Integriti dan kewibawaan? 

 

Manusia bukan sahaja bodoh lagi jahil, tetapi jahat dan zalim.

Seorang raja Mesir yang berminat dan berkahwin dengan isteri orang dianggap oleh semua manusia masa itu dan kini sebagai jahat sejahat raja.

Raja itu juga dilabelkan sebagai zalim dan maha zalim, kerana berminat dengan isteri orang lain, sedangkan banyak perempuan lain yang harus dijadikan isterinya.

Islam larang pinang tunang orang, apa pula menmgambil isteri orang lain.

Manakala bodoh dan jahil biasa sahaja. Demikian juga gila. Setiap manusia mengidap sakit gila, kecuali Allah sahaja yang tidak gila.

Gila harta, gila pangkat, gila kuasa.gila mengampu sanggup cium tangan pemimpin yang zalim, sedangkan ibu bapa dan ulamak sahaja yang wajar dicium.

Mereka ini yang dianggap bodoh, kerana gila, gila itu akan membuat mereka berlaku zalim.termasuk tergamak membunuh nyawa yang tidak berdosa.

Termasuk zalim pada diri sendiri atau dengan kata lain mereka mencampakkan diri mereka didalam kebinasaan.Ini dilarang oleh Allah.

Orang yang tidak menerima yang mereka sebenarnya bodoh, mereka mempunyai sifat ego, sombong dan tidak jujur. tiada integriti, termasuk tidak jujur apabila menulis, bercakap bohong, berjanji mungkir serta sanggup mengkhianati amanah.

Orang yang tidak ingat mati adalah orang bodoh dan bodoh inilah yang membuat mereka makan rasuah dan makan riba apabila berkuasa.

Bukan sahaja bodoh,malah mereka jahat dan zalim serta rosak akidah sepertimana kata JAKIM, dalam sebuah rencana yang dterbitkan Berita harian tidak lama dahulu bahawa sesiapa yang terbabit dengan rasuah akan rosak akidanya.

Apabila rosak akidah kena taubat dan mengucap syahadat semula. kalau tak taubat mereka kekal sebagai mujrimun sepertimana maksud ayat Allah, petang kafir pagi Islam dan pagi kafir petang Islam.

Saya cuba ingatkan mereka yang lupa, kerana ada firman Allah yang bermaksud: hendaklah kamu ingat mengingati, kerana sesungguhnya peringatan itu sangat memberi manfaat kepada orang orang mukmin. (yang benar benar beriman dan bertakwa)

Entah bagaimana pula bagi yang bukan mukmin?

Bagi saya, saya terima dengan senang hati apabila ada orang mengatakan saya bodoh.Memang kita bodoh dan jahil. Kalau kita tidak bodoh dan jahil mana mungkin ada yang derhaka kepada kedua ibu bapa dan derhaka terhadap Allah.

Mengapa? kerana Allah melabelkan manusia sebagai "bodoh" lagi "jahil".

Allah mencipta kita, maka dia maha tahu. Macam tukang perabut yang mencipta perabut.

Dia tahu dalam sebuah almari yang diciptanya. Tapi orang yang membelinya mungkin tidak tahu kayu jenis apa yang dipakai. Sebab itu pembeli sentiasa kena tipu dengan taukei perabut.

Taukei perabut boleh kata ini kayu cenggar, ini nyatuh,ini belian.Tidak dinafikan ada yang kenal dengan jenis kayu, tetapi ramai kalangan kita tidak kenal, termasuk generasi muda.Kiat juga tidak kenal yang mana kaca dan yang mana berlian, kecuali bagi yang pakar.

Tapi hakikatnya tidak sama dengan apa yang dinyatakan. Yang tahu hanya mereka yang terbabit dan pakar dalam bidang masing masing.

Yang maha tahu ialah Allah SWT sahaja. Demikian juga penyiasat yang menyiasat satu satu kes.Mereka tahu kedudukan status siasatan yang dilakukan.Jika mereka ada integriti mereka tidak tipu. Apabila tiada integriti mereka boleh buat ikut kehendak tuannaya.

Mereka tahu fakta sebenar kes yang disiasat, manakala kita diluar ini tidak tahu hakikat sebenarnya.

Demikian juga doktor yang buat bedah siasat keatas mayat untuk pastikan kes sebagai bahang bukti kematian.

Doktor boleh berbohong dengan laporan perubatan dan bedah siasat. Apa lagi anggota polis dan SPRM yang diamanah menjalankan penyiasat keatas satu satu kes.

Oleh itu bagi saya integriti sudah tidak wujud lagi dalam mana mana agensi kerajaan Hatta kerajaan yang memerintah negara ini.

Dengan kata lain, apabila integriti sudah tidak wujud lagi zaman kini,maka kewibawaan jangan diharap terlaksana.

Tidak dinafikan penyiasat punya kewibawaan, tetapi mereka tidak ada integriti. Termasuk hakim, ketua hakim, peguam negara yang duduk dibawah payung perdana menteri.

Apatah lagi ketua polis yang jelas dan nyatakan mengikut telunjuk orang diatas.

Kalau hakim boleh makan rasuah, jadi tidak mustahil doktor juga boleh terbabit sama.Mereka manusia biasa yang hubunganya jauh dengan Allah

Jadi soal integriti dan kewibawan tidak timbul sama sekali, kerana pihak berkuasa boleh buat apa sahaja untuk mencapai matlamat yang diharap harapkan.

Kita tengok kes Timbalan ketua menteri Pulau Pinang yang dikatakan ada bukti kes terbabit dengan rasuah oleh SPRM.

Malangnya, apabila orang berkenaan letak jawatan kes yang ada bukti kes sudah tiada kes lagi.

Jadi dimana letaknya integriti SPRM dan pihak berkuasa terhadap kes yang disebut dan disiasat.

Demikian juga yang diperlakukan oleh SPRM terhadap beberapa orang adun dan EXCO pakatan rakyat di selangor.

SPRM diberi peranan penting untuk menjatuhkan kerajaa pakatan rakyat selangor sepertimana jatuhnya kerajaan perak.

Jadi jangan bercakaplah pasal integriti dan kewibawaan, kerana kejujuran tidak wujud lagi zaman rasuah yang maharajalela ini.

Comments

Popular posts from this blog