situasi kehidupan manusia dengan lebih tepat dan betul. Ini kerana sememangnya manusia sering menyalah tafsir apa yang terjadi di sekelilingnya. Antara perkara yang disalah tafsirkan ialah soal kaya dan miskin, senang dan susah. 

Dua ayat dari surah Al-Fajr di atas secara jelas telah mendedahkan tentang dua kumpulan manusia yang selalunya wujud dalam masyarakat. Golongan itu ialah:

Pertama: Golongan yang dikurniakan kekayaan. Golongan ini adalah lapisan masyarakat yang hidup dalam keadaan serba mewah dan memiliki wang yang serba cukup untuk membeli apa sahaja yang terlintas di fikiran mereka. Mereka mendakwa bahawa nikmat kekayaan yang dimiliki adalah merupakan tanda kemuliaan dan rahmat Tuhan kepada mereka.

Oleh itu biasanya golongan ini sentiasa mempamerkan kelebihan mereka dari aspek material sama ada kenderaan, pakaian, makanan dan tempat kediaman mereka. Mereka juga hidup di kawasan yang setaraf dengan mereka dan jauh dari golongan miskin. 

Termasuk di dalam golongan ini ialah mereka yang dikurniakan kedudukan dan kemenangan dalam merebut jawatan pemimpin sesebuah organisasi mahupun negara. Mereka mendakwa kedudukan tinggi ini adalah hasil kebenaran yang dibawa. Pihak yang kalah pula didakwa sebagai tanda kesalahan dan tiadanya perkenan dari Tuhan.

Daripada aspek sebuah masyarakat dan negara, kekayaan dan sumber alam yang melimpah ruah juga didakwa sebagai lambang rahmat dan punca kemajuan negara. Justeru para pemimpin seringkali mengaitkan kekayaan tersebut sebagai bukti kebaikan dan kebijaksanaan memerintah negara. 

Namun demikian Allah s.w.t. telah membetulkan persepsi di atas dengan firman-Nya yang bermaksud: Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberikan kesenangan, Maka dia akan berkata: “Tuhanku telah memuliakanku”. (Al-Fajr:15). 

Ayat ini menjelaskan tabiat majoriti manusia yang menilai kekayaan dan kesenangan yang dimiliki sama ada dari aspek material mahupun pangkat. Ia menjadi satu kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka, sedangkan semuanya adalah merupakan satu ujian kepada mereka. 

Apakah kekayaan itu diurus berpandukan syariat Allah atau sebaliknya? Seperti yang dihuraikan oleh Dr Wahbah Az-Zuhaili di dalam tafsirnya Al-Munir. Allah s.w.t. menempelak mereka yang membuat dakwaan seperti di atas. Kerana pada hakikatnya kemuliaan di sisi Allah bukanlah diukur dari sudut kekayaan tetapi diukur menurut ketakwaan dan keimanan seseorang seperti yang dinyatakan oleh Ibnu Katsir r.h di dalam tafsirnya. 

Jika kaya sepatutnya seseorang itu bersyukur dengan menambahkan amal kebajikan dan ibadah seperti yang dinyatakan oleh Ibnu Katsir r.h di dalam tafsirnya. Ini kerana kekayaan dan kesenangan biasanya akan menghanyutkan manusia dan membawa mereka kepada kekufuran.

Aniaya

Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Qarun. Akibat dari kekayaan melimpah ruah yang dikurniakan kepadanya telah menjerumuskannya ke lembah kekufuran kepada Allah. 

Firman Allah s.w.t., Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Nabi Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: “Janganlah kamu terlalu bangga! Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri”. Surah Al-Qasas :76

Juga apa yang berlaku kepada Firaun! Hasil segala kesenangan, kekayaan dan kedudukan yang dimiliki menyebabkan ia kufur kepada Allah. Malah dengan angkuh mengaku diri sebagai Tuhan yang amat berkuasa. 

Sebagai muslim sewajarnya kita menyedari bahawa nikmat kekayaan dan kesenangan adalah ujian yang amat sukar untuk dihadapi oleh manusia. Ini kerana biasanya golongan kayalah yang selalunya hanyut dengan kehidupan dan sanggup melakukan apa sahaja demi menjamin keselamatan harta benda mereka. 

Dalam sejarah kebangkitan Islam kita dapati golongan yang paling kuat menentang dakwah Nabi Muhammad s.a.w adalah datang dari kalangan bangsawan dan mereka yang berkedudukan di dalam masyarakat. Ini kerana kekayaan menyebabkan mereka sombong dan bongkak lantas tidak mahu menerima kebenaran.

Kedua: Golongan kedua pula ialah golongan miskin. Biasanya golongan ini mempunyai tanggapan bahawa kesempitan hidup dan kesusahan yang menimpa mereka adalah merupakan satu bentuk penghinaan yang telah ditakdirkan ke atas mereka. 

Selalunya mereka akan merasa rendah diri, tidak mahu berusaha dan sering meminta-minta. Akibat dari tanggapan sedemikian menyebabkan adanya kalangan golongan miskin yang tidak mahu mengabdikan diri kepada Allah kerana mereka buruk sangka kepada-Nya. 

Justeru Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: Hampir-hampir kemiskinan boleh membawa kepada kekufuran.

Allah telah menyatakan bahawa kemiskinan bukanlah tanda kebencian Tuhan atau penghinaan tetapi ia merupakan satu bentuk ujian kepada manusia. Sama ada ia dapat bersabar atau sebaliknya di dalam berhadapan dengan ujian ini. Firman Allah s.w.t., Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: “Tuhanku menghinakanku”. (Al-Fajr: 16).

Ujian berbentuk kemiskinan juga amat sukar dihadapi oleh manusia kerana dengannya menyebabkan manusia terlalu bergantung kepada manusia yang lain dan hilang pergantungan dengan Yang Maha Pencipta. 

Kemiskinan boleh menyebabkan seseorang itu melakukan apa sahaja demi mendapat sesuap nasi. Meskipun apa yang dilakukan adalah haram. Kemiskinan juga boleh menjadikan seseorang menurut apa sahaja kehendak orang yang berkuasa ke atasnya meskipun jelas ia adalah bertentangan dengan syariat Allah. 

Di dalam sejarah tamadun manusia pemerintah yang kejam dan zalim menjadikan kemiskinan sebagai senjata untuk mengongkong dan memeras ugut rakyat agar terus memberikan sokongan kepadanya.

Kesimpulannya, kekayaan dan kemiskinan kedua-duanya adalah merupakan ujian kepada manusia di dunia ini. Bagi yang kaya, kekayaan boleh menghanyutkan mereka dalam arus kemurkaan Allah. Namun sebaliknya, jika kekayaan digunakan sebaik-baiknya, ia boleh menjadi pendorong kepada ketakwaan kepada Allah s.w.t. 

Sebabnya, dengan kekayaan akan memberikan seseorang ruang seluas-luasnya untuk bersedekah dan mendermakan harta ke jalan meningkatkan syiar Islam. Kemiskinan pula boleh menjadikan seseorang terdorong melanggar larangan Allah semata-mata untuk memperolehi harta kekayaan. 

Namun kemiskinan juga boleh menjadikan seseorang sentiasa insaf, ingat kepada Allah dan bergantung dengan-Nya sepanjang masa. Malah Rasulullah s.a.w amat suka berdampingan dengan golongan miskin kerana ia boleh melembutkan hati dan menyuburkan sifat tawaduk dan rendah diri.

* ZURIDAN MOHD. DAUD ialah Pengarah Pusat Islam & Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Pahang, Kuantan, Pahang.

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA


DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau
sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA
---------------------
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a. w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Wassalam.

"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA, Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dgn keIKHLASAN hati." 
 
 Bismillah 5


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi peyayang.

Dengan nama Allah yang menyembuhkan

Dengan nama Allah yang mencukupi

Dengan nama Allah yang memberi kesejahteraan

Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui. 
 
 

Ayat Bismillah 6

Ayat bismillah enam(6) ini sangat banyak faedahnya, jika diamalkan selalu akan berkhasiat untuk menjadi selusuh kepada perempuan yang akan bersalin, menjadi penawar racun dan bisa-bisa badan, menjadi jampi untuk menghalau jin dan syaitan, terpelihara daripada segala merbahaya, seteru dan musuh, boleh dibaca ketika berperang agar mendapat kemenangan dan mengabulkan segala hajat serta Insya-Allah akan nampak benda-benda yang pelin dan ajaib.Sangat baik sekali sekiranya dapat diamalkan ayat bismillah enam pada tiap-tiap selepas solat fardhu kerana banyak sekali fadilat dan khasiatnya. * Makbul segala hajat dan cita-cita. * Luas rezkinya. * Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita. * Menang dalam peperangan. * Penerang hati. * Diajuhkan dari segala penyakit. * Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya. * Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan. * Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur. * Aman daripada binatang2 buas. * Air laut menjadi tawar. * Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan. * Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung. * Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru. * Terselamat dari karam dilaut. * Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya. * Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar. * Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya. * Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan. * Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya. * Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh. * Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.AMALLAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH. 
 

Bismillah 9


Bacalah ayat bismillah sembilan(9) sebagai doa dan diwiridkan pada tiap-tiap selepas solat fardu kerana fadilatnya sangat besar, mudah-mudahan dengan berkat beramal dengan doa ini, Allah swt akan menyampaikan segala hajatnya, hasil segala cita-cita dan keinginannya.

Jikalau melawan musuh, tidak akan dibinasakan oleh musuh melainkan beroleh kemenangan jua. Insya-Allah

Kalau diamalkan pada pagi dan petang selepas solat fardu dan kalau bertemu dengan musuh dibacakan dihadapannya, Insya-Allah akan menjadi pengadang dan pengerun, pengasih dan keselamatan diri daripada perbuatan musuh yang hendak aniaya. Syaratnya dengan hati yang tulus ikhlas, mudah-mudahan kabul dan banyak lagi khasiatnya sekiranya diamalkan bismillah 9 ini.  

Air Al Fatihah

bnu Abas r.a mennyatakan ,Saidina Hassa bin Ali r.a cucu kepada Rasulallah telah sakit. Rasulallh melihat cucunya sakit, mengambil air dan membacakan fatihah dan membacakan 40 kali dalam saru bekas, kemudain air itu disapukan ke muka, kepala dan dua belah tanngan dan kaki serta perut dan mana-mana angota yang nyata. Dengan berkat fathihah itu sembuh lah penyakitnya.

Demikinalah, sesiapa sehaja yang mengidap sesuatu penyakit bacakanlah Fatihah sebanyak yang tersebut setelah itu bacakan serapah ini:

Ya Allah sembuhkanlah kerana Engkau Maha Penyembuh. Ya Allah lindugkan kerana Engkau Maha Pelindung. Ya Allah pulihkan kerana Engkau Maha Pemulih.

Diberi minum air Fatihah itu kepada orang yang mengidap penyakit dan sapukan ke mukanya serta ke serata tubuh badannya, inysaallah akan afiat.

Selawat Syifa



Terjemahan : Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda. 

Selawat Nariyah



Selawat Nariyah juga dinamakan selawat Kamaliah atau Tafrijiyah. Disamping berkhasiat agar rezeki tidak terputus dan untuk mencapai hajat, selawat tersebut juga berkhasiat agar rezeki seperti hujan turun dari langit dan tumbuh dari bumi.

Demikian menurut keterangan Syeikh Muhammad at-Tanusi yang mengatakan : "Barangsiapa mendawamkan yakni membiasakan membaca selawat nariyah atau kamilah itu setiap hari 11 kali, maka rezekinya seolah-olah turun dari langit dan muncul dari bumi.

Selain itu menurut Imam Ad-Dainuri, bahawa siapa membiasakan membacanya setiap selesai solat subuh setiap hari sebanyak 41 kali, maka yang dicita-citakan berhasil pula termasuk urusan rezeki.

Imam Ad-Dainuri berkata, barangsiapa membaca selawat nariyah atau kamilah setiap selesai dari solat 5 waktu sebanyak 11 kali sebagai wirid rutin, maka rezekinya tidak akan terputus dan mengalir terus, serta memperolehi kedudukan yang tinggi.

Terjemahan : "Ya Allah, semoga Engkau mencurahkan rahmat yang sempurna dan keselamatan yang sempurna atas Nabi Muhammad s.a.w, yang menjadi sebab terlepasnya kerumitan dan hilangnya kesusahan, terpenuhinya segala hajat, dan tercapai segala yang disukai serta husnul-khatimah, dan turunnya hujan dari awan, berkat keagungan dan kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w, dan kepada para keluarga dan para sahabatnya pada setiap mata melirik dan jiwa bernafas sejumlah setiap yang Engkau ketahui."

Jika seseorang mempunyai hajat agar cepat berhasil maka bacalah selawat nariyah sebanyak 4444 kali dalam satu majlis, dibaca sendiri atau beramai-ramai. 

Ayat bismillah enam(6)


Ayat bismillah enam(6) ini sangat banyak faedahnya, jika diamalkan selalu akan berkhasiat untuk menjadi selusuh kepada perempuan yang akan bersalin, menjadi penawar racun dan bisa-bisa badan, menjadi jampi untuk menghalau jin dan syaitan, terpelihara daripada segala merbahaya, seteru dan musuh, boleh dibaca ketika berperang agar mendapat kemenangan dan mengabulkan segala hajat serta Insya-Allah akan nampak benda-benda yang pelin dan ajaib.

Sangat baik sekali sekiranya dapat diamalkan ayat bismillah enam pada tiap-tiap selepas solat fardhu kerana banyak sekali fadilat dan khasiatnya.

* Makbul segala hajat dan cita-cita.
* Luas rezkinya.
* Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
* Menang dalam peperangan.
* Penerang hati.
* Diajuhkan dari segala penyakit.
* Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
* Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
* Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
* Aman daripada binatang2 buas.
* Air laut menjadi tawar.
* Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
* Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
* Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
* Terselamat dari karam dilaut.
* Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
* Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
* Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
* Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
* Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
* Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
* Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.

Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.

AMALLAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.


Islam anjur adil, jujur dalam urusan jual beli berdasar kepentingan pengguna


KETENTUAN dan perundangan Islam menetapkan adanya satu garis panduan mengenai kegiatan urus niaga dan sistem jual beli (muamalat), kerana dalam saat kebangkitan Islam pada zaman Rasulullah SAW kegiatan perdagangan dan perniagaan berkembang dengan pesat sekali.

Agama Islam yang suci menganjurkan supaya segala kegiatan urus niaga serta jual beli hendaklah dilakukan tidak hanya dengan niat semata-mata untuk memburu keuntungan komersial saja, tetapi apa yang ditekankan ialah dunia perniagaan mengambil kira kepentingan pengguna.

Peniaga yang adil, jujur dan ikhlas akan diberi keberkatan serta hikmah. Sabda Nabi Muhammad SAW: "Bahawa sembilan daripada sepuluh punca rezeki itu datangnya dari perniagaan serta jual beli." (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Sabda Baginda lagi: "Adapun sebahagian daripada isi neraka Wail di akhirat kelak adalah terdiri daripada peniaga yang menipu atau mengurangi timbangan." (Hadis riwayat Muslim)

Perniagaan adalah bidang rezeki yang memerlukan kekuatan semangat dan kegigihan di samping menuntut keupayaan dalam bentuk kewangan serta modal. Perniagaan tidak saja berpotensi memberikan keuntungan serta pulangan lumayan, tetapi kerap kali membawa risiko getir dan pahit.

Disebabkan dorongan inginkan faedah atau keuntungan besar, ada peniaga mengambil kesempatan menipu atau menaikkan harga barang serta seribu satu helah yang akhirnya tentu saja akan menyusahkan pengguna.

Sehubungan itu, Islam jelas menuntut supaya peniaga menanamkan semangat kejujuran dan keikhlasan dalam urus niaga serta jual belinya untuk mendapat keberkatan serta ganjaran pahala yang besar oleh Allah.

Peniaga yang bertindak menipu, tidak jujur dan curang atau melakukan penyelewengan tipu daya serta mengurangkan sukatan/timbangan akan dijanjikan balasan dosa serta seksaan neraka yang pedih.

Suatu hari dalam perjalanan melalui sebuah pasar tempat tumpuan orang ramai membeli-belah, Nabi Muhamad SAW tiba-tiba menyentuh sebiji daripada longgokan buah-buahan yang dijual seorang peniaga Quraisy.

Sebaik buah itu disentuh Nabi SAW dengan jari beliau, maka didapati buah itu hampir lembik dan rosak. Nabi Muhammad SAW lalu memanggil tuan gerai itu seraya bertanya: Apakah kamu sudah menjualkan buah-buah yang rosak ini sama harganya dengan buah-buah yang elok?

Peniaga itu cuba menyembunyikan ketakutan kerana sebelum itu dia bertindak mencampuradukkan buah yang baik dengan buah yang rosak lalu dijual dengan harga yang serupa. Lalu Nabi SAW cepat-cepat mengarahkan peniaga itu segera mengasingkan buah baik dan yang rosak supaya buah rosak diturunkan harganya.

Pernah seorang bertanya kepada Nabi SAW: "Saya ke pasar membeli buah, tetapi selepas cukup timbangannya tiba-tiba kelihatan sang peniaga itu dengan sengaja menyisihkan sebiji buah itu daripada bungkusannya, maka benarkah peniaga itu beruntung ya Rasulullah?

Lalu menjawab Nabi Muhammad SAW: "Sesungguhnya peniaga itu tidaklah mendapat apa-apa untung, sebaliknya tukaran daripada sebiji buah disisihkannya itu ialah bahang kepanasan api neraka."

Demikianlah beratnya hukuman ditetapkan perundangan Islam terhadap kesalahan menipu, menyeleweng atau mengurangkan sukatan dan timbangan dalam perniagaan kita sehari-hari. Namun, apakah kalangan peniaga kita hari ini mengambil iktibar daripadanya.

Suatu hal yang kurang dipraktikkan dalam urus niaga kita sekarang ini ialah sikap ambil ringan terhadap akad jual beli. Selesai urusan jual beli dan pertukaran barang antara peniaga serta pembeli, perlu bagi masing-masing mengucapkan 'saya jual' dan 'saya beli'.

Melalui akad itu, bererti kedua-dua pihak iaitu pembeli atau penjual sama-sama berpuas hati dengan segala bersangkutan dengan harga, mutu barangan supaya selepas itu tidak ada sebarang kekecohan berbangkit mengenai pembelian dan penjualan hingga boleh menimbulkan kekecohan antara kedua belah pihak.

Berdasar pandangan Islam, adalah tidak wajar kerana hendak mencari keuntungan besar atau demi memberikan jaminan terhadap mutu barangnya, peniaga bersumpah. Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya bersumpah-sumpah dengan nama Allah akan melakukan (melariskan) barang yang dijual, tetapi ia menghapuskan berkat dan rezeki."

Dalam sebuah hadis lain Nabi Muhammad SAW bersabda: "Pedagang dan peniaga akan dibangkitkan pada hari kiamat kelak dengan menanggung beraneka kesalahan, melainkan peniaga yang bertakwa, jujur serta ikhlas dalam perniagaannya akan dilapangkan jalan ke syurga."

Perbuatan menyorokkan barang atau menyembunyikan barang dengan niat menjual pada kadar harga tinggi adalah kesalahan yang besar dosanya.

Lantaran itu Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa antara peniaga yang menyorokkan barang selama 40 malam, maka hilanglah perhatian serta rahmat Allah terhadap urus niaganya."

Walaupun jelas keuntungan menjadi buruan peniaga dalam urusan jual-belinya, namun peniaga yang rela hati serta reda memberikan 'kelonggaran' atau menerima tawar-menawar dari pembeli serta pengguna akan mendapat kerahmatan Allah.

Usaha dalam perniagaannya akan diberkati, sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: "Nescaya Allah akan menurunkan rahmat pada tiap hambanya yang bertolak ansur ketika menjual, membeli dan ketika menagih hutang."

Di samping kepentingan urus niaga dan jual beli, maka sedekah juga adalah sesuatu yang dituntut Islam di samping kemurahan hati kita memberikan kebenaran seseorang pembeli atau pelanggan kita berhutang.

Sekembalinya dari Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Bahawa aku sudah melihat di pintu syurga pada ketika aku dinaikkan ke langit, bahawa pinjaman dan memberikan hutang pahalanya meningkat hingga lapan belas kali ganda."

Segala urusan jual beli yang kita lakukan dalam kehidupan seharian sentiasa mendapat perhatian dan ganjaran pahala daripada Allah. Jika lakukan dengan jujur, ikhlas serta penuh rasa bakti terhadap sesama insan, kita berupaya membentuk masyarakat peniaga dan pengguna yang sihat dan stabil untuk kemajuan ekonomi negara. 




SINAR CAHAYA AYAT KURSI


SINAR CAHAYA AYAT KURSI
Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami diluar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama
dengan salam itu.


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.


3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.


5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.


6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.


7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,Sampaikanl ah pesanku biarpun satu ayat..."

Wassalam,


DOA NABI YUNUS.



assalamualaikum, khasiat ayat ni kalau diamalkan segala kesulitan dpt diselesaikan dgn mudah sgt..saya mmg rajin membaca ayat ni malah ianya juga menjauhkan kita dari terkena perbuatan sihir. sesapa yg susah hati, tkena buatan atau apa penyakit sekalipun, bgtau ayat ini dan rajin2 ler baca ayat ni setiap masa.. memang miracle...saya dah test..bukan tipu tau..tapi mmg betul.disebabkan saya tak tau byk ayat yg power, saya hanya hafal ayat ini sahaja.alhamdulillah..memang power ayat ni.sgt2 miracle.
.. Doa
Nabi Yunus semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun...
"LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN" (Surah Anbiyak)


Tujuh kalimat


Tujuh kalimat


Sabda Rasulullah S.A.W


" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.


2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.


3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut


4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.


5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.


6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.


7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!

 http://jutawansenyapsenyap.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog