KISAH DUA ORANG SAHABAT & SEPOHON KURMA
بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah Ya Ilahi
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.
Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin ya Rabbal'alamin
"A good Muslim is one who doesn't let his errors DEFINE who he is,
but use them to REDEFINE who he is"
Sifat atau watak seorang kawan terhadap kawannya
Pernah suatu hari, telah dikhabarkan kisah dua orang sahabat yang sangat indah.
Semenjak keduanya bersahabat, mereka tidak pernah bergaduh, masing-masing amat menjaga hati masing-masing. Indahnya
lukisan kehidupan mereka, jika hendak dikhabarkan 1001 kisah cinta,
langsung tak tertanding dengan kisah persahabatan mereka.
Allah menaungi
ukhwah kedua-dua sahabat ini, langsung tak terusik oleh syaitan &
iblis. Mereka berkongsi kisah suka & duka, tawa & tangis
bersama, susah & senang, sakit & sihat bersama & segala
sesuatu mereka sandarkan kepada Allah SWT. Hinggalah
pada suatu hari, di tepian pantai, sedang keduanya asyik bercerita
kisah hidup masing-masing, maka sahabat pertama bertanya kepada sahabat
kedua;
“Semoga Allah
memberkatimu wahai sahabatku sehati sejiwa. Persaudaraan kita bukan
suatu kebanggaan, bukanlah suatu keseronokan. Orang ramai mendoakan
kita. Tumbuh-tumbuhan & segala jenis makhluk tunduk sujud kepada
kita. Sehingga ke hari ini, apakah kamu masih mengaku aku sebagai
sahabat seperjuanganmu?”
Sahabat kedua
menjawab, “Semoga Allah memberkati mu jua. Tanpa Allah siapalah aku, aku
bersyukur dengan nikmat pemberian Allah yang tak ternilai di hadapan
mataku ini. Dia utuskan kamu untuk menyinari hidupku, memadam
kesan-kesan hitam dalam hidupku, menyiram aku dengan curahan air cinta
kepada Yang Satu. Masakan tidak aku mengaku kau sebagai sahabat
seperjuanganku. Inilah tekadku, aku amat bersyukur ke hadrat Allah
kerana dikurniakan sahabat sepertimu..”
“Sesungguhnya
iblis & syaitan amat benci pada kita. Mereka benci kerana kita
berkasih sayang kerana Allah. Sampai sekarang, mereka masih gagal. Namun
mereka tak pernah berputus asa. Jarum kedengkian, hasad, fitnah,
tuduh-menuduh, riya’ & takbur serta ‘ujub akan mereka cucuk supaya
dapat memisahkan persaudaraan kita.
Apakah kau tidak takut wahai sahabatku?” Tanya sahabat pertama.
Dengan tenang,
sahabat kedua menjawab, “InsyaAllah, aku yakin dengan peliharaan Allah
SWT kepada kita hingga ke hari akhirat nanti. Semoga ditetapkan hati
kita tidak lain hanya kerana Allah SWT, serta dijauhi dari sifat-sifat
tersebut. Na’uzubillah…”
Maka kedua-dua
sahabat itu pun berdoa bersama-sama. Memanjatkan kesyukuran ke hadrat
Allah SWT. Segala penduduk langit & bumi mendoakan kebahagiaan
mereka berdua.
Ditakdirkan
pada suatu hari, sedang kedua-dua sahabat itu bersiar-siar di sebuah
taman, sambil bertasbih memuji Allah SWT, mengagungkan kebesaran Allah
SWT, tiba-tiba mereka terlihat sebuah pohon kurma yang lebat buahnya.
Telah diketahui bahawa taman itu adalah taman yang tidak bertuan milik
& pengunjung bebas memetik buah-buahan di situ.
Maka
sahabat kedua memohon izin kepada sahabat pertama untuk pergi memetik
buah kurma tersebut. Maka dipetiknya beberapa biji sahaja, sekadar
mengisi perut yang lapar.
Maka
keduanya menikmati buah kurma tersebut dengan penuh kesyukuran.
Tiba-tiba sahabat pertama bersuara, “Maafkan aku sahabatku. Baru sahaja
aku teringat bahawasanya pohon ini bertuan milik. Kita telah makan buah
kurma milik orang lain. Adalah suatu dosa bagi kita memakan sesuatu yang
bukan halal bagi kita tanpa kita meminta izin terlebih dahulu. Salah
aku kerana terlambat memberitahumu.”
“Benarkah? Jikalau begitu, kita telah dikira mencuri.
Astaghfirullahal'azim, aku merasa bersalah kerana memetik buah itu.
Apa harus kita buat? Patutkah kita memberitahu tuan punya milik pohon tersebut akan kesalahan kita?” Sahabat kedua bertanya.
“Tidak, aku tak mampu memikirkan jalan penyelesaian buat masa sekarang.
Hakikatnya memang salah aku. Aku merasa berdosa yang teramat sangat.” Keluh sahabat pertama.
“Jangan
risau sahabatku fillah. Allah bersama orang-orang yang benar. Kita
harus berlaku jujur. Mari kita berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini.
Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa kita. Moga tuan milik pohon ini
menghalalkan kita kerana memakan buahnya. Aku rela bekerja seumur hidup
jika disuruhnya begitu, demi menghalalkan apa yang telahku makan ini.
Aku lebih takutkan seksaan Allah SWT.” Sahabat kedua memujuk sahabat pertama.
Namun, sahabat pertama enggan menurut sahabat kedua.
Dia berasa amat bersalah kerana gagal memberitahu perkara sebenar tentang pohon tersebut.
“Bagaimana jika tuan pemilik pohon ini enggan menghalalkan buah yang telah kita makan ini?”
Tanya sahabat pertama.
Sahabat kedua termenung seketika. Dia mulai ragu-ragu.
“Aku
mencadangkan kita tak perlu berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Aku
khuatir dia enggan memaafkan kita. Maka seluruh darah & daging kita
tidak halal di sisi Allah.”
Sahabat pertama memberi cadangan.
“Kalau begitu, sama sahajalah pengakhirannya. Lebih dahsyat lagi Allah murka atas perbuatan kita.
Dia melihat perbuatan kita, Dia tahu yang kita telah melakukan maksiat dan cuba menyembunyikannya.
Aku
amat takut. Seeloknya aku mencadangkan kita berjumpa tuan pemilik pohon
ini. InsyaAllah dengan rahmat Allah, tuan pemilik pohon ini memaafkan
& menghalalkan apa yang telah kita makan.
Aku
tak mahu tergolong dalam kalangan orang yang dilaknat oleh Allah SWT di
akhirat kelak nanti.” Sahabat kedua meyakinkan sahabat pertama.
“Kalau
begitu, engkau pergi seoranglah. Aku tidak mahu. Sebagai sahabatku,
harap kau jangan laporkan kepadanya yang aku turut sama makan buah kurma
itu ya.
InsyaAllah suatu hari nanti aku akan cuba bertaubat kepada Allah SWT atas kesalahanku ini.
Mudah-mudahan Dia mengampuni aku. Aku belum cukup kuat berjumpa dengannya,”
kata sahabat pertama.
Sahabat kedua amat terkejut dengan pendirian sahabat pertama. Lalu dia berkata,
“Astaghfirullah, bukan dengan cara begini, Allah akan ampunkan dosa kita wahai sahabatku.
Kelak akan dipersaksikan di akhirat kelak akan perbuatan terkutuk kita!”
“Ya aku faham. Tapi aku merasakan inilah jalan penyelesaian terbaik. Kita bertaubat sahaja.
Allah
akan mengampuni dosa kita. Pintu taubatnya sentiasa terbuka bagi
hambaNya yang bertaubat kepadaNya.” Sahabat pertama masih enggan.
“Wahai
sahabatku, janganlah kita dihina di hadapan Allah kelak atas perbuatan
kita ini. Aku sebagai sahabatmu tidak sanggup melihat sahabatku ini
menjadi penghuni neraka hanya kerana hal yang kecil sebegini. Islam
mengajar kita supaya berlaku jujur!” tegas sahabat kedua.
“Ah,
pedulikan! Aku tidak mahu berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini.
Lagipun sama sahaja kalau dia enggan menghalalkan apa yang telah kita
lakukan ini.
Kau
mahu pergi, kau pergilah, aku tetap dengan pendirianku! Biarkan aku!
Kalau kau rasakan aku tidak layak menjadi sahabatmu kerana ‘dosa’ku pada
pandanganmu, maka biarkan aku!”
Pengakuan sahabat pertama ini membuatkan sahabat kedua terkejut.
Dia tidak menyangka bahawa kata-kata tersebut akan keluar dari mulut sahabatnya itu.
Tiba-tiba sahabat kedua menangis. Maka dengan perlahan dia berkata kepada sahabat pertama,
“Sungguh
aku tak sangka dengan pendirianmu ini. Kau telah berubah,
astaghfirullah, syaitan benar-benar telah mempengaruhimu. Aku masih
ingat kau pernah bertanya kepadaku suatu ketika dahulu, apakah aku tidak
takut akan jarum-jarum syaitan yang akan memisahkan persaudaraan kita?
Aku meyakinkanmu dengan jawapanku. Aku yakin dengan peliharaan Allah.
Tapi, memang benar apa yang dikatakanmu. Kau telah berubah.
Jarum syaitan telah menusuki tubuhmu. Aku sangat kecewa dengan perubahan dalam dirimu.”
“Kau sudah tidak memahamiku lagi. Kau benar-benar bukan sahabatku.
Maka terpulanglah, pergilah kau kepada tuan si pemilik pohon.
Aku dengan pendirianku ini. Mulai hari ini, kita bukanlah sahabat sejati,” kata sahabat pertama.
“Baiklah, pergilah engkau dengan sikap engkau itu. Aku benar-benar kecewa.
Jika benar kau membenciku, maka tinggalkanlah aku di sini.
Aku tak sanggup melihatmu dengan pendirianmu ini. Aku tak rela sahabatku berubah jadi begini.
Kau telah mendustai kata-katamu suatu ketika dahulu.
Mulai hari ini, aku terima permintaanmu, kita bukan lagi sahabat.
Pergilah engkau bertaubat, semoga Allah mengampuni engkau,”
maka sahabat kedua menangis. Lalu sahabat pertama beredar dari situ.
Kebencian merajai segenap hatinya….
Di dalam sebuah gua, terdengar tangisan teresak-esak seorang lelaki. Suara laksana orang sedang berdoa.
“Ya
Allah, memang benar apa yang aku alami. Sahabatku benar-benar
membenciku kerana kejahatanku. Dia benar-benar sudah tidak mengakuiku
sebagai sahabatnya.
Apabila
aku berlagak seperti seorang pengkhianat & aku berlakon seperti
seolah-olah aku menafikannya sebagai sahabatku, maka memang benar dia
menolakku. Sudah ku duga bahawa dia mengakui aku sebagai sahabatnya
hanya kerana kebaikan yang ada padaku.
Apabila
aku jahat, maka aku bukan lagi sahabatnya. Dia tidak berusaha
mendapatkanku. Ku harapkan dia mengejarku, namun dia menghukum aku
sebagai pendusta pula.
Ya
Allah, namun begitu, aku menghalalkan apa yang telah dimakannya, akulah
pemilik pohon kurma itu, ampunilah dosa sahabatku ini.”
Sahabat pertama tunduk sujud dan menangis dalam gua yang gelap gelita itu.
Jangan benci orangnya,
tapi bencilah dosa yang dilakukannya.
Kelak dia mungkin bertaubat & jadi lebih baik dari kita =)
.The Beauty of Islam.
Comments
Post a Comment