Temubual Tan Sri Harussani-Mufti Perak

Senarai Soalan Seperti Di Bawah ( Untuk Menonton Video, Klik Kiri Pada Skrin)
  • D1- Ulama selalunya ialah seorang atau kumpulan manusia yang ilmu agamanya lebih tinggi dalam masyarakatnya. Namun sesama mereka juga boleh berlaku percanggahan pendapat. Bagaimana Tan Sri menjelaskan perkara ini?
  • D2 - Pengetahuan dan kebolehan mereka yang luar biasa di bidang agama berbanding orang awam yang lain menyebabkan ulama berada dalam kedudukan yang tinggi. Adakah ini memberi tekanan kepada Tan Sri bila sesama ulama pun boleh wujud percanggahan pendapat?
  • D3 - Siapa yang layak sebenarnya digelar sebagai Ulama? Perlukah pengiktirafan rasmi dalam bentuk surat atau sijil diberikan kepada individu-individu yang layak demi mengelak gelaran sebagai ulama diberikan sesuka hati?
  • D4 - Berdasarkan penjelasan Tan Sri maksudnya Malaysia belum mencapai tahap 'alim ulama' yang sebenar?
  • D5 - Tidakkah Tan Sri merasakan gelaran 'ulama nakal' agak keterlaluan?
  • D6 - Tidakkah gelaran itu akan mendedahkan Tan Sri kepada 'serangan' mana-mana mereka yang akan terasa dengan sindiran Tan Sri sebentar tadi?
  • D7- Tan Sri mengatakan bahawa konflik timbul bila ulama mempergunakan Islam untuk tujuan politik. Bukankah politik dan Islam itu harus seiring?
  • D8 - Pada pandangan Tan Sri, di manakah standard para ulama Malaysia? Ulama kita hanya terkenal di peringkat tempatan namun hampir tidak ada langsung yang menjadi sebutan antarabangsa berbanding para Ulama dari Timur Tengah?
  • D9 - Jadi secara peribadi Tan Sri mengaku kekurangan kita ini?
  • D10 - Namun apa tarikan yang ada pada Tok Guru Nik Aziz sehingga orang bertumpu kepada beliau? Nama beliau hebat di kalangan umat Islam di negara kita tetapi kepada umat Islam di peringkat global, Tok Guru Nik Aziz hanyalah nama biasa.
  • D11 - Sebagai manusia biasa, Tok Guru Nik Aziz pasti pernah melakukan kesilapan dan kesalahan. Jika begitu siapakah yang berani menegur beliau? Jika ditegur bersediakan beliau untuk mengakuinya?
  • D12 - Tan Sri pernah dipulau dan diketepikan apabila teguran Tan Sri tidak dapat diterima oleh pihak yang diberi teguran. Tidakkah Tan Sri merasakan perlu berhati-hati agar Tan Sri tidak menerima kesan itu akibat dari kenyataan Tan Sri itu?
  • D13 - Ulama adalah pembimbing. Jika terus-terusan berkonflik sesama sendiri kesannya kepada ummah bukan sedikit. Ummah akan keliru dan berpecah belah. Pada akhirnya apakah hala tuju ulama sebenarnya?
  • D14 - Apakah panduan mudah kepada ummah agar mereka tahu juga menilai apa yang terbaik untuk diri mereka?
  • JAWAPAN KEPADA SOALAN2 TERSEBUT ADALAH DLM LINK DIBAWAH:
http://www.dtubes.tv/index.php/talk-show/71-tan-sri-harussani-mufti-perak

http://www.dtubes.tv/

Comments

Popular posts from this blog