Biografi Syaitan
judul: Biografi Syaitan
penulis: Dr. Ahmad H Sakr
penerbit: inteampublishing
harga: RM18.00
halaman: 210
Syaitan ialah musuh yang nyata bagi
manusia meskipun kita tidak dapat melihatnya. Syaitan sentiasa berusaha
menyelinap ke dalam hati manusia untuk menimbulkan perasaan ragu-ragu
dan waswas. Disebabkan syaitan dilaknat hingga ke hari kiamat dan sudah
pasti akan masuk neraka, syaitan tidak akan jemu menghasut manusia untuk
menjadi sekutunya.
Buku banyak menukilkan ayat-ayat al-Quran
yang berkaitan dengan syaitan dan iblis. Oleh sebab itu ia dapat
membantu kita memahami dengan lebih jelas jika menemui dan membaca
ayat-ayat berkenaan di dalam al-Quran.
Dikatakan bahawa anak-anak syaitan ialah:
1. Tsabr – menggoda manusia supaya membuat maksiat ketika berada dalam kesedihan atau kesusahan.
2. A’war – menghasut manusia supaya mendekati zina dan melakukannya dengan apa cara sekalipun.
3. Miswath – menyampaikan berita dusta atau penipuan yang mampu menimbulkan fitnah besar dan pergaduhan.
4. Dasim – menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan, mudah marah dan permusuhan.
5. Zaknabur – memastikan dunia ekonomi dan perniagaan tergugat.
6. Khanzab – menghalang dan mengganggu manusia melakukan solat.
7. Walhan – mengganggu umat Islam ketika berwuduk, supaya mereka berasa waswas.
Nota saya:
i. Kita sudah tahu peranan syaitan dan
kejahatannya, jadi janganlah membiarkan diri diperdayakan
sewenang-wenangnya. Mesti berjihad!
ii. Amat penting mengetahui nama-nama
tersebut adalah nama-nama anak syaitan supaya anda tidak tersalah
memilih nama-nama ini sebagai nama baby anda. Maklumlah, sedap-sedap pula nama anak-anak syaitan ni!
http://tintanasuha.wordpress.com
Comments
Post a Comment