Kisah Benar
Posted by
Aniza
Dari catatan seorang teman... Beberapa bulan yang
lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan runsing.
Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap. Ketika memandu
pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba dapatkan nasihat
doktor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga..! Sewaktu balik ke
kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya ceritakan perkara
yang saya alami. "Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba
check,"katanya. saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh
membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya.
Seingat
saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak
pernah saya lupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan
kebiasaan dalam diri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan
peristiwa yang saya alami itu.Saya pohon padanya, "Mama, Sabri nak tanya
dari hati ke hati, adakah Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama
tak ampunkan?" "Tak ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat
sekarang ini." Emak menjawab. Saya masih tak puas hati.
Esoknya saya
tanya lagi. Mama masih menjawab,"Tak ada apa-apa". Saya masih tidak puas
hati lagi. Malam itu saya munajat dengan Tuhan minta Allah tunjukkan
jalan kebenaran. Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengadap
mama sekali lagi. Mama ketika itu sedang berehat di sofa. Saya pandang
wajah mama, saya genggam erat tangannya erat-erat, "Mama, Sabri pohon
sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sabri
tahu sabri ada buat salah, tapi mama tak nak bagitau." Airmata sudah
membasahi pipi. "Tak ada apa-apa" Tingkah mama semula. Dalam keluhan
yang dalam, ibu tua seakan mahu bersuara tapi terdiam kembali.Akhirnya
dia bersuara. "Sabri ada satu kisah yang mama susah nak lupakan dan
sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka.
Kadang-kadang ketika membasuh pinggan, mama boleh menangis tersedu-sedu
mengenangkan peristiwa itu.
Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga
sekarang." Saya terkedu. Mama menyambung, "Sabri tentu inagt arwah ayah
meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat
berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup
kita, Sabri ingat tak?" Mama mula menangis. Saya tunduk. Selepas SPM
Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu
mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mama
Sabri nak melanjutkan pelajaran.
Mama merayu supaya hajat itu
ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus
bekerja.. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung
belajar juga. Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati
yang penuh terpaksa."Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi,
"Cuba bayangkan ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama rasa
Sabri tetap berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah
sebagai anak derhaka!" Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di
pangkuan mama. Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik
pun dah berjaya.
Segala yang terbuku di hati dah habis mama luahkan.
Mama harap mama dapat mengadap tuhan dengan hati yang tenang." Ungkapan
terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke
seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya
terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembali
tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah. Sejak
peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan
kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia
sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yeng terlibat dalam program
motivasi turut menceritakan pengalaman saya ini kepada peserta kursus.
Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua
orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan di
akhirat.Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem
motivasi, saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati
usia 40-an. Ën Sabri, bulan depan telefon saya." Saya kehairanan. Dari
sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut
mengambil cuti seminggu untuk pulang kek kampung. Sebulan kemudian saya
menghubunginya dengan telefon."Ën Sabri terima kasih banyak-banyak
kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak saya tak tahulah nasib
saya."
Suara lelaki itu seakan sebak. Saya bagaikan berteka-teki
dengannya. Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang
ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian
lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai di kampung
ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana
selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang
penuh syahdu si anak memhon ampun dan maaf di atas segala silapnya
selama ini. "Syukur kamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah
meminta maaf bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak
tak ampunkan dosa kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50
tahun mak memendam rasa.
Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa
yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu
sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan
perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-kata
'órang tua *****. Tak ada otak'" Cerita lelaki itu, satu hari dia
meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil duit
gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya
dengan peluntur. Mak gosok dan lipat. Beberapa hari kemudian dia mencari
seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar mahal itu didapati
telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berdarah muda menjadi
berang, mengherdik si ibu, "Hei, orang tua *****! Tak ada otak keer?
Buta ker? Seluar nih! mahal tau!!" Akhirnya dosa si anak
diampunkan.
Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat
kesimpulan bahawa di sebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut
seorang ibu mungkin ada tersimpan 'apa-apa' yang sangat memilukan hati
ibu, akibat tingkah laku atau tutur kata kita yang menyinggung hatinya.
Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup
kita. Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul."?.. dan hendaklah
kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibu bapa?.. "Sesungguhnya
Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya,
sombong dengan perkataannya." An-Nisa':36.
http://aniza-pedoman.blogspot.com
Comments
Post a Comment