Air Mata Nabi Adam
Posted by
Aniza
Tahukah saudara
semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau
menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke
langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.Beliau sujud di atas
gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya
mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah
tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah
meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air
ini."Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka
burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah.
Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah
menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum
pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata
taubatmu itu."Apa Yang Akan Ditanya:Dalam sehari ada 24 jam. ? Dalam
sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.Dalam setiap kali bernafas
Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan
itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan
masuk ?Tiga Cahaya Di Hari KiamatDi hari kiamat ada tiga cahaya yang
berlainan :* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.* Cahaya yang
kedua seperti cahaya bulan.* Cahaya yang ketiga seperti cahaya
matahari.Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :"Cahaya yang
pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka
akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air
sembahyang apabila terdengar azan.Yang kedua ialah cahaya wajah mereka
yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah
cahaya mereka seperti matahari. Mereka di = dunia sudah bersiap sedia di
dalam masjid sebelum azan lagi."Kala Jengking NerakaDi hari kiamat akan
keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy"
berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga
ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.Malaikat Jibril
bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau
cari?"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang
yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan
zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang
bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum
arak."
aniza-pedoman.blogspot.com
Comments
Post a Comment