19 kelebihan wanita
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki
kerana sifat penyayang yanglebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya
kepada Rasulullah SAW akan haltersebut, jawab baginda , " Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orangyang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3.
Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama
orangyang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang
takutkan Allah SWTakan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5.
Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah
laludiberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan
amalanbersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Makabarangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anakNabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7.
Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan
ataudua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap
ihsan dalampergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa
takwa serta sikapbertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilanibumu terlebih dahulu.
9.
Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu
daripadaanak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka
mereka akanmenjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10.
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah
pintu-pintuneraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari
mana-mana pun pintu yangdia kehendaki dengan tidak dihisab.
11.
Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung
diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar
baginya selamamana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan
puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, "Aku
bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebihbesar haknya terhadap
wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pulaberhak terhadap
lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
13.
Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan,memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia
dari pintu syurgamana sahaja yang dikehendaki.
14.
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah
SWTmemasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya
(10,000tahun).
15. Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya,makaberistighfarlah para malaikat
untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiaphari dengan 1,000
kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah
SWTmencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosaseperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satutegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19.
Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang
hambadengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
6 JENIS WANITA MALANG
"Jangan
engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah,
danyang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah
dan yang Syadaqah."
Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakitatau buat-buat sakit.
Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini seringmenyatakan, "Aku membuat itu keranamu".
Wanita
Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang
dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita
Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu
menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya
untuk membelinya.
Wanita Baraqah: ada 2 makna,
pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia
marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan
diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.
Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli.
15 seksaan di dunia, akhirat jika tinggal solat
RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa
meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang
nyata." Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama berfatwa tidak wajib
menyembahyangkan jenazah seseorang yang meninggal dan mengaku Islam,
tetapi tidak pernah mengerjakan solat. Malah, ada yang mengatakan haram
menyembahyangkan individu berkenaan.Seksaan dan azab bagi orang yang
lalai serta meninggalkan solat seperti sabda Rasulullah SAW: "Siapa
meringan dan melalaikan solat lima waktu yang difardukan ke atasnya,
akan menerima seksaan atau azab Allah dengan 15 azab."Enam daripada
seksaan itu diterima di dunia, tiga ketika hampir ajalnya, tiga ketika
berada di dalam kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah pada hari
kiamat.Sahabat bertanya:
"Ya Rasulullah, apakah seksaan ketika di
dunia?"Jawab Baginda:* Hilang berkat umurnya (hidup percuma dengan
kekosongan, jika hidup mewah, kemewahan itu hanya istidraj belaka).*
Hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun kaya,
tetapi kekayaan itu menjadi laknat ke atasnya).* Dihilangkan Allah tanda
salih pada mukanya.* Tidak diakui masuk golongan Islam (zahirnya saja
Islam tetapi batinnya munafik, malah dia termasuk golongan munafik).*
Segala amal baiknya (sedekah dan sebagainya) tidak diberi ganjaran.*
Doanya ditolak Allah.Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya: “Aku dengar
Rasulullah SAW bersabda: "Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah
dia daripada golongan Islam. Allah tidak terima tauhid dan imannya dan
tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadatnya."Kemudian bertanya lagi
sahabat: "Ya Rasullullah SAW, apa pula seksaan yang akan diterimanya
ketika hampir ajalnya?"Jawab Baginda:* Adalah matinya dalam kehinaan
iaitu, rohnya dicabut dengan kasar dan tidak ada belas kasihan.* Matinya
juga dalam kelaparan, bukan kerana tiada makanan, tetapi nafsunya tiada
lagi, perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika
roh akan keluar.*
Matinya juga dalam kehausan, malah jika diberi minum
air dari semua lautan di dunia ini tidaklah memberi apa-apa kesan pada
dahaganya ketika sakaratul maut.Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah
SAW, apa pula seksaan di dalam kuburnya?"Rasulullah SAW bersabda:
"Disempitkan Allah kuburnya, digelapkan Allah kuburnya, dan akan
diperintahkan Allah beberapa malaikat menyeksanya hingga hari kiamat
tanpa henti."Ada riwayat menyatakan, orang yang meninggalkan solat, akan
Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama Suja'ul akra', yang
matanya daripada api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa
alat pemukul dari besi berat.Ia akan berkata, kepada si mati dengan
suaranya bagai halilintar:
"Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab
meninggalkan solat dari Subuh hingga Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar,
dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh."Lalu
Suja'ul akra' terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan
setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi beberapa ratus
hasta.Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya
lagi dan dipukul lagi hingga hari kiamat.Sahabat bertanya lagi: "Ya
Rasulullah SAW, bagaimanakah keadaan orang yang meninggalkan solat
ketika di depan Allah?"Jawab Baginda:
"Ketika bertemu Allah pada hari
kiamat kelak, datang malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai
itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke
mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik
dan disentap."Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah balasan bagi
orang meninggalkan solat yang difardukan. Kemudian orang itu ditarik
serta dilemparkan ke neraka bernama Saqar."Kedua, ketika berjumpa Allah,
orang yang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan
Allah.Ketiga, ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah
tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya.Firman Allah bermaksud;
"Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu kepada
kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api neraka."
(Surah Maryam, ayat 59).
Tuhanku...tunjukilah aku....
“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi
pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku
minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar.
Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau
amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau
amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui
bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam
urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan
datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku,
serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa
perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam
urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka
elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana
sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”
Matlamat sebuah kehidupan
Firman-Nya :
Ù‚ُÙ„ْ Ø¥ِÙ†َّ صَلاَتِÙŠ ÙˆَÙ†ُسُÙƒِÙŠ ÙˆَÙ…َØْÙŠَايَ ÙˆَÙ…َÙ…َاتِÙŠ Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ رَبِّ الْعَالَÙ…ِينَ
Yang Bermaksud :
“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am : 162)
Mimpi Rasulullah
Daripada Abdul Rahman bin Samurah ra berkata, Nabi SAW bersabdaMaksudnya,
1- Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi yang menakjubkan pada malam kelmarin. Aku telah melihat dari umatku didatangi malaikatul maut untuk mengambil nyawanya..maka malaikat itu terhalang disebabkan ketaatan kepada kedua ibubapanya.
2- Aku melihat seorang umatku telah disediakan azab kubur, maka ia telah diselamatkan oleh berkat wudhuknya
3- Aku melihat seorang daripada umatku telah dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia diselamatkan dengan berkat zikirnya kepada Allah
4- Aku melihat bagaimana umatku diseret oleh malaikatul azab, tetapi solatnya telah melepaskan dari seksaan itu
5- Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala puasanya memberi minum hingga ia terasa puas
6- Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para Nabi yang sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah mandi junubnya sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku
7- Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita, dihadapannya gelap dibelakangnya gelap , diabawahnya gelap, sedangkan dia sendiri dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala haji dan umrahnya lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang
8- Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah silaturrahimnya lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya
9- Aku melihat umatku sedang menepis2 percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala sedekahnya lalu menaibiri muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut
10- Aku melihat umatku sedang diseret oleh malaikatul zabaniah ke marata tempat , maka datanglah pahala amar ma'rufnya seraya menyelamatkan dia dari cengkaman tersebut dan diserahkan kepada malaikat rahmat
11- Aku melihat juga umat ku sedang merangkak-rangkak, diantaranya dengan Tuhan dipasangkan hijab, maka menjelmalah budi dan akhlaknya memimpinnya sehingga dibuka hijab tersebut dan dimasukkan dia bertemu dengan Tuhannya
12- Aku melihat umatku didatangi buku catatan daripada sebelah kiri, tiba-tiba datanglah pahala takutnya kepada Allah lalu menukarkan ke sebelah tangan kanan
13- Aku melihat seorang umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah anak-anaknya yang mati kecil itu menekan timbangan hingga menjadi berat
14- Aku melihat umatku sedang berada di tepi neraka jahannam, tiba-tiba muncul perasaan gerunnya terhadap seksaan Allah lalu membawa dia jauh dari tempat itu
15- Aku melihat umatku terjerumus ke lembah neraka, lalu datanglah air matanya yang pernah mengalir takut kepada Allah menyelamatkannya
16- Aku juga melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan tubuhnya terketar-ketar seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka datanglah pahalanya yang terbaik sangka dengan Allah lalu mententeramkannya melalui titian tersebut sehingga ke penghujungnya
17- Aku melihat umat ku sedang meniti titian sirat dalam keadaan merangkak dan meniarap lalu datanglah solatnya merayu kepadaku dan aku pun memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri serta berjalan hinga ke hujungnya
18- Aku melihat umatku sudah hampir tiba di pintu syurga tetapi tiba-tiba pintu syurga tertutup, di waktu itu muncullah penyaksiaannya bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkn Allah membukakan kembali pintu itu dan diapun memasukinya
19- Aku melihat orang ramai sedang mengunting lidah mereka, aku bertanya kepada Jibril siapakah mereka? jawab Jibril itulah orang-orang yang suka membawa mulut ke sana sini. Aku juga melihat orang yang digantung lidah mereka. Aku bertanya kepada Jibril siapakah pula mereka?..Jawab Jibril itulah pembalasan orang yang suka menabur fitnah kepada orang-orang yang beriman tanpa bukti...
Comments
Post a Comment