- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Thursday, June 21, 2012






TERKENANGN SEMASA DULU 33 : KADET PTD (PENGENALAN)

Hari ini 34 tahun yang lalu, iaitu pada 1 November tahun 1977, saya bersama 88 orang yang lain, mula mengikuti kursus Kadet PTD pengambilan pertama yang dijalankan di INTAN, Jalan Ilmu, Petaling Jaya. Sebelum ini pengambilan ke PTD tidak perlu lulus kursus Diploma Pengurusan Awam.

Mulai hari ini saya melalui proses transformasi dari seorang budak kampung yang di kala cuti penggalnya menoreh getah kepada spesis baru yang dinamakan Pegawai PTD. Semasa saya mendapat tawaran untuk mengikuti kursus ini, hati saya berbelah bahagi memikirkan risikonya kerana saya telah pun berjawatan tetap pada masa itu sebagai tutor di Universiti Malaya. Sedangkan kursus ini, belum tentu lulus atau tidak. Tetapi atas pujukan dan pengaruh kawan-kawan yang sama-sama menjadi tutor yang juga menerima tawaran ini, saya pun membulatkan tekad menerimanya. Selebihnya adalah sejarah (the rest is history).

Saya juga mengambil risiko yang besar membuat entri ini kerana pasti akan ditertawakan, bahkan saya sendiri turut tertawa melihat fesyen pakaian (terutamanya seluar), rambut, kasut dan sebagainya.


Gambar 1: Kursus ini telah di rasmikan oleh Dr. Mahathir yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri. Saya difahamkan dialah yang mencetuskan idea mengadakan kursus Kadet PTD ini. Sayang sekali gambar ramai bersama  beliau tidak dapat saya kesan.


Gambar 2: Sedang kyusuk mendengar ucapan perasmian.


Gambar 3: Menikmati jamuan selepas selesai upacara perasmian. Barangkali inilah jamuan pertama saya memakai tali leher.

Gambar 4: Kami juga diberi pilihan untuk belajar beberapa bahasa asing. Saya memilih Bahasa Jepun. Antara perkataan yang masih dan sangat saya ingat ialah "wakarimasen".



Gambar 5: Gambar ini lawak betul. Seluar kaki lebar dan ada dua bakal pegawai yang rambut berbelah tengah. Barang kali perkataan berkaliber datang dari kaki lebar kot !


Gambar 6: Menghadiri jamuan dengan pakaian batik. Baru saya sedar yang saya paling tinggi dalam gambar ni.  Atau pun dia orang yang rendah. Saya sudah lupa di mana tempat ini.


Gambar 7: Ada juga lawatan ke Sabah dan Sarawak. Saya memilih untuk pergi ke Sarawak. Ini adalah kali pertama saya menaiki kapalterbang awam.


Gambar 8: Bergambar dengan salah seorang penyelia kami yang paling cun.


Gambar 9: Sempat juga kami di bawa melawat rumah panjang.  Yang memakai 'baju belukar' itu adalah Pengarah kursus kami.


Gambar 10: Bergambar dengan salah seorang peserta wanita. Batch kami hanya ada  dua orang peserta wanita sahaja. Sekarang dia telah menjadi KSU di salah sebuah Kementerian. Ada sesiapa yang kenal ?


Gambar 11: Di depan bangunan yang di bina pada tahun 1880. Bangunan apa saya pun tak ingat. Mungkin ada pembaca blog ini dari Kuching yang ingin membantu.


Gambar 12: Hisap rokok suka-suka menemankan kawan-kawan.


Gambar 13: Masih di Sarawak, tapi tak ingat di mana.


Gambar 14: Sedang mentelaah dengan seorang kawan. Yang ingin saya tunjukkan ialah fesyen kaki seluar dan juga kasut tumit tinggi saya.


Gambar 15:  Reunion kali pertama selepas lebih 10 tahun kami meninggalkan INTAN yang berlangsung di rumah kelab PPTD, Kuala Lumpur pada 18 Mac 1989. Tak tahulah akan adakah nanti reunion yang ke dua.

2 comments:

  1. terima kasih kerana mendapat penghormatan diterbitkan di blog ini ..

    ReplyDelete