Rahsia Di Dalam Suapan


Dulu semasa masih bekerja di advertising agency, ketika masih menjadi salah seorang brand designer Halagel, aku pernah diberitahu oleh eksekutif pemasaran Halagel sendiri bahawa, sejak umur kita 1 hari, sehingga 35 tahun, rata-rata daripada 'kita' sebenarnya telah makan 35 kilo babi. Aku tak pasti sama ada kenyataan beliau adalah untuk tujuan strategi pemasaran atau memang fakta sebenar. Tetapi walau apa pun kenyataan beliau, ianya cukup menggusarkan aku.

'Kita' maksud aku di sini, ialah kita lah. Orang melayu muslim kebiasaan seperti aku, kamu, kamu dan kamu- dan maksud 'makan' yang ingin aku jelaskan ialah bukan sahaja makan makanan yang mengandungi unsur babi, malah, menggunakan produk yang mengandungi unsur babi.

Shampu, burger, roti, kek, aiskrim, minyak wangi, segala bebola ikan ke ketam ke udang ke kibas ke, berus alat solek, ubat gigi, pencuci wajah, bedak, gincu, SUSU bayi dan kanak-kanak dan pelbagai lagi.

Mana nak lari? Kita tinggal di zaman yang membolehkan semua.

Malah, kita sendiri membina 'perisai' melalui kata-kata "Alah, tak tau takpe," yang menyelamatkan kita dari dosa haram kononnya. Dan aku percaya kebanyakan di kalangan kita selalu menggunakan satu perkataan keramat yang berbunyi TAWAKKAL. Sedangkan, golongan terdidik macam kita sudah cukup tahu bahawa, mencari yang HALAL itu adalah wajib untuk kita.
  •  Jangan sesekali beli makan tak ada logo HALAL daripada JAKIM. Cut down terus. 
  • Kalau masih ada logo halal, pastikan logik. Kalau makanan daging dalam tin misalnya, label bukan tulisan yang boleh difahami, ada pulak tu Logo Halal. Lupakan sahajalah. It's just a logo. Designer label tu yang tepek. KADANG-KADANG diorang tak mintak permit halal pun. 
  • Kalau boleh cari pengeluar produk halal Malaysia. Alhamdulillah dah semakin banyak. Aku cadangkan Halagel, HPA, Safi, dan Forest Secret. Nak tau lebih lanjut, layari www.halal.com. Atau kalau senang pergi ke MIHAS fest atau Halafest. Di sana, kita boleh kenal pasti dengan lebih dekat produk-produk yang diiktiraf halal.
  • Sebelum masuk mana-mana restoren yang agak-agak kamu tak pernah pergi, atau tidak ada logo halal, seperti Sushi atau steak, selamba tanya, sama ada halal atau tidak. Aku pernah buat kat Sakae Sushi. Sebab aku tak pernah makan kat situ. Konon nak ajak Fandi makan sushi la. Alhamdulillah manager Sakae Sushi jujur mengatakan, "We're not Halal. We're just pork free".
  • Ini aku jumpa di Carrefour Sri Petaling. Aku tak pasti bagi kopi ini, logo Halal yang tertera adalah logo halal palsu atau tidak.
  • Buku ini sangat berguna. Tak rugi beli. Hanya RM18 dan aku percaya terjual di kebanyakan kedai buku.

 Semenjak dari hari itu, aku pun boleh dikatakan berusaha jugak lah, mencari yang halal, pastikan yang halal semampu yang aku boleh. Aku pun baru je mula. Mari bersama mencari yang halal. Harap Allah bantu kita dalam hal ni
"Dalam kalangan pakar nutrisi terdapat ungkapan ringkas yang dipersetujui umum iaitu 'You are What You Eat' atau 'Kamu adalah apa yang kamu makan'. Selain menjadi sumber keperluan tenaga badan, makanan juga membentuk perilaku, mood serta keperibadian kita. Pada hakikatnya, makan memindahkan unsur-unsur tenaga daripada sumber makanan kepada tubuh kita. Ini adalah pemindahan tenaga daripada satu makhluk kepada makhluk yang lain.

Kehidupan secara nyata memperlihatkan mengenai hal ini. Lihatlah kambing. Karakternya yang lembut tidak terlepas daripada pengaruh pola pemakanannya sebagai haiwan herbivor. Pada ekstrim yang satu lagi kita dapat melihat babi yang sanggup memakan tahi sendiri. Babi juga pemalas dan suka melakukan seks bebas.

Karakter orang beriman dalam soal makanan adalah seperti lebah apabila memakan sesuatu. Apabila makan, makan yang baik-baik dan apabila jatuh, jatuh ke atas sesuatu yang baik-baik. Lebab hanya memakan makanan yang terbaik iaitu inti pati atau nektar bunga. Lebah juga mengeluarkan produk terbaik iaitu madu. Lain-lain karakter terpuji lebah yang mungkin berkait dengan pola makanannya yang selektif adalah bekerja keras, tertib dan profesional."
 Dipetik dari buku "Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit - Dr. Adi Hashman.

Jadi bayangkan kalau tenaga daripada karakter babi ni, kita makan/guna/pakai pula.  Apa pula rahsia dalam suapan kamu hari ni? Masih berbabi lagi?

Sekali lagi, pastikan Logo Halal adalah Logo yang asli dari JAKIM, ya. Kalau ragu-ragu baik tak payah peduli untuk beli.


Jangan main tawakkal kalau awal-awal dah rasa macam tak halal.

 http://perempuanjomblo.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog